Monday, June 21, 2010

Pilih penjara tak hilang kelayakan MP

Kesalahan hanyalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen. Lalu mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau 2 bulan penjara.

Kalau dah Polis bertindak kasar umpama anjing gila terhadap rakyat dan pimpinan PR, sapa yang tak marah. Nasib baik Tian Chua sorang je yang dok gigit Polis. Kalaulah semua peserta protes 'mengamuk' sama, pendeknya lagi sukalah regim celaka UMNO/BN sebab boleh buat 'modal' untuk burukkan Pakatan Rakyat.

Inilah contoh terbaik negara paling jakun dalam dunia. Menjadi bahan ketawa oleh negara luar. Seluruh instrumen kerajaan digunakan semahunya untuk melindungi kepentingan kuasa politik UMNO/BN. Segala penyelewengan, rasuah dan jenayah yang melibatkan pimpinan negara serta keluarga dan kroni mereka dilindungi oleh undang-undang rimba yang diamalkan. Manakala pimpinan Pakatan Rakyat pula dijadikan mangsa fitnah dan pelbagai dakwaan palsu dengan kerjasama Peguam Negara dan Polis.

Masuk penjara untuk kekal MP, saran timbalan speaker

imbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

-malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger