Tuesday, June 8, 2010

Wahhh, kalau macam ni habislah PR dlm PRU13

Najib terus mendapat reputasi baik di kalangan rakyat negara ini jika merujuk kepada bancian oleh Merdeka Center bulan ini. Secara keseluruhan, peningkatan dari 69% pada bulan April kepada 72% bulan Jun. Kalau benarlah bagai dikata, alamatnya Pakatan Rakyat berhadapan dengan risiko besar dalam PRU13 nanti.

Tahap puas hati terhadap PM di rekod tertinggi

Tahap puas hati rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat 72 peratus berbanding 69 peartus pada April lalu, menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.

Tahap puas hati paling tinggi dicatatkan di kalangan masyarakat India (80 peratus), diikuti dengan Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus).

Peningkatan tahap puas hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau kepopularan Najib sejak Mac tahun lalu.

Kajian kali ini dijalankan antara 6 Mei sehingga 16 Mei tahun ini - tempoh 10 hari selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor (25 April) dan sebelum pilihan raya kecil Sibu (16 Mei)

Kepopularan Najib mengesahkan bahawa beliau adalah aset terpenting bagi jentera pilihan raya Barisan Nasional.

Sebelum ini, tahap kepuasan rakyat terhadap Najib adalah pada 44 peartus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ketika itu, ekonomi dunia mengalami krisis dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya.

Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon.

Apa yang menarik, hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan yang tidak bekerja.

Kajian juga mendapati majoriti, rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah.

* 61 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha memerangi rasuah.

* 57 peratus daripada responden tiudak berpuas hati dengan usaha mencegah jenayah.

"Apabila dibekalkan dengan senarai isu-isu, 53 peratus responden memilih 'memerangi rasuah' sebagai isu utama yang patut diberi perhatian oleh kerajaan,” kata Merdeka Centre.

- malaysiakini

update from KLIA LCCT.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger