Saturday, June 5, 2010

Jika Yahudi dgn Talmudnya, kenapa kita tolak Al-Qur'an ?

Hari ini umat Islam sudah tidak bersatu lagi dalam erti kata sebenarnya sebagaimana Rasulullah pernah sebut umat Islam akhir zaman seperti buih. Ramai tapi lemah. Persoalannya kenapa ianya boleh berlaku? Mengapa umat Islam boleh berpecah-belah? Sudah tiada lagi rasa ukhwah dan kasih-sayang. Penderitaan yang dialami oleh saudara Islam sendiri hanya dipandang dari jauh tanpa sebarang tindakan untuk membantu. Malah ada yang lebih suka melihat saudaranya terus-menerus hidup dalam kepayahan. Yang msikin dihina dan yang kaya dipuja.

Inilah senario yang melanda umat Islam di seluruh dunia hari ini. Lebih menyedihkan bila mana ada di kalangan umat Islam sendiri menjadi talibarut pada musuh Islam. Lihat saja apa yang berlaku terhadap umat Islam Palestin yang terus ditindas, dipenjara, disiksa dan dibunuh kerana mempertahankan agama dan tanahair mereka. Dah lebih 62 tahun bumi anbiya' Palestin dijajah dan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis laknatullah bagi mendirikan negara haram Israel. Sehingga hari ini lebih 70% tanah Palestin sudah dirampas oleh mereka.

'Penyerahan' bumi Palestin oleh pihak Eropah kepada Yahudi bermula apabila Empayar Islam Uthmaniyyah Turki jatuh ke tangan bapa sekular Kamal Ataturk. Dan Kamal Ataturk merupakan 'produk' Yahudi dari gerakan Freemason yang diberi tugas untuk menghancurkan Sistem Pemerintahan Khalifah Turki. Strategi dan perancangan yang teliti oleh Freemason ini akhirnya berjaya menaikkan Kamal Ataturk sebagai Presiden Turki sehingga dikagumi oleh rakyatnya dan pemimpin negara Islam yang lain ketika itu. Ringkasnya, Turki berjaya menjadi sebuah negara sekular ortodoks.

Bermula di Turki dan seterusnya sekularisma ini menular ke seluruh dunia Islam tanpa sedar. Bila mana pemimpin negara umat Islam sudah disekularkan, maka bertambah mudahlah kerja Yahudi untuk melancarkan projek merampas dan menjajah secara biadap bumi Palestin sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Kita lihat saja gelagat pemimpin negara Arab yang begitu kaya-raya dengan minyak. Mereka bukan gunakan 'kuasa minyak' yang ada untuk menentang Yahudi dan Amerika malahan menjadi proksi pulak. Walhal di depan mata mereka sendiri inci demi inci bumi Palestin dirampas oleh rejim Zionis dan rakyatnya pula disiksa dan dibunuh secara kejam.

Inilah akibatnya bila mana penyakit cinta dunia sudah beraja di hati. Sudah tiada lagi perasaan kasih dan sayang terhadap saudara Islam yang ditindas. Hanya duduk berbincang sajalah di meja OIC dan kemudian balik ke nagara masing-masing tanpa berbuat apa-apa. Yang sibuk difikirkan sepanjang waktu hanyalah untuk melonggokkan lagi kekayaan yang sudah sedia ada.

Bagi pihak musuh Islam pulak, mereka terus dengan agenda untuk menguasai negara dan minda umat Islam melalui pemimpin 'didikan dan belaan' mereka.

Persoalannya, jika puak Yahudi yang sesat begitu teguh berpegang dengan ajaran kitab toghut Talmud mereka, mengapa kita yang mengaku Islam ini boleh mengabaikan ajaran Al-Qur'an sehingga kepada peringkat menolak sebahagian besar isi kandungannya?

Ingatlah... musuh Islam tak pernah rehat dalam melaksanakan misinya.

Marilah kita kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dalam erti kata yang sebenar. Yakinlah dengan janji Allah dan Rasul-Nya. Cahaya Islam sudah kembali bersinar. Hanya menanti untuk disambut oleh umat Muhammad yang benar-benar layak di sisi-Nya.

Kejayaan Revolusi Islam Iran, kebangkitan dan kemenangan Hamas di Palestin, kejayaan Hizbullah di Lubnan dan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan pimpian Erdogan di Turki merupakan pembuka jalan menuju kepada kemenangan yang dijanjikan ini.

Firman Allah dalam Surah As-Saff (61) : ayat 10 - 11,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠﴾ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Marilah kita turut sama berada dalam golongan hamba-Nya yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger