Wednesday, June 9, 2010

Perjalananku ke Muktamar PAS di Kelantan

Jarak dari rumah di Telipok ke airport kira-kira 25km je. Jam 1600, check duit dalam akaun hanya tinggal RM109.00. Duit tak masuk lagi rupanya. Bagitau kat isteri tak jadi pergilah sebab duit hanya ada RM130 termasuk yang ada dalam kocek. Isteri pujuk "Pergilah bang... sayang duit tiket tu." Almaklumlah, panglima jihad mana mau mengalah... masih berkeras mahu batalkan hasrat untuk ke Putik. Duduk termenung sejenak memikirkan macamana nak cari duit kocek ni. Paling tidak kena tidur hotel semalam di KB sementara menunggu sahabat dari Rengit sampai.

Teringat sorang sahabat seperjuangan sejak 1997. Terus call hp dia dan jelaskan kedudukan sebenarnya. Tanpa banyak soal dia kata "No problem pak. Pasal nak pergi muktamar, bisa diatur. Bagi no akaun. Hari ni juga bisa diambil dari mesin."

Macam nak menitis airmata ni. Hanya ucapan Alhamdulillah dalam hati. Satu pengajaran terbaik buat diri ini agar dalam apa jua keadaan sekalipun, mesti yakin dengan pertolongan Allah jika urusan itu adalah baik. Terasa malu pada Dia kerana baru saja 'dijentik' sikit dah gelabah biawak hingga nak batalkan hasrat ke muktamar.

Selesai satu kes...

Bergegas keluar dari rumah jam 1650. Jangkaan boleh sampai ke airport jam 5.40 kerana ambil kira jalan jammed. Penerbangan jam 6.30. Sekali lagi diuji bila mana terperangkap dalam kesesakan di depan mini Putrajaya dan di depan Bangunan Kuwasa. Hati dah mula resah. Jika sampai airport jam 6.00 ptg, alamatnya tak boleh check-in.

Keresahan jadi kenyataan. Jam 5.55 baru sampai airport. Berlari menuju ke kaunter Air Asia untuk check-in tapi tak diterima lagi sebab petugas di bahagian boarding tolak. Bengang sakan aku sambil menyumpah dalam hati... Kurang asam punya petugas bahagian boarding tu...langsung tak boleh tolak ansur walhal penumpang yang dah check-in pun masih belum masuk pesawat AK5125.

Aku dimaklumkan boleh tukar ke penerbangan AK5115 jam 1855 petang tapi kena tambah lagi duit RM347. Duit lagi... Aku terus belah dari situ dan buat keputusan balik je ke rumah. Terus aku call isteri dan minta dia patah balik ke airport. Setibanya di airport, sekali lagi dia pujuk aku dengan nasihat yang sama seperti awal tadi sambil menghulurkan Master Cardnya untuk membayar duit tambahan itu. Untuk kedua kalinya Allah SWT memberikan pertolongannya. Setelah selesai check-in AK5115, isteri dan anak yang bongsu pulang, aku pun terus boarding.

Jam ketika itu sudah 1830. Tup-tup, pengumuman mengatakan pesawat AK5115 pulak delay. Sekali lagi hati aku meletup sambil menyumpah. Ohhh... kalau dia lambat takpe, kita terlewat sikit terus ditolak mentah-mentah untuk check-in walaupun kelewatan itu di luar jangkaan. Bukan disengajakan. Terus terpacul dari mulut "Aku tak halalkan duit yang aku kena tambah tadi walau satu sen pun."

Sebelum masuk pesawat, dah 2 kes aku bengang habis...

Tepat jam 1930, semua penumpang mula masuk pesawat. Aku juga. Bila dah duduk di seat A11, anak aku yang bongsu pulak call. Aku pun jawablah... Tiba-tiba sorang stewardess 'hantar ajal' menegur aku agar jangan gunakan telefon. Dahlah tadi aku bengang sakan. Serta-merta aku tengking dia dalam bahasa Inggeris "I know !!!" Lalu dia membalas dengan nada lembut "Maaf ya encik... saya tegur dengan baik." Penumpang yang berdekatan semua menoleh aku... Aku langsung tak peduli dengan stewardess tadi. Mulut terus berbisik sendirian "Macamlah aku ni tak pernah naik flight. Tahulah aku nak matikan telefon ni. Kan dah kena sebiji... padan muka."

Sekarang jam 3.20 pagi. Dok melepak kat food-court LCCT-KLIA sementara nak tunggu pesawat AK5280 ke Kota Bharu jam 0740. Tak membuta lagi ni... Takpelah... nanti sampai KB dan check-in hotel murah, balas dendam sakan. Tidur sampai ke petang. Takpe beb... ana musafirlah... boleh solat jama'.

Jam 0740 terbang ke Kota Bharu. Sampai Pengkalan Chepa jam 9.00. Call Abg Zaini yg tinggal tak jauh dari airport. Lebih kurang 15 minit dia sampai dan terus ke rumahnya. Dia bagitau ada kereta Kancil kat rumahnya dan suruh aku pakai untuk jalan-jalan cari makan. Untuk seterusnya, Allah SWT mudahkan urusan aku di KB.

Benarlah janji Allah, setiap kesusahan (ujian) akan diikuti dengan kemudahan jika kita sabar dan redha. Namun hakikatnya aku masih belum lulus dalam melalui ujian ini.

Lepas diberi kunci Kancil, aku terus ke Kota Bharu nak cari hotel paling murah dalam dunia. Mata dah terlampau berat tak tidur semalaman. Aku main redah je jalan kat KB ni. Bukannya aku ingat sangat pun jalannya.

Hotel yang popular di kalangan perwakilan PAS dan pemerhati memang dah pasti full-booking. Jadi aku cari hotel yang jarak orang dududk. Zazzz... aku jumpa. Dani Hotel.

Confirm murah... RM50 je semalam. Aku terus bayar dan check-in kira-kira jam 1000. Oklah... ada aircond, TV dan bathroom dalam. Cuma takde tingkap je. Lepas mandi, aku terus balas dendam tidur.

Sedar-sedar jam 11.30. Teringat pulak tempoh parking dah tamat. Terus turun ke bawah untuk tambah duit parking. Alamakkkk! surat saman sudah ada beb... Takpelah, cuma RM10 je jika dibayar dalam tempoh 14 hari. Lagipun hati sikit pun tak ralat kerana Kelantan di bawah pemerintahan Islam. Negeri tempat rehat orang miskin.

Malam ni lepas Isya' nak ke Putik (Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan). Ada ceramah Mat Sabu.

Semuga Allah mengampunkan segala dosa isteriku, perteguhkan Aqidah Islamnya, tingkatkan imannya dan meletakkan dirinya di kalangan isteri yang solehah. Tanpa sokongan darinya, nescaya aku tidak sampai ke Kelantan hari ini. Terasa benar betapa besarnya pengorbanan seorang isteri yang sabar menghadapi kerenah suami yang angin satu badan.

Aku sedar segala apa yang berlaku sejak dari rumah petang semalam hinggalah selamat memijakkan kaki ini di bumi bertuah Kelantan, semuanya adalah Qada' dan Qadar Allah SWT Yang Maha Esa lagi Maha Agung.

Syukran

Update on 2014 via maxis mobile internet.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger