Monday, June 7, 2010

Group 5K tubuhkan 'Konsensus Bebas'

Tentu kita kenal dengan nama mereka berlima ni. Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru). Mereka berlima hari ini mengumumkan pembentukan "Konsensus Bebas" dalam usaha untuk bertindak dengan lebih efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti.

Mereka inilah 'kumpulan katak' yang melompat keluar dari PKR dan seorang lagi dipecat sebab terlampau ghairah mencari publisiti. Rakyat bukannya tak tahu yang mereka ni masing-masing telah menerima habuan jutaan ringgit dari Pak Jib. Malahan 2 daripadanya turut serta dalam rombongan Najib ke Washington untuk bertemu Presiden Obama.

Tidak sukar untuk kita nak 'membaca' permainan politik kumpulan 5 ni. Buat masa ini mereka tidak akan terus menyertai BN sebab 'malu' dengan rakyat khususnya para pengundi mereka di kawasan masing-masing. Bak kata orang tua-tua "takut dimakan sumpah".

Kita tengok saja gelagat mereka nanti bila menjelangnya PRU13. Apakah mereka masih berani bertanding di kawasan masing-masing atas tiket Bebas ataupun sebaliknya. Untuk mereka berpatah balik ke Pakatan Rakyat, minta maaflah... boleh blah...

Hanya ada 2 kemungkinan saja bagi mereka berlima ni. Samada karier politik mereka berpanjangan ataupun terus berkubur. Namun saya yakin inilah penggal terakhir bagi mereka berlima.

Jangan diharaplah pucuk pimpinan UBN mahu memperjudikan nasib dengan meletakkan mereka sebagai calon kerana rakyat sudah hilang kepercayaan di atas segala pengkhianatan yang dilakukan sebelum ini. Apatah lagi dalam keadaan nyawa UBN pun 50-50.

Adalah hampir mustahil untuk melihat mereka bertanding atas tiket Bebas. Kalau iya pun, nescaya kalahlah jawabnya. Silap-silap haribulan, hilang deposit.

Kata orang veteran dalam politik, mereka berlima ini dikategorikan sebagai spesis yang gelojoh, gila kuasa dan bermasalah. Tidak sabar. Akhirnya, menyesal tak sudah. Bertindak hanya semata-mata atas pertimbangan emosi, bukannya sebagai seorang ahli politik yang bijak.

Berita lanjut di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger