Saturday, June 19, 2010

AWAS!!! Kerajaan Najib pukul 'gendang lama'

Sebagai rakyat kita seharusnya sedar dan insaf akan segala 'mala petaka' yang sedang melanda negara ketika ini adalah berpunca daripada sifat kesyaitanan pimpinan yang ada. Dari skandal rasuah, penyelewengan, jenayah, keruntuhan akhlak sehinggalah kepada hutang negara berjumlah RM405.1 bilion (RM 405,100,000,000).

Yang menyedihkan, kenapa majoriti rakyat negara ini khususnya orang Melayu UMNO masih buta mata hati mereka. Sukar sangatkah mahu membuat perubahan. Bukan untuk orang lain tapi diri sendiri serta anak cucu keturunan kita juga.

Jumlah penduduk negara ini lebih kurang 25 juta orang. Hasil mahsul negara begitu banyak sekali. Semuanya ada termasuk emas hitam (petroleum). Selain daripada hasil bumi, kerajaan pusat turut mendapat hasil daripada pelbagai jenis cukai. Cukai pendapatan, cukai korporat, cukai perniagaan dan pelbagai lagi. Di samping tu, rakyat turut membayar tol bila melalui jaringan lebuhraya di Semenanjung. Tol yang dikenakan terus meningkat dari masa ke semasa.

Ringkasnya, pernah kita tertanya bagaimana sebuah negara antara yang terkaya di dunia dengan segala hasil-mahsul buminya boleh menanggung hutang sebanyak RM405.1 bilion? Apakah selama ini negara kita diperintah oleh binatang atau iblis?

Dan yang terkini, subsidi kepada rakyat marhain mahu dikurangkan. Belum pernah terjadi dalam mana-mana negara demokrasi yang mana pemerintah mereka mengurangkan subsidi kepada rakyat. Hanya pemerintah Malaysia yang buat.

Kenapa subsidi rakyat mahu dikurangkan sedangkan dalam waktu yang sama subsidi kepada syarikat gergasi milik kroni terus diberi?

Terlampau banyak isu yang melibatkan kepentingan rakyat mahu disorokkan oleh kepimpinan negara sejak zaman Mahathir hinggalah Najib. Berikut adalah senarai kerugian dan penyelewengan yang berlaku di bawah pemerintahan UMNO/BN ;

1. Skandal pembelian pesawat Sukhoi berjumlah RM490 juta


2- Skandal pembelian kapal selam Scorpene (tiada sistem persenjataan) berjumlah RM500 juta hingga Altantuya Shaaribu dibunuh dan diletupkan.

3- Skandal kerugian Perwaja berjumlah RM18 bilion

4- Skandal kerugian terkumpul MAS berjumlah RM8 bilion

5- Skandal PKFZ melibatkan wang RM12 bilion

6- Penyelewengan wang KWSP

7- Skandal Eurocopter

... dan banyak lagi penyelewengan dan rasuah yang berlaku sehingga negara boleh jadi bankrap menjelang tahun 2015.

Ekoran kegagalan kerajaan pimpinan UMNO/BN mengurus ekonomi negara sejak zaman Mahathir lagi, maka hari ini kita sendiri boleh melihat akan kesinambungan kegagalan tersebut. Jangan sekali-kali kita lupa, negara ini mula menempah kehancuran
sejak era Che Det. Pada ketika itulah wujudnya kroni, penyelewengan dan rasuah secara berleluasa. Dasar penswastaan yang dilaksanakan bukan untuk mengurangkan bebanan kerajaan tetapi mahu mengkayakan keluarga dan kroni. Hutang negara terus meningkat.

Berpuluh bilion wang rakyat hilang dan dirompak. Tiba zaman Pak Lah, budaya kroni dan rasuah terus berkembang biak. Rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak secara menggila. Jatuh Pak Lah, naik pulak si Najib yang memang dah terkenal dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengannya.

Akibatnya, Malaysia hari ini menanggung hutang berjumlah RM 405,100,000,000

Siapa yang susah bila negara dah terlampau banyak hutang?

Adakah para pimpinan UMNO yang dah ada duit puluhan juta malah ratusan juta mahu peduli pasal hutang ni?

Yang menanggung segala kesusahan ini adalah kita semua rakyat Malaysia.

Pada seluruh ahli dan para penyokong UMNO/BN, tolong pikiaq sikitlah... Belajarlah jadi manusia cerdik.

Baru-baru ini media perdana milik UMNO/BN sibuk mencanang semula pasal 'pengganas'. KPN Musa Hasan mendakwa kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dikesan sedang bergerak aktif dalam negara. Bukan takat itu je malah mendakwa kumpulan ini akan menyerang kuil pulak.

Saya tidak hairan dengan kenyataan si Musa ni sebab selama ini pun PDRM bertindak macam polis Zionis atas arahan bosnya UMNO yang memang geng baik APCO Yahudi. Dan memang pun kerja Zionis ialah membuat fitnah dan dakwaan palsu terhadap gerakan Islam di seluruh dunia sebagai militan atau pengganas.

UMNO semakin tak karuan macam orang gila talak bila mana sokongan masyarakat Cina dan India kepada PAS semakin meningkat. Maka, UMNO gunakan tektik lapuk dengan mengada-ngadakan cerita kononnya kumpulan JI sedang berada dalam negara dengan harapan dapat 'mengaitkan' PAS dengan kumpulan yang didakwa oleh Washington sebagai militan. Sebab itulah si Musa Hasan sebut "Kita juga sedang memantau jika ada lagi ancaman militan selain dari JI dalam negara ini...bagaimanapun saya tidak boleh beritahu semuanya."

Segala dakwaan yang dibuat ini tidak lebih daripada gimik murahan bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar melibatkan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam negara.

Di samping itu UMNO la ni sedang menghadapi sakaratulmaut ekoran krisis dalaman parti itu, juga krisis hilangnya kepercayaan rakyat terhadap rakan komponennya dalam BN. Cumanya la ni UMNO hanya bergantung dengan alat 'bantuan penafasan' di kalangan pengundi Melayu Bumiputera yang masih buta mata hatinya. Masih terpesona dan terpedaya dengan segala macam propaganda yang disusun-atur oleh UMNO atas nasihat Zionis dalam APCO.

Wahai Melayu... bangunlah dari tidurmu. Di mana letak maruah dan harga diri kamu semua jika terus merelakan diri diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang jahat, rakus
dan munafiq...

Ingatlah... hidup kita bukan setakat di dunia saja.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger