Saturday, June 12, 2010

Mesjid 'tokong' di bumi Kelantan

Akhirnya cetusan idea MB Kelantan TGNA untuk membina sebuah mesjid yang mempunyai rekabentuk seperti tokong menjadi kenyataan. Saya dan 3 rakan berkesempatan untuk melawat mesjid tersebut yang terletak di Rantau Panjang.

Setibanya kami di sana, rasa kagum melihat rekabentuknya. Sekali pandang, memang umum percaya ianya sebuah tokong. Tapi bila terpandang menaranya, barulah sedar ianya adalah sebuah mesjid. Dan inilah satu-satunya mesjid 'tokong' dalam negara kita.

Selama ini minda masyarakat Melayu beranggapan Islam hanya milik 'eksklusif' orang Melayu sehingga masyarakat Cina dan India merasa takut untuk mendekati Islam ekoran doktrin 'sesat' yang dibenamkan oleh UMNO ke dalam minda orang Melayu. Walhal Islam itu sendiri agama universal untuk membawa rahmat kepada seluruh isi alam.

Malangnya orang Melayu sendiri telah diselewengkan minda dan fikrah mereka oleh UMNO 'sesat' sehingga memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat Cina dan India tentang Islam itu sendiri.

Biasa kita dengar bila orang Melayu didatangi oleh orang Cina atau India yang bertanyakan tentang bagaimana cara nak masuk Islam, lalu dijawab "Kalau awak mahu masuk Melayu, mesti potong dulu..."

Kata-kata 'bodoh' seumpama ini menyebabkan orang Cina dan India yang berhajat memeluk Islam terbantut sebab mereka takut jadi Melayu dan kena 'potong'. Juga mereka turut beranggapan bahawa Islam hanya untuk orang Melayu.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib menerangkan hakikat Islam itu sendiri. Bukannya menakutkan mereka. Sebenarnya inilah kerja UMNO 'laknat' selama ini yang memberikan gambaran yang salah kepada rakan mereka MCA dan MIC tentang Islam dan undang-undangnya.

Apakah tujuan UMNO berbuat demikian ?

Tidak lain hanyalah disebabkan kemunafiqan mereka yang tak mahu melihat Islam menerajui negara. UMNO sedar jika rakyat negara yang terdiri dari pelbagai kaum faham Islam, maka dengan sendirinya parti itu akan terus berkubur dan hilang kuasa pemerintahan.

Dengan terdirinya mesjid 'tokong' ini, secara automatik masyarakat Cina dan India akan sedar bahawa Islam adalah untuk semua. Bukan milik sesetengah kaum saja di mukabumi ini.

Saya sempat berbual dengan 3 0rang pelancong tempatan berbangsa Cina dari Pahang yang turut sama singgah di mesjid ini. Mereka sendiri kagum bila melihat rekabentuk dan senibinanya. Saya katakan kepada mereka bahawa Islam adalah untuk semua. Juga saya sebut jumlah umat Islam di Cina melebihi 100 juta orang.

Saya turut ditanya bolehkan mereka bertiga masuk ke dalam. Lalu saya mempersilakan mereka untuk berbuat demikian.

Islam For All

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger