Tuesday, April 6, 2010

Dr Asri pulak nak tubuh parti baru...

Sabda Rasulullah S.A.W. "Umat Nabi Musa berpecah kepada 71 golongan, hanya 1 selamat. Umat Nabi Isa pula berpecah kepada 72 golongan, 1 yang selamat. Umat aku akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan diterima Allah manakala 72 lagi masuk neraka."

Tak sangka rupanya si Asri ni pun ada cita-cita politik. Kalau tak, apa jadahnya bekas Mufti Perlis ni bersusah-payah nak daftar parti politik baru dan menjadi Presidennya. Lebih ironis lagi si Asri ni turut sama hadir dalam Himpunan Perkasa dan memuji ucapan Dr Mahathir.

Tentu pelik bukan bila mana seorang ahli agama sepertinya boleh duduk bersama dalam majlis Assobiyah anjuran Perkasa yang dipimpin oleh King Of The Frog. Tak tahulah pulak jika Mufta Perak pun turut hadir atau tidak. Sejak dapat title Tan Sri, nampak orang tua tu banyak merapu yang bukan-bukan. Kenyataannya jelas berbaur UMNO. Lebih baik letak jawatan Mufta, lepas tu masuk UMNO. Paling koman ada can jadi penasihat agama kepada Maharaja Jib dan Maharani Mah.

Inilah masalahnya bila golongan agama menjadi agen mengelirukan umat Islam. Ulama' Su' (jahat), ulama' pengampu dan penjilat, ulama' dunia. Bila ramai golongan ulama' sebegini, maka rosaklah ummah. Alfulus sufid dunya, walmampus fil akhirat.

Allah ada jelaskan tentang spesis ulama' su' ini dalam Surah Al Baqarah (2) ; ayat 159.

Persoalannya, kenapa Asri tak nak masuk PAS ? Bukannya dia tak tahu apa yang diperjuangkan, dasar dan perlembagaan PAS. Dah lebih 50 tahun PAS berjuang sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini. Macam-macam tribulasi, fitnah dan mehnah yang dihadapinya namun dengan pertolongan Allah, hari ini PAS berdiri teguh sebagai sebuah parti yang dominan serta diterima oleh seluruh lapisan masyarakat. Masyarakat bukan Islam juga sudah mula memahami apa yang dipejuangkan oleh PAS dan mereka sudah tidak takut lagi dengan Hudud. Peranan PAS juga turut diterima di peringkat antarabangsa.

Cadangan Dr Asri mahu menubuhkan parti politik baru jelas menunjukkan sikap dan pendiriannya yang 'tidak senang' dengan PAS walau sebelum ini kelihatan condong kepada parti tersebut.

Apakah Dr Asri merasakan dengan menubuhkan parti baru boleh menyelesaikan masalah ummah ? Atau sengaja mahu memecah-belahkan umat Islam tanahair ? Atau beliau sendiri mahu menonjolkan diri sebagai seorang Presiden parti ? Atau memang dia juga gila kuasa ?

Dr Asri perlu berfikir secara rasional. Jangan terlalu mengikut bisikan syaitan dalam hati. Syaitan memang suka kalau dia tubuh parti baru sebab akan menyukarkan lagi PAS untuk meraih sokongan pengundi Islam.

Jika parti baru impiannya jadi kenyataan, adalah dipercayai parti itu akan menjadi salah satu komponen Barisan Nasional. Nampaknya semakin sesatlah umat Islam dalam negara. Dahlah sebelum ini majoritinya disesatkan oleh UMNO dengan fahaman sekular, sekarang ditambah pulak dengan satu lagi parti baru yang dipimpin oleh bekas Mufti Perlis. Nampaknya makin berserabutlah pegangan Aqidah Islam di kalangan masyarakat Melayu.

Adalah hampir mustahil jika Asri berani bertanding atas tiket parti barunya secara bersendirian (Bebas). Alamat hilang depositlah...

Petang tadi sempat juga aku call salah seorang MP PAS untuk dapatkan pandangannya berhubung cadangan si Asri ni nak tubuh parti baru. Mudah saja dia beri komen. Katanya "Biarkan dia. Kita tengok saja nanti ...."

Bila difikir balik, takde mustahilnya si Asri ni menyokong UMNO. Tengok saja macam Firdaus Ismail. Bukan kecik-kecik anak beb... Hafaz Qur'an, bekas Imam Besar Mesjid Negara. Takde lagi dah iman yang paling besar. Dapat keistimewaan serta kemudahan setaraf Menteri. Malangnya si Firdaus Ismail telah tewas dengan tipu-daya syaitan serta termakan pujukan dan janji manis si 'syaitan pondan' Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.

Akhirnya si Firdaus mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan cahaya kebenaran (Islam) dan menuju kepada kegelapan kekufuran (UMNO toghut). Kita lihat apa jadi pada dia hari ini. Bertanding Parlimen kalah. Kempunan nak jadi YB. Harap-harap dilantik jadi Senator, rupanya haru. Akhirnya, jadi kera sumbang dalam UMNO. Nak berpatah balik, malu. Menyesal pun tak guna. Dulu waktu Ustaz Taib Azamuddin nasihat, tak mahu dengar... Nah sekarang terimalah penghinaan daripada Allah SWT.

Aku harap Dr Asri boleh ambil pengajaran daripada apa yang dialami oleh bekas Imam Mesjid Negara itu. Tak usah buang masa nak tubuh parti lain. Masuk saja PAS. Insya'Allah, dalam PRU13 nanti PAS akan letakkan kamu bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perlis.

"Membangun Bersama Islam"

berita lanjut di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger