Friday, April 2, 2010

Kenapa orang Melayu degil....

BICARA kali ini hanya nak menyentuh sikap orang Melayu sebab kedegilan mereka yang masih tak mahu kepada Islam walau sejak lahir lagi dah Islam. Tak mahu pada Islam di sini merujuk kepada keengkaran mereka memberi sokongan kepada Parti Islam (PAS) yang benar-benar mahu menegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara.

Dah lebih 52 tahun tanahair ini merdeka. Dan sepanjang tempoh itu jugalah UMNO yang memerintah bersama rakan komponen terbesarnya MCA dan MIC. Sepanjang pemerintahan UMNO, apa yang berlaku kepada orang Melayu amat menyedihkan. Antaranya ;

1- 250,000 anak orang Melayu yang Islam telah murtad,

2- hak biasiswa anak Melayu dan Bumiputera dirampas,

3- kegagalan DEB untuk meningkatkan penguasaan ekonomi Melayu,

4- hak peneroka dirampas dan ditipu,

5- kemiskinan terus membelenggu masyarakat Melayu.

6- keruntuhan akhlak di kalangan remaja Melayu termasuk penglibatan mereka dalam dadah, seks bebas (zina), black-metal, jenayah juvana, gangsterisme dan pelbagai kebejatan sosial.

7- semakin jauh dari Islam.

8- gelagat artis Melayu yang menjelekkan sehingga cara hidup mereka di sebalik tabir sudah setaraf dengan artis Hollywood.

9- peningkatan jumlah orang Melayu yang terperangkap dengan ah-long (loan-shark).

10- kemerosotan akademik di kalangan pelajar Melayu.

11- peningkatan jumlah gadis Melayu yang terlibat dengan pelacuran.

..... dan banyak lagi kes yang mengaibkan melibatkan Melayu.

Fakta-fakta di atas menunjukkan bukti betapa UMNO telah gagal sebagai pemerintah. UMNO hanya berjaya dalam melahirkan generasi perasuah, penjenayah kolar putih, generasi anti-Islam dan murtad.

Kenapa Melayu masih degil dan tak sedar diri ???

Pokok pangkal permasalahan ini adalah kerana orang Melayu sendiri yang tak mahu kepada Islam walau dalam waktu yang sama mereka menunaikan Rukun yang lima.

Dengan jelas Allah tegaskan dalam Al-Qur'an bahawa hanya Dia yang berkuasa memberikan hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Namun jangan dilupa tentang syarat untuk mendapatkan hidayah tersebut.

Persoalannya sekarang, bagaimana seseorang itu boleh mendapat hidayah jika Aqidah Islam tidak murni. Perlu diingat, perkara utama yang dilihat oleh Allah adalah Aqidah, kemudian baru diikuti dengan amal ibadah.

Kita semua tahu walau banyak mana kebaikan yang dibuat oleh golongan kafirun namun semuanya tiada nilai di sisi Allah sebab mereka tidak beriman. Tapi bila mereka memeluk Islam, maka segala amal kebaikan mereka itu akan diberikan pahala dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Malangnya, apa yang berlaku hari ini dah terbalik. Majoriti Melayu Islam dok faham asalkan amal ibadah cukup dan banyak, maka confirm masuk syurga tanpa ambil peduli hal-hal yang boleh merosakkan Aqidah mereka.

Seingat saya dah banyak posting sebelum ini menyentuh tentang bahaya ancaman terhadap Aqidah jika menyokong UMNO.

Kenapa saya kata sokong UMNO rosak Aqidah ?

Semua dah tahu UMNO ialah sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular. Dan para Ulama' Muktabar telah sepakat bahawa sekularisma ini satu fahaman yang menyesatkan kerana memisahkan agama daripada pemerintahan (politik). Dan kita juga sedar sekularisma ini adalah ajaran Kristian.

Baiklah... kalau kita menyokong UMNO bermakna ;

1-kita redha dan setuju dengan fahaman sekular yang menjadi pegangannya sejak ditubuhkan.

2- kita turut sama bersetuju dengan UMNO yang melaksanakan pemerintahan sekular (mengasingka Islam daripada pemerintahan) selama lebih 52 tahun.

3- kita juga bersetuju undang-undang penjajah Kristian (Perlembagaan Negara) lebih tinggi dari Al-Qur'an.

4- kita turut sama menyokong UMNO menolak Hudud.

5- kita juga menyokong UMNO mengeluarkan lesen judi, arak dan riba'.

Saya kira 5 hujjah di atas sudah cukup membuktikan yang Aqidah Islam orang UMNO boleh rosak tanpa sedar.

Nak lebih jelas lagi, seorang Ulama' dan juga Mufti di zaman Pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniyah Turki telah berfatwa dengan menyebut ;

"Jalan mudah menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik."

Almarhum Prof Dr Hamka dalam Kitab Tafsir Al-Azharnya telah menafsirkan ayat 159 dalam Surah An-An'aam (6) sebagai ;

"Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hatinya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Ekoran kejahilan dan kedegilan orang Melayu UMNO, maka berlakulah segala kejelekan dan kerosakan yang kita boleh lihat hari ini.

Takkanlah tak boleh nampak lagi kenapa sokong UMNO boleh rosak Aqidah.

Ingatlah, kita semua tak tahu bilakah tarikh dan masanya kita akan mati. Selagi mana nyawa masih ada, bersegeralah meninggalkan UMNO. Jangan disia-siakan segala amal ibadah kita selama ini dek kebodohan sendiri terus-menerus menyokong ketoghutan UMNO.

Marilah kita berhijrah meninggalkan toghut dan menuju kepada cahaya kebenaran Islam.

Amin...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger