Saturday, April 3, 2010

1Malaysia perlu kerana ada pelampau.....

Nak kata bodoh, Tun Razak hntr bljr smpai ke London. Nak kata bebal, pernah jadi MB, Menteri, TPM dan la ni PM. Nak kata bangang, tengok muka macam budak cerdik. Namun itulah hakikat yang perlu diterima oleh rakyat Malaysia samada suka atau tidak dengan seorang Perdana Menteri yang suka menipu dan membuat kenyataan paling bodoh dalam dunia. Nak buat macamana sebab dah dipilih oleh majoriti rakyat yang mengong.

Tak malukah kita sebagai rakyat bila mana sepanjang hidup terus diperbudak dan diperbodohkan oleh 3 orang PM sejak Mahathir.

Mahathir sebut "Nilai matawang kita jatuh adalah angkara Soros. Bukan kerana kita salah urus ekonomi." Walhal bukan pasal Soros. Hakikat sebenarnya nilai simpanan rezab negara semakin tiris ekoran pembaziran yang dilakukan oleh Mahathir.

Bila Pak Lah jadi PM, dia pulak kata "Kita terpaksa menaikkan harga minyak kerana pasaran minyak dunia naik. Jika tidak, kerajaan terpaksa menanggung beban tambahan subsidi sebanyak RM2 bilion lagi. Rakyat kena berkorban sikit untuk negara." Walhal, bukan pasal harga minyak dunia naik tapi kerajaan dah takde duit ekoran kerakusan, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan.

Sekarang giliran PM Najib pulak perbodohkan rakyat. Bagaimana seorang PM boleh kata 1Malaysia perlu kerana ada pelampau.

Kita nak tanya Najib dan UMNO, siapa sebenarnya pelampau dalam negara? Kenyataan sebegini takde bezanya dengan kempen dan tuduhan Bush terhadap orang Islam sebagai pengganas walhal satu dunia tahu pengganas sebenar adalah Amerika dan Israel.

Kenyataan Najib ini dilihat sebagai satu proses memulihkan keyakinan rakyat terhadap agenda dan idea 1Malaysia bawaannya yang semakin hari semakin malap dan ditolak oleh rakyat. Yang dok sibuk jaja ke sana sini 1Malaysia ni hanyalah orang UMNO saja sebab memang dah tabiat mereka macam lembu yang boleh ditarik ke mana saja.

Pendek kata apa saja yang disebut oleh PM dan Presiden UMNO macam 'firman' yang wajib ditaati. Kalau engkar, derhakalah namanya... Sebab itulah saya pernah sebut bahawa ahli dan penyokong UMNO ini memberhalakan pemimpin.

Tak keterlaluan saya nyatakan di sini bahawa pelampau sebenar ialah UMNO. Bukan pihak lain. Namun dengan kuasa yang ada, UMNO berjaya sorok kejahatannya dengan menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam.

Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Berdarah Memali dan Lubuk Merbau, Peristiwa Sauk, Operasi Lalang dan banyak lagi kejadian yang membuktikan UMNO sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan survival politik. Bagi mereka "matlamat menghalalkan cara" sehingga kepada peringkat membunuh, memfitnah dan menahan musuh politik dengan ISA.

Persoalannya sekarang, apa perlunya 1Malaysia ni. Selama ini siapa yang menimbulkan sentimen perkauman sehingga wujud rasa tak puashati di kalangan Cina dan India.

Maaf cakaplah... Najib dan UMNO ingat masyarakat Cina dan India boleh diperbodohkan dengan idea lapuk ini. Orang UMNO bolehlah kamu perbodohkan sebab mereka memang bebal pun sejak zaman berzaman. Cuba kalau orang Melayu cerdik... dah lama UMNO mampus.

Saya harap seluruh warga Malaysia jangan sekali-kali terpedaya dengan agenda dan kempen 1Malaysia ini. Cukuplah kita ditipu dengan kempen Bersih Cekap Amanah, Penerapan Nilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan dan Islam Hadhari. Terbukti hari ini semuanya merupakan pembohongan bagi memperdayakan kita semua.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger