Thursday, April 15, 2010

PRK P094 : Adakah pemilihan Zaid tepat ?

Sewaktu dalam UMNO, Hang Jebat PKR ni bukan main lagi hentam kerajaan PAS Kelantan hingga nak cabar Enakmen Hudud di mahkamah namun akhirnya tak jadi. Dan hari ini sapa dok sangka yang Zaid boleh berada dalam kem Pakatan Rakyat. Inilah salah satu bukti yang menunjukkan ketentuan dan kehendak Ilahi takde sapa yang boleh halang.

Tidak dinafikan waktu beliau dalam UMNO dan menjawat jawatan Menteri di JPM, banyak tindakannya selain daripada menyerang pembangkang, beliau juga tidak gentar untuk mengkritik keras pentadbiran Pak Lah yang lembik dan tak bermaya. Kritikan beliau terhadap kerajaan dalam isu kehakiman, hak asasi dan Undang-Undang Islam serta menyokong penubuhan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat isu klip video Linggam.

Sebagai peguam yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan, beliau telah mengkritik keras penangkapan MP DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA. Sejurus selepas itu beliau meletakkan jawatannya dari Kabinet pada 15 September 2008.

Secara personal, saya memang bersetuju Zaid diletakkan sebagai calon bagi Hulu Selangor ini. Tidak dinafikan kewibawaan dan ketegasannya dalam menangani isu kehakiman, keadilan dan hak asasi manusia telah terbukti sewaktu beliau masih dalam UMNO dan Kabinet. Ringkasnya, beliau telah teruji.

Jika dilihat dari sudut isu nasional yang berlaku mutakhir ini serta beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam UBN, memang Pakatan Rakyat ada kelebihan di Hulu Selangor lebih-lebih lagi Selangor diperintah oleh PR.

Namun di sudut peluang hanyalah 50-50. Apa yang membimbangkan ialah sikap pengundi Melayu dan India saja. Manakala pengundi Cina diyakini masih dalam mood PRU12.

Salah satu masalah besar dalam budaya politik dan pilihanraya tanahair bila mana UMNO akan menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi mengugut, membeli dan memperbodohkan rakyat selain daripada menipu dalam Daftar Pemilih. Ini dah satu hal.

Satu hal lagi ialah budaya majoriti masyarakat Melayu dan Bumiptera yang 'bebal politik' serta meneruskan sikap turun-temurun menyokong UMNO secara 'mengkhinzir buta' tanpa membuat sebarang 'check and balance'.

Terfikir juga di benak hati, jika Zulkifli Noordin pun boleh jadi bebal dan mengong, apatah lagi orang Melayu UMNO. Entah-entah si Zul ni dah dirasuk oleh Jin Kafir UMNO. Tak mustahil benda ni sebab UMNO dan Syaitan ibarat isi dan kuku. Jika UMNO pupus, maka menderitalah syaitan sehingga kurus kering....

Ekoran sikap negatif sedemikian menyebabkan UMNO terus mendominasi pemerintahan negara dan bebas melakukan sebarang penyelewengan, jenayah dan sebagainya.

Diharapkan seluruh pengundi Hulu Selangor khususnya Melayu harus sedar dan insaf dengan segala apa yang telah berlaku dalam negara sepanjang pemerintahan UMNO. Jangan digadaikan negara ini hanya kerana kebodohan sendiri.

Kekalkan kerusi PKR di Hulu Selangor.

Salam Reformasi...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger