Sunday, April 11, 2010

Inkues Teoh : Dr Pornthip ditekan k'jaan Malaysia

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Jika Altantuya boleh dibunuh sekejam itu demi nak melindungi imej dan kepentingan sang celaka Najib, maka bukanlah satu perkara yang menghairankan bila mana seorang lagi warga luar menerima tekanan politik atau ugutan ekoran kenyataannya 80% Teoh dibunuh. Bukan bunuh diri. Sebagai seorang doktor pakar patologi yang diiktiraf dunia, sudah tentu kesaksiannya dalam Mahkamah Koroner diterima pakai.

Terkini, Dr Pornthip tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini.

Persoalannya, mengapa beliau tidak mahu hadir jika benar tiada sebarang tekanan?

Bukan susah untuk kita menelahnya. Perlu diingat kes kematian Teoh ini benar-benar memberi tekanan kepada kerajaan Najib. Dan seluruh rakyat di tanahair, malah antarabangsa yakin memang Teoh mati dibunuh. Apatah lagi bila seorang pakar patologi terkenal sendiri mengesahkan hasil daripada pemerhatiannya ke atas post-mortem 2 mayat Teoh jelas mengukuhkan lagi kesimpulan awalnya.

Bila Kementerian Luar Thailand menerima 'isyarat' dari Kerajaan Malaysia bahawa kehadiran Dr Pornthip tidak disenangi sebagai saksi dalam kes Teoh, sebenarnya tindakan pengecut kerajaan Najib ini dengan sendirinya mengesahkan hipotesis doktor pakar itu bahawa 80% Teoh dibunuh.

Memang kes pembunuhan Teoh ini sebolehnya mahu disorok sebolehnya oleh UMNO dari pengetahuan umum namun ianya sudah terlambat kerana rakyat sudah tahu dan yakin memang Teoh dibunuh.

Kenapa UMNO cukup takut pasal kes ini ?

UMNO tahu bagi memastikan kemenangan mutlak dalam PRU, mereka memerlukan sokongan pengundi Cina. Secara kebetulan Teoh Beng Hock berbangsa Cina. Dalam konteks ini, jika Dr Pornthip tidak dihalang daripada hadir memberi keterangan, maka sudah tentu ianya semakin mengundang padah besar kepada BN di bawah Najib.

Memang pada asasnya rakyat percaya Teoh dibunuh tapi bila nanti Mahkamah Koroner membuat keputusan sebaliknya, sekurang-kurangnya dapat meneutralkan sedikit kemarahan rakyat melalui media perdana. Percayalah, setelah selesai perbicaraan Inkues Teoh ini dan mahkamah membuat keputusan yang selari dengan kemahuan UBN, media mereka akan menyiarkan berita mengenainya di front page. Sudah tentu tajuknya berbunyi "Kematian Teoh : Mahkamah mengesahkan kes bunuh diri."

Rakyat perlu menyedari bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Sejarah pembunuhan di Memali dan Lubuk Merbau, pembunuhan Norita Shamsuddin, Mustakizah, peristiwa Sauk dan pembunuhan kejam Altantuya membuktikan betapa dahsyat dan kejinya 'permainan' sang iblis laknat UMNO ini. Fakta sebenar keseluruhan kes ini disorok dengan memperalatkan Peguam Negara, Polis dan mahkamah.

Berikut adalah berita dari malaysiakini (11 April);

'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Selamatkan Malaysia Dari Penjenayah

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger