Friday, January 1, 2010

Malaysia Hina Di Mata Dunia

Sebagai rakyat sepatutnya kita rasa malu kerana negara kita hari ini dipandang 'jijik' oleh negara luar. Kenapa saya katakan demikian ? Sebagai rakyat, kita wajib menjaga negara kita. Bukan setakat kita hidup kat dunia ini hanya semata-mata nak cari makan saja, kemudian langsung tak ambil peduli apa yang telah dan akan berlaku.

Perlu diingat, Malaysia ini bumi bertuah. Segala kekayaan kurniaan Allah di tanahair kita ini memang terlampau lebih dari cukup untuk menampung keperluan hidup penduduknya. Namun apa yang berlaku hari ini sangat menyedihkan. Masih terlampau ramai rakyat yang hidup merempat, dhaif dan miskin. Tahap kehidupan rakyat pula bukan semakin selesa malah semakin terbeban dengan pelbagai jenis bayaran dan kenaikan harga barangan yang melampau. Layanan 'double-standard' kepada rakyat semakin ketara. Segala jenis peruntukan dan bantuan wajib bagi kemudahan rakyat ditarik satu-persatu atas alasan mahu mendidik rakyat jangan
terlampau bergantung kepada subsidi. Kata-kata Mahathir sewaktu jadi PM dulu.

Persoalannya mengapa sehingga ke saat ini hidup rakyat di luar bandar masih berada pada tahap miskin. Setelah 52 tahun merdeka, apa yang kerajaan UBN buat untuk rakyat ? Tak usahlah disebut pasal jalan, elektrik dan air. Jika ketiga-tiga kemudahan ini disebut sebagai tanda kerajaan sudah menunaikan tanggungjawab membela rakyat, memang benarlah pemimpin sebegini boleh dikategorikan sebagai manusia dungu manakala penyokongnya bangang. Namun inilah yang kerap diungkit oleh pemimpin UMNO kepada para penyokongnya.

Mana-mana kerajaan di dunia yang betul bertanggungjawab terhadap rakyatnya akan menyediakan perkhidmatan perubatan dan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya. Membina rangkaian jalanraya yang bermutu tanpa mengenakan sebarang caj tol. Juga menyediakan kemudahan pengangkutan awam dengan kadar tambang yang rendah. Manakala perkhidmatan bekalan elektrik dan air, kerajaan menetapkan caj tarif yang terendah bagi memastikan rakyat tidak terbeban. Antara kerajaan di dunia ini yang sayang pada rakyatnya adalah Kerajaan Arab Saudi, Peranchis, Britain dan Cuba.

Bagaimana pula dengan negara kita yang mana para pemimpin UMNO mendakwa merekalah pembela rakyat ?

Mari kita perhatikan beberapa fakta berikut ;

1- Kenaikan menggila harga petrol/diesel yang sengaja dibuat oleh Pak Lah. Dari RM1.18/liter kepada RM 1.90/liter dalam keadaan negara dilimpahi kemewahan hasil petroleum. Alasan yang diberikan oleh sang penguasa zalim kerana mahu menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran pemberian subsidi minyak.

2- Penghapusan biasiswa pelajar bumiputera dan digantikan dengan hutang pinjaman PTPTN sedangkan biasiswa ini dijamin oleh perlembagaan.

3- Penswastaan bekalan air dan elektrik yang mengakibatkan kenaikan tarif yang membebankan. Bukan untuk mengurangkan beban kerajaan tetapi untuk mengkayakan kroni mereka.

4- Wang tabungan rakyat dalam KWSP dan Tabung Haji digunakan sewenangnya untuk 'bail-out' syarikat kerajaan, keluarga dan kroni yang hampir bankrap.

5- Kegagalan Amanah Saham Johor sehingga ratusan ribu menanggung hutang di bank. Manakala pembahagian keuntungan ASN dan ASB amat memalukan.

6- Kerugian Perwaja berbilion ringgit.

7- Pembaziran RM100 bilion wang rakyat di era Mahathir selama 23 tahun. Manakala zaman Pak Lah pula lagi dahsyat. Dalam tempoh 5 tahun saja hangus RM270 bilion wang rakyat akibat penyelewengan dan salah-urus tadbir.

8- Kerugian Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sejak dari dulu sampai sekarang. Yang terkini RM8 bilion rugi sedangkan Singapore Airlines terus memacu ke hadapan dengan keuntungan ratusan juta setiap tahun.

9- Lebih RM200 juta wang rakyat diseleweng oleh Anuar Musa. Yang kena tahan hanyalah kereta Mercedes S320. Anuar Musa bebas begitu saja.

.... dan banyak lagi.

Fakta yang memalukan bagi Malaysia ;

1- Kedudukan Malaysia dalam ranking CPI (Corruption Perception Index) makin jatuh dari tangga 45 ke 47 dlm tahun 2009. Manakala Singapura kekal di kedudukan tiga teratas sebagai negara hampir bersih rasuah.

2- Pembunuhan kejam Altantuya membuktikan betapa dahsyatnya penyelewengan dan rasuah dalam negara ekoran pembelian 2 biji kapal selam Scorpene. Seluruh dunia gempar dengan pembunuhan ini. Seorang mangsa dibunuh dan RM500 juta wang rakyat disapu oleh pasangan iblis No.1 negara.

3- Kehilangan 2 enjit jet F-5E yang berharga RM50 juta. Dah 2 tahun hilang baru hari ini sibuk nak mencari. Boleh dipercayakah enjin ini dicuri. Inilah akibatnya jika negara diperintah oleh perasuah dan penyamun. Nasib baik pembangkang dedahkan. Kalau tak, lenyap begitu saja wang rakyat. Bukti betapa lemahnya sistem keselamatan negara.

4- Pembunuhan Teoh Beng Hock menggambarkan betapa jijiknya permainan politik kotor UBN dalam nak merampas Selangor.

5- Rampasan secara biadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Satu dunia tahu memang UBN bertindak keji dalam merampas Perak.

Kenapa ini berlaku kepada Malaysia ?

Penyebab utama semuanya ini berlaku kerana negara ini sedang dipimpin oleh golongan manusia munafiq yang lebih jahat dari Yahudi, Nasrani dan kafirun. Memang tulisan saya keras dalam mengecam pimpinan UMNO.

Begitu jelas Allah beritahu kita semua umat Islam agar memilih pemimpin yang beriman tetapi kita degil dan bebal. Kita tetap dengan kepercayaan toghut yang mengatakan politik mesti dipisahkan dari agama. Fahamn sesat ini sengaja ditanam oleh penjajah British dan diteruskan pula oleh anak didik mereka dari kalangan pemimpin UMNO yang mengaku Islam tetapi beriman dengan fahaman Kristian (sistem pemerintahan sekular).

Dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 ;

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

Dalam tafsir H Zainuddin Hamidy, ulama' tafsir menjelaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang tiada mempedomani ajaran Tuhan itu, jika mereka berkuasa nescaya kekuasaan itu akan dipergunakannya untuk ;

* melakukan sewenang-wenangnya seperti menahan orang tanpa bukti,
* mencari keuntungan duniawi untuk diri dan keluarga,
* memperturutkan hawa nafsu semata-mata,
* menindas rakyat dan memecah-belahkan kesatuan umat.

Kepentingan bersama, keadilan, kebenaran, kejujuran dan ajaran Tuhan sudah tidak dipedulikan lagi oleh mereka.

Ekoran kedegilan umat Islam yang masih mendokong pemerintahan sekular ini, maka terimalah akibatnya sekarang. Segala apa yang berlaku sekarang merupakan bala' daripada Allah disebabkan kesalahan kita sendiri.

Wahai umat Islam, bangunlah. Jangan kita pertaruhkan nasib negara ini di tangan golongan pimpinan yang tidak beriman ini. Mahukah kita wariskan sebuah negara yang rosak dalam pelbagai sudut pada anak cucu kita nanti ? Ingatlah hidup kita tidak tamat di dunia saja.

Kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah sepenuhnya.

Salam Juma'at.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger