Wednesday, January 13, 2010

Perang Islam - Kuffar Bakal Meletus !

Ramai di kalangan pemimpin negara umat Islam seolah menaruh harapan baru berhubung polisi dan dasar luar Amerika bila Barrack Obama mengambil-alih pentadbiran Washington.

Masing-masing memberi ulasan dan yakin Obama akan menukar polisi dan dasar luar Amerika terhadap negara umat Islam. 12 bulan pertama menduduki White House, Obama dilihat lebih menumpukan kepada beberapa polisi dalaman Amerika termasuk menyusun semula struktur ekonomi Amerika, plan membawa pulang tenteranya dari Afghanistan dan Iraq, menutup Penjara Tentera di Guatonamo dan sebagainya.

Sebenarnya siapa pun yang jadi Presiden Amerika, ianya tidak akan mengubah polisi dan dasar luar Amerika khususnya terhadap negara Islam. Sebab yang menguasai pentadbiran Washington adalah Yahudi Zionis. Amerika tidak boleh berbuat apa -apa dalam konteks ini. Segala sektor ekonomi Amerika dikuasai oleh sekumpulan kecil manusia berbangsa Yahudi ini. Sebab itulah pentadbiran Amerika membiarkan saja Yahudi Zionis menceroboh bumi Palestin dan membunuh umat Islam di sana dengan cara pengecut.

Walau jutaan rakyat Amerika membantah tindakan biadap Israel terhadap Palestin, namun Presiden Amerika hanya mampu berlakon dalam sandiwara pelan damai yang ditajanya sejak berpuluh tahun dulu. Bagi puak Yahudi Zionis, mereka tidak peduli sapa pun yang duduk di White House sebab mereka dah lama menguasai segenap penjuru polisi dan dasar Washington.

Begitulah juga dengan Obama. Walau bapak dan opahnya Islam tapi dia sendiri Kristian. Jika orang yang mengaku Islam pun boleh 'sembelih' rakyatnya, apalah yang boleh kita harapkan dengan si Obama ni. Hanya buang masa menaruh harapan akan berlakunya perubahan dasar luar Washington terhadap negara umat Islam.

Yang Terkini... Amerika Membekalkan Israel Dengan Peralatan Ketenteraan

Baru-baru ini akhbar Zionis melaporkan Amerika akan menempatkan peralatan ketenteraannya di wilayah sekutu rapatnya Israel yang melibatkan kos USD800 juta.

Menurut perjanjian yang ditandatangani bulan lalu antara kedua buah negara, Israel boleh menggunakan peralatan ini semasa perang. Menurut sumber, Kongres Amerika telah meluluskan jumlah 2 kali ganda bagi senjata dan peralatan ketenteraan yang mesti diberikan kepada sekutunya di bawah plan menempatkan senjata di negara rakan sekutu rapat Amerika.

Perjanjian ini bukan saja membenarkan Zionis menggunakan senjata dalam jumlah yang besar malahan bebas menggunakan pelbagai jenis senjata. Pihak Amerika sendiri akan menentukan apakah jenis senjata yang akan ditempatkan di wilayah Israel termasuk pelbagai jenis roket, senjata, jet, kereta kebal dan kenderaan tentera.

Jika dilihat kepada senario ini, Amerika dan Israel sebenarnya amat bimbang dengan pengaruh dan kekuatan Iran di wilayah Timur Tengah. Hari ini banyak negara dunia yang menjalinkan hubungan diplomatik dan perdangangan dengan Iran. Washington menyedari hakikat ini dan jika tidak berbuat sesuatu, secara tak langsung boleh menggugat kuasa, pengaruh dan ekonominya sendiri. Dan yang paling dibimbangi adalah kedudukan negara haram Israel tidak terjamin.

Sebab itu hari ini kita lihat Washington beriya-iya sangat menuduh Iran membangunkan senjata nuklear walaupun sudah terbukti dan disahkan oleh pemeriksa PBB bahawa Iran hanya membangunkan teknologi nuklearnya untuk tenaga letrik, bukannya senjata.

Adalah tidak mustahil tindakan Amerika menempatkan peralatan senjatanya di wilayah Zionis ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk menekan Iran sebagaimana yang sedang mereka bincangkan mutakhir ini untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara Republik Islam itu.

Mengapa Amerika Cukup Takut ?

Sejak zaman Revolusi Islam, Iran tidak pernah mengiktiraf negara Israel hinggalah ke hari ini. Bila Iran tidak mahu mengiktiraf negara haram Zionis ini, bermakna kedudukan Israel tergugat. Hari ini Iran sudah mampu membangunkan teknologi nuklearnya dengan kepakaran sendiri. Juga teknologi peluru berpandunya yang canggih. Tahun lepas Iran telah berjaya melancarkan 3 buah satelitnya ke angkasa dan akan disusuli pula nanti pelancaran satelit jarak jauh pertama dunia.

Tahun lepas, Presiden Mahmoud Ahmadinejad menegaskan jika Amerika ada niat untuk menyerang Iran, dipersilakan jika mahu melihat bumi Amerika itu hangus. Yang menggerunkan Amerika adalah kemampuan peluru berpandu jarak jauh Iran bernama Al-Fajr yang tidak boleh dikesan radar.

Kebimbangan dua negara sekutu iblis ini ditambah dengan kekuatan Hizbullah di Lubnan dan keampuhan Hamas di Palestin. Perlu dingat, Iran, Hamas dan Hizbullah tidak bersendirian dalam hal ini. Kumpulan Mujahidin yang berada di wilayah berdekatan hanya menunggu masa saja.

Perang Islam - Kuffar

Jika benar Amerika/Israel bertindak menyerang Iran, maka kita akan lihat sendiri kejatuhan Amerika dan lenyapnya Israel dari bumi Palestin. Insya'Allah, seluruh umat Islam akan dapat kembali bersolat di Masjid Al-Aqsa.

Dan Islam akan kembali menyinari dunia ini sebagaimana janji Allah dan Rasul-Nya bahawa Islam akan kembali menguasai dunia sebelum berlakunya Qiamat. Dan tanpa kita sedari Qiamat sudah terlampau dekat. Tanda-tanda besarnya juga sudah berlaku mutakhir ini.

Tidak keterlaluan jika boleh saya katakan ini adalah peperangan antara Islam dan kuffar. Bukan lagi peperangan antara negara.

Bagi umat Islam, sudah sampai masanya kita kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah sepenuhnya. Marilah kita sama-sama berhijrah dari kegelapan kekufuran (ajaran toghut) menuju cahaya kebenaran (Islam). Inilah sifat orang yang beriman sebagaimana Allah tegaskan dalam Surah Al-Baqarah. Kita wajib menjadi penolong agama Allah sebagaimana dilakukan oleh golongan Muhajirin dan Ansar yang menolong Baginda Rasulullah menegakkan Daulah Islamiyah di bumi Madinah dalam Peristiwa Hijrah.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger