Monday, January 18, 2010

Isu Kalimah Allah - Peluang atau Ancaman Bagi PR ?

Bila pemimpin parti pembangkang buka mulut berbicara soal kemenangan atau peluang dalam pilihanraya, semuanya akan berkata ;

"Peluang kita dalam PRU akan datang adalah amat cerah memandangkan peningkatan ketara sokongan rakyat terhadap kita. Di mana saja program yang kita buat mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain daripada itu rakyat semakin sedar dan tahu segala kebejatan rasuah dan penyelewengan para pemimpin UBN. Isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat seperti pendidikan, kenaikan harga dan masalah sosial masih tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN."

Memang benar apa yang dikatakan. Persoalannya ;

- Adakah memadai hanya bergantung dengan isu sahaja sudah boleh dijadikan indikator bahawa kita boleh menang banyak kerusi ?

- Bolehkah dijadikan sebagai penanda aras bila melihat sambutan baik rakyat terhadap program kita ?

Saya sendiri pernah melalui 3 PRU sejak PRU10. Dalam sejarah politik Malaysia, gelombang terbesar adalah Isu Pemecatan DSAI. Waktu itu saya berada di Johor. Memang saya tak nafikan di zaman Reformasi dan Gerak ini, memang hebat sambutan rakyat di seluruh Semenanjung.

Di Johor saja puluhan ribu masyarakat Islam yang menjadi ahli PAS. Setiap program ceramah yang dianjurkan oleh PAS dihadiri ribuan manusia. Derma jihad pun paling koman RM 6 ribu. Pendek kata pada ketika itu seolah-olah macam nampak dah bayangan kemenangan dan PAS bakal menjadi kerajaan baru di negeri yang paling kuat UMNO di dunia.

Bila selesai saja pengiraan undi dalam PRU10, satu kerusi pun tak sangkut. Cuma hanya ada peningkatan undi di seluruh DUN dan Parlimen Johor. Walaubagaimana pun kita bersyukur kerana berjaya mengukuhkan kedudukan di Kelantan, menawan Terengganu dan memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Pahang, Perak, Selangor dan Kedah.

Kemudian dalam PRU11 pula, undi kita merosot teruk. Kita hanya ada kelebihan 1 kerusi DUN di Kelantan dan mengekalkan beberapa kerusi Parlimen. Terengganu ghuyub, gagal pertahankan kerusi di Pahang, Selangor dan Perak. Manakala Kedah hanya tinggal 3 kerusi DUN dan 1 Parlimen.

Dengan izin Allah, Pakatan Rakyat bangkit dalam PRU12 ekoran gelombang pengundi Cina dan India dan secara tak langsung melakar sejarah dalam peta politik negara bila berjaya menguasai 5 negeri dan sekarang tinggal 4 ekoran rampasan kuasa secara jijik di Perak.

Takkanlah kita tak boleh belajar dari 3 piliharaya ini. Begitu jelas sokongan rakyat boleh berubah-ubah sepanjang masa. Yang kita mahukan adalah sokongan padu rakyat terhadap kita dengan menjadi ahli PAS atau PKR atau DAP.

Bagaimana caranya ? Lu fikirlah sendiri....

Isu kebenaran penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak

Isu ini sebenarnya ditimbulkan oleh Bernard Dompok. Beliaulah yang mencadang dan memohon penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam agama Kristian. Bila KDN tidak membenarkan, lalu dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Ringkasnya, misi Bernard Dompok memperjuangakan penggunaan kalimah Allah ini adalah semata-mata untuk nak meraih sokongan padu penganut Kristian di Sabah kepada partinya UPKO. Manakala visinya pula adalah untuk menenggelamkan pengaruh PBS dan seterusnya menjatuhkan Pairin Kitinggan. Bernard melihat Pairin adalah satu-satunya halangan utama baginya. Hanya satu cara saja untuk mematikan pengaruh MP Keningau ini, yaitu mengurangkan sokongan rakyat terhadap PBS.

Selain daripada visi Bernard, ianya jua merupakan strategi politik UMNO/BN Pusat bagi mengekalkan dan meningkatkan sokongan para pengundi Krisitian di 2 buah negeri ini. Sebab Sabah dan Sarawak merupakan 'penyelamat' kepada UBN dalam PRU12 lalu.

Sumber menyebut Nazri Aziz merupakan 'playmaker' dalam isu ini. Sebenarnya saya tak hairan dengan sikap Nazri ni. Dalam isu tuntutan Sister In Islam dan IFC dulu, dia adalah salah seorang Menteri UMNO yang menyokong tuntutan 2 NGO Dajjal ni. Tak keterlaluan jika saya katakan si Nazri Aziz ni memang dah takde bezanya dengan puak-puak Kristian. Cuma namanya saja masih Melayu dan dalam ICnya ada tertulis perkataan Islam.

Bicara Orang Politik

Secara peribadi, saya dah lama meluat bila mendengar orang politik yang suka berbicara berdasarkan pemerhatian kasar dan khayalan semata-mata. Bukan berdasarkan fakta. Bagi pimpinan dan ahli PAS, jika nak belajar selok-belok dan gerakerja pilihanraya yang terbaik, sila belajar dari Kelantan dan Kedah. Bak kata orang, jika nak pandai kenalah belajar dari orang yang lebih mahir dan tahu.

Tapi kalau pimpinan PAS Kelantan dan Kedah yang berbicara soal peluang kemenangan, saya memang respect dan percaya dengan apa yang mereka perkatakan. Sebab mereka bercakap berdasarkan fakta dan maklumat tepat. Bukannya main serkap jarang je.

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu hentikan khayalan mereka. Berpijaklah di bumi nyata. Jangan bicara soal kemenangan jika kerja yang dibuat tidak teratur dan tersusun kemas. Pihak musuh dengan segala jentera mereka tidak pernah berhenti menyusun strategi bagi memastikan kemenangan.

"Selamatkan Malaysia"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger