Saturday, January 16, 2010

Saintis Iran Dibunuh - Perancangan Jahat Musuh

Dr Mas'oud Ali Mohammadi, saintis dan professor Iran terbunuh dalam satu letupan bom kawalan jauh berhampiran rumahnya pada hari Selasa lepas.

Jumaat 15 Jan, pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Seyyed Ali Khameini menyampaikan mesej takziah kepada seluruh ahli anggota keluarga dan rakan sekerja atas kesyahidan Alimohammadi.

Ayatollah juga menegaskan perbuatan jenayah itu merupakan salah satu matlamat musuh untuk menghancurkan Iran, juga mendedahkan objektif mereka untuk menghalang usaha Iran yang begitu serius dalam sebarang aktiviti saintifik.

Ekoran pembunuhan Alimohammadi, Ayatollah menekankan bahawa seluruh saintis Iran yang komited, para penyelidik dan ahli fakulti akan menjadi sasaran utama pakatan jahat musuh.

Dalam posting sebelum ni, saya ada menegaskan betapa pihak musuh Islam cukup bimbang dengan pencapaian Iran dalam bidang sains dan teknologi nuklear. Dan pembunuhan ke atas Assyahid Alimohammadi ini merupakan salah satu usaha musuh untuk menggagalkan Iran daripada terus mencapai kejayaan dalam sebarang aktiviti saintifik yang diterokainya.

Dan yang paling fobia dengan kemampuan serta kejayaan Iran adalah Amerika dan sekutu rapatnya Israel. Ramai para penganalisis politik Eropah, termasuk Rusia, Peranchis dan Jerman berpendapat bahawa Iran kini muncul sebagai salah satu kuasa besar yang berpengaruh ketika ini. Tiada siapa yang boleh menyangkal tentang kemampuan dan kepakaran saintis Iran dalam bidang teknologi pertahanan, nuklear dan satelit hari ini

Selain daripada penguasaan dalam bidang teknologi tinggi, Iran juga mempunyai simpanan rizab minyak yang kedua terbesar di dunia. Dua kuasa besar dunia yang juga 'musuh' kepada Amerika, Rusia dan China membuat hubungan dagangan dua hala dengan Iran termasuk mendapatkan bekalan minyak. Manakala sebuah lagi negara pengeluar minyak dunia, Venezuela telah lama menjadi 'rakan' Iran. Dan mutakhir ini Iran meluaskan lagi hubungan diplomatiknya dengan negara-negara bekas Soviet Union yang majoriti penduduknya Islam.

Iran dilihat sedang dalam usaha untuk menyatukan semula seluruh negara umat Islam bekas Soviet itu. Dengan segala kemudahan dan teknologi yang dimiliki, Iran berkeupayaan menyalurkan bantuan teknologi dan kepakarannya kepada negara-negara bekas Soviet untuk tujuan pembangunan.

Jika seluruh negara umat Islam menggunakan Rizab Emas dalam urusan dagangan dua hala, ianya akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Amerika. Juga membebaskan ekonomi negara umat Islam daripada sebarang bentuk manipulasi jahat musuh.

Selama ini seluruh negara dunia menggunakan Dollar Amerika dalam urusan dagangan mereka. Negara Kesatuan Eropah sedar akan hakikat ini dan mereka telah beralih kepada Euro bagi urusan dagangan mereka. Kedudukan matawang Euro juga lebih tinggi dan kukuh berbanding Dollar.

Sebagai Muslim, kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan kejayaan Iran hari ini. Kejayaan ini secara tidak langsung menepis segala tanggapan masyarakat dunia bahawa Islam jumud. Di kala ini seluruh dunia merasa kagum dengan kemampuan Iran menguasai teknologi tinggi dan canggih.

Begitulah juga dengan pemimpin UMNO yang terlampau berkiblatkan sekular barat, apa yang kamu buat untuk Malaysia. Nothing ! Yang ada hanyalah rasuah, penyelewengan dan pelbagai masalah dalam negara. Yang terkini, Malaysia dah nak bankrap bila rizab simpanan negara hampir pupus sama-sekali. Inilah akibatnya jika negara diperintah oleh golongan manusia yang menolak Islam. Hasilnya negara kita dah jadi 'pariah' di mata dunia.

Related articles from IRNA ;

- Martyred professor’s body buried in northern Tehran
- President orders security bodies to find assasination agents
- Killings can’t stop technology advancement in Iran: Pakistan expert
- Physicist's assassination, international conspiracy against Iran
- President: Iran’s nuclear achievements will make enemies surrender
- Enemies trying to waste this martyr’s blood
- President: Enemies cannot eradicate Iranian elites by killing them
- President Ahmadinejad in Khuzestan for provincial visit

"Mari Bersama Dengan Kebangkitan Islam Yang Dijanjikan"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger