Monday, January 25, 2010

Isu Kalimah Allah - PAS Kalah Teruk PRU13 ?

Kadang-kadang pening kepala tengok gelagat 2 orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang 'bertempur' sesama sendiri. Yang sorang MP PAS dan satu lagi MP PKR.

Isunya bermula apabila MP Shah Alam Khalid Samad membuat kenyataan terbuka menyokong keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Selepas itu MP Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin, yang juga seorang peguam telah membidas Khalid ekoran kenyataan tersebut.

Dalam isu kalimah Allah ini, sepatutnya MP Shah Alam merujuk kepada golongan Ulama' terlebih dahulu sebelum buat kenyataan media itu. Tapi malangnya beliau tidak berbuat demikian. Terus saja keluar kenyataan tanpa memikirkan akibat dan kesannya pada Aqidah sendiri.

Seingat saya, selepas Khalid Samad buat kenyataan tersebut, esoknya Prof Dr Harun Din dalam kenyataan media menyebut "Saya minta kepada rakan-rakan agar membuat penilaian semula terhadap kenyataan mereka yang menyokong keputusan mahkamah itu. Perlu diingat isu ini adalah serius kerana melibatkan persoalan Aqidah. Jika menyokong, bermakna redha dengan kemusyrikan mereka. Barangsiapa yang redha dengan kekufuran, maka kufurlah mereka...."

Kadang-kadang saya pelik dengan sikap MP Shah Alam ni. Takkanlah dia tak tahu bahawa dengan jelas Allah sebutkan di dalam Al-Qur'an tentang kebiadapan golongan Nasrani (Kristian) yang mendakwa Isa (Jesus) anak Allah. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka perkatakan.

Bagi saya, puak Kristian sama-sekali tak layak menggunakan kalimah Allah ini dalam agama toghut mereka. Mereka sebenarnya tak pernah mengaku Allah itu sebagai tuhan mereka. Sebenarnya tuntutan yang dibuat adalah berniat jahat untuk meneruskan agenda merosakkan Aqidah umat Islam.

Dari satu sudut, saya memang menyokong 100% tindakan Zulkifli Noordin membidas Khalid Samad dalam isu ini. Kita yakin Zul mahu menyedarkan Khalid agar berhati-hati dalam membuat kenyataan apatah lagi ianya melibatkan soal keselamatan Aqidah sendiri. Kita perlu ingat Zul adalah peguam Hj Bukhari dalam kes murtad Nur Aishah kira-kira 12 tahun lalu. Selain kes Nur Aishah, banyak lagi kes murtad yang dikendalikannya.

Sapa pun yang berada di tempat Zul, pasti teramat sensitif dan peka bila ada pihak yang cuba mencabar Islam. Cuma saya kurang setuju bila Zul buat laporan Polis baru-baru ini berhubung tindakan Khalid Samad mempertikaikan Enakmen Undang-Undang Islam Selangor.

Mungkin agaknya Zul dah hilang sabar melihat tindak-tanduk Khalid Samad yang melampau dan keterlaluan sangat mempertikaikan undang-undang tersebut. Apa yang saya harapkan agar 2 MP ini bersemuka dan berbaik semula. Tak dinafikan sapa pun boleh hilang sabar melihat perangai si Khalid ni. Tak tahulah apa yang nak dikejarnya. Mungkin kejar glamour kot. Bak kata orang "alang-alang pegang bara, biar sampai hangus". Yang pasti Khalid tidak akan dipilih semula untuk bertanding dalam Parlimen Shah Alam. Buat habih beras je.....

Ekoran laporan Polis yang dibuatnya, Pemuda PKR menggesa pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli Noordin yang membuat aduan di Akta Hasutan terhadap MP Shah Alam itu.

Sikap Cermat PAS

Kadang-kadang timbul juga tanda-tanya, mengapa PAS kelihatan lebih berhati-hati dan 'berlembut' dalam isu kalimah Allah ini. Apakah PAS takut kehilangan sokongan pengundi bukan Islam ? Atau nak menjaga hati rakan dalam Pakatan Rakyat yang berbilang agama ?

Sebelum ini, dalam isu tuntutan Sister In Islam dan IFC, PAS-lah yang menjuarai demonstrasi dan membuat bantahan. Namun dalam kehangatan isu kalimah Allah ini, PAS hanya berdemo di hadapan kedutaan Mesir membantah pembinaan tembok yang bersempadan dengan Gaza. Yang paling 'menarik' sebelum hari demo tersebut, PAS siap buat pengumuman dalam Harakah "Hanya Demo di Kedutaan Mesir saja."

Pengumuman ini menggambarkan betapa bimbangnya PAS jika dikaitkan dengan Demo pada hari yang sama membantah keputusan Mahkamah Tinggi dalam isu 'Allah'. Apakah PAS yakin dengan sikap berhati-hatinya ini akan mampu menarik lebih ramai sokongan pengundi bukan Islam dalam PRU13 kelak.

Persoalannya apakah merugikan PAS jika buat kenyataan membantah keputusan Mahkamah Tinggi itu. Lepas itu buat tindakan susulan sebagaimana telah dibuat sebelum ini apabila Muryidul Am membuat lawatan ke sebuah gereja yang terbakar. Malangnya apa yang berlaku bila ada MP PAS yang mendahului pucuk pimpinan membuat kenyataan menyokong.

Ada benar juga kata Assyahid Ustaz Ibrahim Libya ;

"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam itu terasing dan terpisah. Sekarang ini telah wujud golongan yang masih hendak berdamai dengan musuh-musuh Islam dengan alasan tidak mahu memecah-belahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid ? Sejauh manakah keikhlasan kita dalam menegakkan Aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya."

Entahlah, kita nak komen lebih-lebih pun tak pandai. Apa yang saya kesalkan adalah sikap sesetengah MP PAS yang terlalu obses nak buat kenyataan masing-masing berhubung isu kalimah Allah ini. Sepatutnya mereka merujuk terlebih dahulu kepada Ulama' Muktabar yang ada dalam PAS. Malangnya, kepentingan politik sudah mengatasi keutamaan Islam.

Saya hanya bimbang satu hal je. Yaitu PAS akan kalah teruk dalam PRU13 ekoran isu kalimah Allah ini. Kadang-kadang instinct saya ni betul walau dalam kebarangkalian 1 peratus.

Moga gerak hati saya ini tidak benar...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger