Thursday, January 7, 2010

Enjit Jet Hilang - 2 Lagi 'Kambing Hitam' Didakwa

Photo - Enjit Jet F-5E

Lawak bodoh apa yang cuba dibuat oleh Peguam Negara dan kerajaan UBN ni, aku pun tak tahu. Dalam kes kecurian enjin jet F-5E yang sebegini serius pun masih lagi nak perbodohkan rakyat. Apa dia ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh semuanya macam ahli dan penyokong UMNO ke ?

Siapa yang di dakwa mencuri enjin jet ini ?

Tertuduh 1 - N Tharmendran 42 tahun, seorang sarjan TUDM dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusof untuk melakukan kecurian 2 enjin F-5E di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pengkalan TUDM Sungai Besi.

Tertuduh 2 - K Rajandran Prasad, 38 tahun, pengarah sebuah syarikat pembekalan dituduh dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Persoalannya ;

1- Bolehkah diterima akal seorang Pegawai Rendah berpangkat sarjan boleh melarikan 2 enjin jet yang besar gedabak ni tanpa dapat dikesan oleh pihak keselamatan tentera dan tanpa kebenaran pegawai atasan ?

2- Logikkah seorang berpangkat Sarjan yang menghubungi pihak pembeli luar di Uruguay dan kemudian buat urusan jual-beli yang melibatkan sejumlah wang RM50 juta ?

3- Selepas persetujuan dicapai, 2 enjin ini pun berjaya dihantar ke Uruguay tanpa dapat dikesan oleh pihak Kastam Malaysia.

4- Kemudian pihak pembeli di Uruguay depositkan RM50 juta ke akaun tertuduh tanpa dapat dikesan oleh Bank Negara.

5- Kes kecurian ini dah berlaku 2 tahun lalu, kenapa disenyapkan ?

Sebenarnya 2 orang yang dituduh ini adalah mangsa 'kambing hitam' yang seterusnya selepas 2 orang anggota Polis dijadikan 'kambing hitam' dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. Siapa yang nak percaya dengan 'lawak bodoh' ini.

Mana mungkin 2 biji enjin jet ini boleh dibawa keluar begitu mudah dan dijual kepada pihak pembeli di Uruguay tanpa kebenaran pihak atasan di Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pegawai Tinggi TUDM. Takkanlah bodoh sangat pihak pembeli di Uruguay yang sanggup berurusan dengan seorang Sarjan. Ini bukan jual-beli belacan atau ikan kering tetapi melibatkan peralatan ketenteraan serta transaksi sejumlah wang yang begitu besar.

Nampaknya sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dihidangkan dengan sandiwara semasa paling bodoh abad ini.

Sapa yang nak percaya dengan Ghani Patail yang sanggup buat apa saja demi kuasa dan pangkat. Kita tak pernah lupa penglibatannya dalam konspirasi mengaib dan menjatuhkan DSAI pada tahun 1998 dulu. Dan hari ini dia menduduki kerusi Peguam Negara. Tak ada apa yang nak dihairankan dengan si Ghani ni. Dia pasti tunduk, patuh dan taat kepada arahan orang No.1.

Jika Anwar dulu sebagai orang No.2 negara boleh diperlakukan sebegitu zalim, apatah lagi anggota tentera berpangkat sarjan. Terlampau mudah dan enteng untuk dijadikan 'kambing hitam' semahunya oleh pihak atasan bagi melindungi segala penyelewengan mereka.

Enough is enough. Sudah terlampau banyak insiden dan lakonan bodoh yang dihidangkan kepada rakyat. Dari perbicaraan kes DSAI, kes bunuh Norita Shamsudin, kes bunuh Altantuya, kes bunuh Mustakizah, peristiwa Memali, peristiwa Sauk dan banyak lagi fakta sebenar kejadian diputar-belitkan bagi menyembunyikan pekong para pemimpin UMNO.

Kita tengok saja macamana George W Bush Jr membohongi seluruh penduduk dunia berhubung Peristiwa 11 September. Habis dibohongnya penduduk bumi dengan mengatakan serangan ke atas New York Twin Tower dan Pentagon dilakukan oleh pengganas Al-Qaeda. Lepas tu dijadikan propaganda ini sebagai lesen untuk menyerang Afghanistan. Akhirnya pekong si Yahudi Bush ni terdedah apabila rakyat Amerika sendiri mempertikai bagaimana Menara Kembar itu boleh runtuh dengan begitu mudah sedangkan asas binaannya daripada besi. Kemudian didedahkan pula sejumlah 3,000 orang bangsa Yahudi yang bertugas di menara tersebut tidak datang bekerja pada hari serangan berlaku. Malah pelakon terkenal Hollywood Tom Cruise sendiri menyebut beliau tak percaya serangan itu dilakukan oleh Al-Qaeda sebab pola runtuhan menara tersebut seolah dah dirancang terlebih dahulu oleh pihak tertentu. Fakta sebenarnya serangan ini adalah perancangan Yahudi Zionis dengan kerjasama Bush sendiri. Tujuannya adalah satu yaitu untuk memburukkan imej umat Islam yang dilabel sebagai terrorist.

Apa bezanya dengan pemimpin negara kita. Dah berapa ramai orang yang tak berdosa dijadikan 'korban' bagi menyelamatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa politik mereka.

Fikirlah sedalam-dalamnya hal ini. Jangan kita biarkan negara ini dimusnahkan oleh pemimpin rasuah dan zalim. Jangan diulangi lagi kesilapan yang sama dalam Pilihanraya Umum 13 nanti. Sudah sampai masanya seluruh rakyat di negara ini memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang memerintah.

"Bersama Menyelamatkan Negara"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger