Friday, January 29, 2010

Hukuman Gantung Tak Mati dan Amaran !!!

Setelah beberapa bulan sisatan terperinci dijalankan oleh pakar-pakar 'forensik' yang diketuai oleh Ketua Siasatan Jenayah Politik PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, akhirnya 2 'penjenayah' dari Selangor telah menerima hukuman masing-masing berkuatkuasa semalam.

Seorang dijatuhi hukuman gantung tak pakai tali manakala seorang lagi diberikan amaran keras agar tidak mengulangi kesalahan 'jenayah' yang dilihat boleh mengancam 'keselamatan' Pakatan Rakyat.

Sedari awal aku dah agak PJ Selangor ni tak akan digantung sebab takde kes. Trial tu hanya sebagai 'bunga' saja. Takkanlah PAS Pusat nak 'suspend' Dr Hasan pasal isu Selcat tu. Apa dah takde kerja lain lagi ke asyik nak marahkan 'anak sendiri' pasal nak jaga hati orang lain.

Manakala si Khalid ni pulak satu hal. Bersalah kerana dedahkan rahsia parti. Terlampau 'over acting'. Yang hang dok gatai mulut pi buat kenyataan media pasal pendedahan Dr Hasan tentang Bai'ah calon PAS tu sapa suruh. Apa dah takde kerja lain... Kadang-kadang pelik melihat perangai Jurutera yang sorang ni.

Sebenarnya dah lama memendam rasa nak kritik tentang sikap pucuk pimpinan PAS Pusat berhubung dengan isu Dr Hasan Ali ni tapi malaslah nak komen sebab sapalah diri kita ni jika nak dibandingkan dengan 'pakar-pakar' politik di KL itu.

Jika pucuk pimpinan PAS Pusat bertindak segera atas beberapa isu yang melibatkan 2 pimpinan Selangor ini, saya kira masalah maupun isu ini takkan berlanjutan.

Aku bukan nak bela Dr Hasan tapi bolehlah juga kita sebut yang PJ Selangor ni juga terpaksa dijadikan 'kambing hitam' oleh pucuk pimpinan PAS demi nak jaga hati rakan-rakan dalam Pakatan.

Pada Dr Hasan dan Khalid, sabarlah... Allah Maha Mengetahui segalanya. Ini merupakan ujian terbaik buat enta berdua bagi memantapkan lagi aqidah perjuangan serta mematangkan diri bagi mendepani cabaran yang lebih besar di masa akan datang.

Selagi bernama insan, pasti ada kelemahan dan kesilapan, namun aku respect kat Dr Hasan. Walau baru sekitar 12 tahun dalam PAS tapi beliau sudah mampu membawa PAS Selangor ke tahap yang boleh dibanggakan. Siapa sangka PAS Selangor berjaya memenangi 4 kerusi Parlimen dan 8 DUN dalam PRU12. Sudah tentu Dr Hasan dan barisan kepimpinan Selangor di semua peringkat ada resepinya sehingga melayakkan mereka mendapat pertolongan Allah dalam PRU12.

Kalau nak dibandingkan Dr Hasan ni dengan sesetengah pimpinan pusat dan negeri yang lebih senior dalam PAS, aku kira PJ Selangor ni layak mendapat markah 'A'. Kadang-kadang sesetengah tu cakapnya boleh tahan, tapi PAS di negeri sendiri pun tak berubah malah nak mencium bau 'kerusi' pun tak dapat. Jadi, belajar-belajarlah muhasabah diri. Jangan dok sibuk sangat berpolitik sehingga terlupa PRU13 dah hampir tiba.

Sebenarnya dalam PAS ni pun boleh tahan permainan politiknya. Ada yang suka mengampu, ada yang takut hilang jawatan, ada yang bimbang tak dapat bertanding dalam PRU, ada yang 'play safe' agar terus kekal dalam jawatan yang dipegang. Dan ada juga yang berperangai macam UMNO bila nak merebut jawatan. Habis difitnahnya semua musuh politiknya demi memastikan kedudukan selamat dan macam-macam lagi.

Samada nak percaya atau tidak, dalam PAS ni juga wujud unsur irihati dan dengki. Macam dalam kes Dr Hasan ni, aku yakin ada yang suka kalau tengok dia jatuh. Pasal Khalid, malas nak komenlah. Lagipun dia cuma kena gantung tak mati. Lepas 6 bulan oklah tu.

In fact, there is no case against Dr Hasan, either Khalid. It is only political game between PAS and Pakatan. If PAS do nothing then what PKR and DAP say about that?

Terlintas juga di kepala, kenapa Lembaga Disiplin PAS tak bicarakan Ariffahmi ? Budak ni lagi haru-biru ? Begegar tiang seri Kerajaan PAS Kelantan dibuatnya.

Sebagai ahli, aku menentang sebarang unsur kronisme dalam PAS.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger