Monday, January 4, 2010

Rasuah, Hutang, Rugi dan Barang Naik

Pasal kenaikan harga gula, Najib cakap "Kerajaan belanja RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi gula. Kenaikan harga 20 sen adalah wajar dan sekurang-kurangnya dapat mendidik rakyat mengurangkan pengambilan gula. Kita pun tahu ramai rakyat Malaysia yang kena kencing manis. Mengikut statistik, kadar kencing manis di negara kita adalah yang tertinggi sekali di dunia. Bayangkan selama ini kerajaan memberi subsidi yang begitu besar untuk benda yang tak elok pada kesihatan. Saya sendiri pun dah lama tak makan gula. Saya minum teh begitu saja tanpa gula.

Kadang-kadang nak ketawa pun ada bila mendengar alasan 'budak tadika' yang keluar dari mulut seorang PM.

Kita dah jemu dan jelak dengan segala reason yang diberi oleh pemimpin negara bila berlaku sebarang kenaikan harga yang pasti membebankan rakyat. Dibuatnya kita ni macam budak-budak. Hakikat sebenarnya kerajaan kita dah memang takde duit. Kalau ada pun tinggal paras-paras hidung je. Mana pernah para pemimpin UMNO nak mengaku yang selama ini mereka memang bodoh mentadbir negara, menyeleweng dan merompak wang rakyat.

Dulu pada tahun 1997, berlaku krisis ekonomi di rantau ini sehingga nilai Ringgit Malaysia jatuh menjunam dari RM2.60 kepada RM3.80 berbanding 1 Dollar Amerika. Maka melalaklah si Mahathir menyalahkan si George Soros yang memang buat bisnes dalam pasaran matawang. Hari-hari Mahathir menyerang Soros dalam media atau dalam persidangan antarabangsa. Nak buat apa salahkan Soros sebab dah memang itu kerja dia. Sepatutnya Mahathir salahkan diri sendiri kerana salah-urus tadbir ekonomi negara. Berbelanja besar melebihi kemampuan, penyelewengan dan rasuah berleluasa. Wang negara dan rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kerajaan dan kroni yang hampir lingkup.

Persoalannya, mengapa nilai matawang Singapura dan Brunei tidak tergugat sedangkan krisis kegawatan itu melanda seluruh rantau Asean. Di sini sudah cukup memberikan gambaran pada kita bahawa asas ekonomi Malaysia sebenarnya rapuh walaupun sebelum itu kadar pertumbuhan ekonomi negara pada paras 8% setahun selama 8 tahun.

Saya bukanlah seorang economist tapi mudah untuk kita buat perbandingan antara 2 negara yang berjiran ini.

Satu lagi perbandingan yang boleh kita buat ialah antara syarikat penerbangan SIA dan MAS. Mengapa hari ini SIA begitu jauh maju ke hadapan meninggalkan MAS sedangakan sebelum ini keduanya pasangan kembar dulu dengan nama MSA (Malaysia Singapore Airlines). Bagi saya penyelewengan dan rasuah merupakan faktor terbesar yang menyebabkan MAS sudah jadi sebuah syarikat penerbangan hapraq hinggalah ke hari ini. Entah dah berapa kali tukar Pengarah Urusan namun kedudukan kewangan MAS masih tak berubah malah berterusan mengalami kerugian. Yang terkini rugi lagi RM8 bilion.

Hari ini SIA boleh berbangga sebagai pembeli No.1 dunia pesawat penumpang terbesar Airbus A380 yang berharga USD300 juta (RM1 bilion). Bagaimana pula dengan MAS ? Sebenarnya MAS tak layak untuk membeli pesawat Airbus A380 ini kerana takde duit. Namun atas kerakusan dan kesombongan pemimpin negara, sekali lagi wang rakyat akan digunakan untuk membeli pesawat ini. Tunggu dan lihat sajalah nanti. Lepas tu MAS rugi lagi berbilion ringgit. Pendek kata alamat lingkup lagilah wang rakyat.

Pernahkah kita terfikir bagaimana AirAsia yang dikira baru setahun jagung beroperasi tetapi dah meraih keuntungan terkumpul ratusan juta walaupun memberi tambang murah kepada penumpang. Dan sekarang AirAsia mengembangkan lagi sayapnya ke persada antarabangsa dengan pembelian beberapa buah pesawat baru Airbus A320.

Cuba kita tanya pengurusan MAS, jika AirAsia boleh untung denga tambang murah, mengapa MAS asyik rugi berbilion ringgit dengan kadar tambang mahal. Fakta yang tak boleh dinafikan MAS mengalami kerugian sejak zaman Mahathir jadi PM sehinggalah sekarang. Nak tahu lebih detail, tanya kat Daim Zainuddin yang terkenal dengan watak pendiam tapi dalam diam habis semuanya di sapu. Yang jadi 'kambing hitam' adalah Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebab itulah saya sebut tadi alasan 'budak tadika' yang diberi oleh Najib tu. Sebenarnya negara kita hari ini dibebani dengan hutang beratus bilion ringgit yang ditimbun sejak dulu lagi akibat kerakusan, rasuah, penyelewengan dan salah-urus tadbir negara. Janganlah kita percaya dengan alasan-alasan dangkal yang dibuat samada oleh Najib, Muhyuddin maupun para menteri kabinetnya.

Inilah hakikat yang perlu kita akui bahawa negara ini sedang menuju kehancuran dari pelbagai sudut jika tidak, dikekang lebih awal. Inilah akibatnya jika pemimpin yang sedang berkuasa lebih percaya dengan sistem ciptaan manusia daripada sistem Allah (Al-Qur'an). Yang peliknya dah terbukti di depan mata mereka bagaimana negara-negara Eropah dan Barat sehingga ke hari ini berhadapan dengan masalah rakyatnya yang terlibat dengan pelbagai jenis jenayah, dadah, pengangguran dan pelbagai lagi gejala sosial yang begitu meruncing.

Satu kajian menunjukkan "Jumlah jenayah 1 hari di New York = Jumlah Jenayah 100 tahun di Arab Saudi.

Hari ini jenayah yang berlaku di Malaysia serupa saja dengan apa yang berlaku di New York. Malah Malaysia masih pegang Rekod Dunia bila Altantuya bukan setakat ditembak mati malah mayatnya diletupkan sehingga hancur berkecai dengan C4. Malaysia Boleh !

Tahniah kepada orang Islam yang menyokong dan mengundi UMNO / BN kerana anda turut sama menjadi penyumbang kepada segala apa yang berlaku dalam negara. Jangan risau ! Saham anda bersekongkol dengan golongan pemimpin jahat akan dibawa ke Akhirat dan 'Nar' sedang menanti di sana.

Bagi kami yang menyokong perjuangan Islam memang tak sanggup pergi Nar. Sebab itulah kami menyokong PAS. Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kami dan meletakkan kami dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger