Monday, July 26, 2010

Wang rakyat - UMNO S'gor nak tunjuk 'alim'

Lucu bercampur mual bila tengok gelagat sesetengah pimpinan UMNO Selangor la ni dah pandai cakap pasal jaga wang rakyat. Sejak bila pulak puak munafiq celaka ini nak tunjuk baik. Udah-udahlah tu. Tak usah nak tunjuk alimlah. Hangpa punya pekong najis selama memerintah Selangor dah diketahui umum.

Seharusnya Ketua Penerangan UMNO Negeri, Abd Shukor Idrus kena sedarlah diri sikit. Selama ini sapa yang dok sapu duit rakyat Selangor sejak zaman Mat Taib hingga Khir Toyo. Dulu sebelum PRU12 2008, semua wakil rakyat dan Ketua UMNO Bahagian kaya-raya dan hidup mewah hasil rasuah dan penyelewengan yang diketuai oleh Raja Lanun Khir Toyo.

La ni bila kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah, baru melopong mulut dia orang semua sebab dah takde peluang untuk buat duit. Bukan setakat melopong malah ada yang mati terkejut bila UBN tewas di Selangor dalam PRU12. Mana tak terkejutnya kalau dah isu mahligainya yang bernilai RM8 juta menjadi isu hangit kat Selangor. Lepas tu kalah pulak bertanding. Dah jatuh ditimpa tangga, lepas tu kena jantung pulak.

Biasalah tu... UMNO kan parti bacul dan pondan. Mereka takut kalah dan bila kalah mereka tak boleh terima. Macam orang gila talak jugalah. Meracau tak tentu hala. Lepas tu buat kerja keji dengan kerjasama Peguam Negara, Polis, SPRM dan agensi yang berkaitan untuk fitnah dan buat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau setakat puak-puak munafiq ni meracau sendiri takpe. Masalahnya suka mengganggu ketenteraman orang lain sehingga dah tak boleh nak bezakan yang mana satu bidang kuasa kerajaan dan yang mana pula berkaitan parti politik. Sebab itulah puak-puak UMNO ni selalu dok cakap duit kerajaan itu adalah duit UMNO. Kepala bapak dia orang. Ingatkan ahli UMNO bawahan saja yang bebal. Rupanya yang dok atas lagi bodoh.

Benarlah kata Raja Komando, bekas ketua UMNO Cawangan (tak ingat cawangan mana) yang pernah menyebut dalam satu ceramahnya "Tuan, puan, pakcik dan makcik, ingatlah jangan sekali-kali benarkan anak-anak kita jadi ahli UMNO. Bila dah jadi ahli UMNO, mereka akan jadi bodoh selamanya."

Disebabkan kebodohan itulah maka Ketua Penerangan UMNO Selangor tak tahu nak bezakan antara Kerajaan Negeri dan parti politik. Lantas dia menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk tujuan penerangan adalah tidak wajar. Katanya lagi "Kalau mereka rasa hendak berlawan dengan kita, mereka tidak perlu guna duit rakyat? Gunakanlah duit parti mereka sendiri. Buat apa (kerajaan negeri) hendak membazirkan duit rakyat lagi semata-mata untuk tujuan politik mereka."

Kita nak tanya pada Abd Syukor beberapa persoalan berikut;

1- Selama ini UBN menggunakan RTM, TV3 dan ntv7 untuk tujuan propaganda dan menyebarkan maklumat palsu dan fitnah demi kepentingan politik tu tak salah?

2- Kenapa kerajaan UBN tak benarkan Pakatan Rakyat menggunakan saluran media perdana seperti RTM untuk menyampaikan mesej mereka?

3- Bukankah RTM itu milik kerajaan Malaysia? Bila sebut kerajaan Malaysia bermakna milik seluruh rakyat negara ini. Bukan kepunyaan kepala bapak UMNO.

4- Wang siapa yang dibelanjakan untuk RTM itu?

Tujuan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta itu
adalah semata-mata untuk menambahbaik keberkesanan penyebaran maklumat yang telus, tepat dan betul kepada rakyat negeri itu agar jangan lagi tertipu dengan segala propaganda, fitnah dan pembohongan yang disiarkan melalui RTM, TV3 dan ntv7.

Abd Shukor mendakwa bahawa kerajaan PR Selangor macam cacing kepanasan ekoran pelancaran kempen "Selamatkan Selangor" oleh UMNO. Nak selamatkan Selangor ke atau nak kasi lingkup terus?

Wahai UMNO Selangor, tak usah main wayanglah. Kalau setakat 250 orang saja yang hadir dalam program kempen "Selamatkan Selangor", lepas tu kamu boleh kata kerajaan PR Selangor macam cacing kepanasan, minta maaflah...

Siapa yang sebenarnya macam cacing kepanasan?

Rakyat Selangor hari ini sudah bijak dan tahu menilai antara intan dan kaca.

"Bersama Pertahankan Kerajaan PR"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger