Thursday, July 1, 2010

Isu Perkauman - Melayu diajar berfikir dgn kepala lutut

Mutakhir ini pimpinan UMNO yang mengepalai kerajaan BN dilihat semakin terdesak ekoran kesedaran rakyat terhadap segala bentuk penyelewengan, kezaliman, pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh mereka.

UMNO semakin menjadi tak karuan bila Pakatan Rakyat berjaya memerintah 3 buah negeri baru dengan telus (transparency), amanah dan mementingkan kebajikan rakyat. Manakala pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah menjangkau usia 20 tahun menjadi contoh dan rujukan kepada 3 negeri baru tersebut.

Kita ambil contoh kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng dari DAP. Antara dasar yang telah dilaksanakan oleh KM LGE dan barisan Exconya ialah ;

- perlaksanaan tender terbuka secara telus bagi semua projek kerajaan. Hanya kontraktor yang berkualiti dan benar-benar layak akan berjaya dalam tender tersebut. Dan daripada keseluruhan permohonan tender ini, 67% syarikat kontraktor Melayu yang berkualiti telah berjaya mendapat kerja.

- peruntukan sebanyak RM21 juta untuk kepentingan dan kemajuan Islam negeri. Semasa BN memerintah, peruntukan hanya sebanyak RM12 juta saja.

- pemberian saguhati setiap bulan kepada seluruh warga tua (60 tahun ke atas) sebanyak RM100.

- dan yang 'mengejutkan' banyak pihak bila KM LGE mengumumkan pemberian elaun RM500 sebulan kepada setiap rakyat negeri yang belajar dan hafaz Al-Qur'an.

- kerajaan PR Pulau Pinang telah menerima pujian dari Jabatan Ketua Audit Negara di atas kejayaan mengurus kewangan negeri dengan telus dan bijak.

Kalau nak difikir secara rasional, sepatutnya kerajaan Pusat yang diketuai oleh UMNO turut memberi pujian yang sama namun apa yang berlaku sebaliknya. Bukan nak puji malah mereka yang berada di Putrajaya terus mencari jalan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh PR. Juga 3 negeri lain.

Itulah UMNO dan pimpinannya. Mereka mengamalkan politik kuno dan tak boleh menerima kekalahan walhal rakyat yang membuat pilihan. Nak paksa dan suruh rakyat pilih mereka saja sebagai pemerintah selamanya.

UMNO ingat mereka boleh perbodohkan rakyat terus-menerus dengan janji pembangunan. Memomokkan rakyat dengan kata-kata "Hanya UMNO yang boleh buat pembangunan. Kalau takde UMNO, takdelah pembangunan. Sekolah, jalanraya, balai Polis, hospital semuanya UMNO yang buat. Kalau UMNO takde, negara akan huru-hara." Dan macam-macam lagi doktrin khurafat yang ditanamkan oleh UMNO ke dalam minda orang Melayu sejak merdeka.

Malangnya sehingga ke saat ini masih ramai lagi Melayu yang bebal dan masih percaya dengan dakyah songsang UMNO. Benarlah kata Hj Mat Sabu "Orang Melayu diajar berfikir menggunakan kepala lutut, bukan kepala otak."

Dulu sewaktu PAS mula menerajui Kelantan pada 1990, UMNO terus menyerang dan memburuk-burukkan kerajaan APU yang diketuai oleh TGNA dengan pelbagai fitnah dan momokan palsu bagi menakutkan rakyat. Antara momokan itu "Ulama' tak tahu memerintah. Kerajaan APU hanya akan bertahan selama 3 bulan. Macamana nak perintah, takde duit. Bila takde duit, takde pembangunan."

Kemudian dalam PRU 1994, PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan secara langsung berjaya menepis segala tohmahan UMNO dalam tahun 1990. Namun pada kali ini UMNO gunakan isu Hudud dan kerajaan Islam bagi menakutkan pengundi bukan Islam di Kelantan. Antara fitnah UMNO ialah;

"Bila Islam (PAS) memerintah, orang Cina tak boleh makan babi, tak boleh sambut Tahun Baru Cina dan tak boleh pergi tokong."

Namun orang Cina di Kelantan tidak mudah termakan dengan segala fitnah bodoh pimpinan munafiq UMNO ni. Mereka dah ada pengalaman berada di bawah kerajaan Tok Guru sejak 1990. Tambahan pula bila sampai waktu Perayaan Tahun Baru Cina, MB Kelantan TGNA turut sama dengan masyarakat Cina meraikannya.

Setelah usaha pertama dan kedua ni tak berjaya, UMNO menakutkan masyarakat bukan Islam dengan Hudud PAS. Seluruh media perdana digunakan untuk memburukkan PAS dengan isu Hudud ini. Antara kata-kata munafiq pimpinan UMNO "Kalau PAS memerintah, habislah rakyat kena potong tangan kerana mencuri. Rakyat dah tak boleh cari rezeki lagi kerana tangan dah kudung."

Tidak dinafikan, momokan UMNO ni berjaya menakutkan masyarakat bukan Islam dalam negara. Namun niat jahat UMNO ini akhirnya disedari oleh Wanita MCA Pusat sewaktu mereka mengadakan lawatan ke Terengganu sewaktu PAS memerintah. Dalam satu pertemuan dengan MB TG Hj Hadi, mereka telah mendapat penjelasan yang jelas berhubung dengan pemerintahan Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud. Dan rombongan Wanita MCA itu sendiri mengakui bahawa mereka tiada masalah dengan sistem pemerintahan Islam. Mereka turut mengakui selama ini UMNO telah menipu mereka.

Hari ini sudah 20 tahun PAS menerajui Kelantan. Terbukti segala dakwaan UMNO selama ini adalah berniat jahat untuk memburukkan Kerajaan Islam Kelantan semata-mata. Ekoran kejayaan PAS mentadbir Kelantan dengan amanah dan telus, akhirnya masyarakat bukan Islam sendiri mengakui bahawa Islam itu adil sehingga mereka menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang sekarang ini sudah dinaikkan taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS dalam bulan Mei lalu.

Dalam PRK Sibu lalu, ada seorang wanita Cina memberitahu anaknya "Gua mahu undi parti Nik Aziz". Lalu anaknya menjawab "Ma, parti Nik Aziz tak bertanding. Yang bertanding ialah parti kawan Nik Aziz." Pantas si ibu menjawab "Ok, gua akan undi parti kawan dia."

Setelah UMNO gagal memperbodohkan rakyat dengan isu pembangunan, isu Hudud dan agama, kini hanya tinggal satu lagi talian hayat untuk menyambung nyawa yang dah nak putus. Yaitu sentimen perkauman.

Kita sendiri boleh lihat bagaimana UMNO mempergunakan NGO Melayu seperti Perkasa dalam nak menimbulkan ketegangan kaum di tanahair. Bermula dengan demonstrasi di Penang sambil membakar gambar LGE yang kononnya KM Penang merobohkan gerai orang Melayu. Walhal bukannya gerai betul tapi duduk di bawah pokok. Lepas tu Presiden Kontraktor Melayu Penang buat fitnah kononnya kerajaan Penang menganak-tirikan kontaktor Bumiputera sedangkan 67% kontraktor Melayu berjaya dalam tender terbuka bagi mendapatkan projek.

Inilah antara permainan jahat dan keji UMNO bila merasakan rakyat semakin menjauhkan diri daripada mereka.

Sebagai rakyat yang cerdik, jangan sekali-kali kita terpedaya dengan apa jua bentuk sentimen perkauman yang sedang dipalu oleh UMNO melalui badan NGO upahan mereka seperti Perkasa. Dah 52 tahun mereka berkuasa, apa jadi dengan hak Melayu. Semuanya dirampas. Tanah orang Melayu dijual, biasiswa anak Melayu dirampas, orang Melayu semakin rosak akhlak dan aqidah, kedudukan ekonomi Melayu tak berubah (yang kaya hanya kroni) dan yang terkini Felda pulak hampir bankrap.

Setelah lebih 50 tahun mereka perbodohkan Melayu, hari ini masih lagi nak tunjuk jaguh Melayu. Pieee...lah.

Benarlah UMNO adik-beradik dengan Yahudi Zionis (APCO). Sebab itulah mereka menjemput 'abangnya' APCO sebagai penasihat kerajaan. Jelasnya keselamatan negara dan rakyat di masa akan datang belum terjamin selagi dibiarkan UMNO mengepalai kerajaan. Kita semua tahu Zionis punya prinsip ialah 'elimination'. Penghapusan musuh dengan pelbagai cara.

Jangan sekali-kali kita lupa Peristiwa Memali, Pembunuhan di Lubuk Merbau, Peristiwa Sauk, pembunuhan kejam Altantuya dan pembunuhan Teoh Beng Hock. Semua sejarah ini membuktikan bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja demi kuasa politik keji mereka.

Sebagai Muslim, kita sewajarnya bijak membuat perhitungan berdasarkan minda yang waras. Jangan ikut perangai Melayu yang berfikir menggunakan kepala lutut.

Bersama Melakukan Perubahan dalam PRU13.

Salam pagi Jumaat, 0515.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger