Monday, July 5, 2010

Jangan percaya Raja Petra, kata Najib

Raja Petra Kamaruddin (RPK) tak pernah paksa orang suruh percaya pada dia tetapi umum menilai kredibiliti dan kewibawaannya yang istiqamah memperjuangkan keadilan, bukan setakat melalui penulisan dalam blognya malahan turun ke padang bersama rakyat sejak peristiwa pemecatan DSAI pada 16 Sept 1998 lagi.

Salah satu inisiatif beliau ialah melancarkan Free Anwar Campaign (FAC) pada Ogos 2000 sehinggalah Anwar dibebaskan. Kemudian RPK melancarkan webnya Malaysia Today, kira-kira dua minggu sebelum pembebasan Anwar dari penjara pada 2 Sept 2004.

Malaysia Today antara laman web paling popular di Malaysia. Telah berjaya mencapai hits 100 juta sejak dilancarkan dan pernah mencatat 1.5 juta pengunjung sehari.

Persoalannya sekarang kenapa Najib orang yang paling berkuasa di Malaysia cukup 'phobia' dengan seorang blogger yang bernama Raja Petra ini? Menggunakan Polis menahan RPK di bawah ISA ekoran Pengakuan Bersumpahnya berhubung penglibatan Najib, Rosmah dan 2 pegawai tentera dalam pembunuhan Altantuya.

Kalau benar Najib dan bininya tak terlibat dalam kes Altantuya, apa perlunya takut. Cakap lawanlah dengan cakap, tulisan lawan dengan tulisan. Ini tak, cakap lawannya tangkap. Menggunakan Polis untuk mengugut RPK dan keluarganya, lepas tu boleh pulak si Najib buat kenyataan media "Jangan percaya Raja Petra".

Ini bukan soal percaya atau tidak. Ini adalah soal prinsip keadilan. Kita percaya apa yang didedahkan oleh RPK dalam Malaysia Today adalah berdasarkan maklumat dari sumber yang boleh diyakini kesahihannya. Ini melibatkan soal kepentingan negara. Kes pembunuhan Altantuya itu sendiri membuktikan betapa bobroknya sistem undang-undang dan keadilan negara serta betapa dahsyatnya penyelewengan wang rakyat berlaku.

Juga seluruh rakyat yang cerdik (kecuali orang UMNO) mahukan keadilan tertegak dalam negara. Rakyat mahu tahu kedudukan sebenar beberapa persoalan berikut;

1- Siapa yang mengarahkan pembunuhan Alantuya?

2- Kenapa mayat Altantuya diletupkan sehingga berkecai?

3- Mengapa rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia boleh hilang dari sistem komputer pihak Imegresen?

4- Kenapa penyiasat persendirian P Balasubramaniam dijanjikan RM5 juta jika setuju menarik balik Pengakuan Bersumpahnya berhubung kes Altantuya?

5- Mengapa dengan tiba-tiba saja SPRM membatalkan keputusan asal untuk bertemu dengan PI Bala di London bagi mendapatkan keterangannya?

Kesemua persoalan ini menyebabkan rakyat yang waras semakin percaya memang Najib dan Rosmah terlibat secara langsung dalam pembunuhan kejam Altantuya. Malahan adik kandung Rosmah sendiri mendedahkan bahawa kakaknya yang mengarahkan pembunuhan kejam ini.

Para ahli politik dan umum turut menyedari bahawa Rosmah 'yang paling berkuasa' dalam negara walaupun Najib yang jadi PM. Kalau dah adik kandungnya sendiri boleh diperlakukan macam orang lain hingga terpaksa berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, apatah lagi wanita asing yang bernama Altantuya Shaaribu.

Ironisnya, Najib turut menyebut ada bukti yang menunjukkan PKR sebagai financial funder pada RPK. Kenyataan seumpama ini sebenarnya untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu sebenar serta cubaan untuk mengaitkan PKR dalam membantu RPK melarikan diri ke luar negara.

Biasalah tu. Memang kerja puak-puak munafiq UMNO ni suka mereka-reka cerita dan memfitnah sesiapa saja musuh politiknya. Oleh kerana pekong segala penyelewengan, rasuah dan jenayah mereka semakin hari semakin terdedah, maka takde jalan lain untuk alihkan tumpuan umum melainkan dengan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah kepada Pakatan Rakyat.

Yang Najib dok sibuk pasal siapa yang membiayai perbelanjaan RPK di London tu pasal apa? Lantaklah sapa pun yang nak bantu beliau... apa salahnya. Kalau aku banyak duit pun, aku akan bantu orang macam RPK ni. Bukan senang nak cari orang seberani beliau.

Patutnya sebagai PM, Najib patut fikir macamana nak pulihkan ekonomi dan kurangkan bebanan hutang negara, tolong rakyat, hapuskan rasuah. Ini tak... semenjak jadi PM, makin banyak wang rakyat lesap. Wang tunai Felda dari RM3 bilion, sekarang hanya tinggal RM200 juta. Mana pergi lesapnya RM2,800,000,000 itu?

Waima apa pun Najib perlu sedar rakyat Malaysia dah makin cerdik politik. Di zaman teknologi maklumat yang semakin maju mutakhir ini, rakyat bebas mendapatkan maklumat hanya di hujung jari walau di mana mereka berada.

Najib dan pimpinan UMNO hanya mampu perbodohkan seluruh ahli UMNO yang berfikir dengan menggunakan kepala lutut. Bagi rakyat yang jiwanya merdeka, mereka terlampau jijik untuk bersama UMNO/BN.

Manakala di kalangan orang yang beriman pula mereka melihat UMNO sebagai sebuah parti berfahaman sesat lagi menyesatkan. Menyertai UMNO bermakna menempah neraka Allah. Na'uzubillah

Mampusnya UMNO bermakna generasi baru Islam terselamat daripada kesesatan.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger