Friday, July 30, 2010

Adakah pendakwaan Ling macam kes Kasitah Gaddam?

Rakyat sewajarnya bijak dan matang dalam menjarah kes-kes pendakwaan rasuah yang melibatkan VVIP dalam negara. Terkini bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik pula didakwa atas tuduhan menipu jemaah Kabinet Malaysia berhubung skandal PKFZ. In person, saya tidak merasa kaget pun bila dapat tahu mantan Presiden MCA itu didakwa. Semuanya ini hanyalah sandiwara lapuk yang dimainkan semula oleh kerajaan UBN Najib bagi melunakkan hati rakyat yang semakin hilang kepercayaan pada UBN.

Kita jangan lupa bagaimana Mahathir dan Pak Lah ketika baru menjadi PM dulu. "Penerapan Nilai Islam" dan "Bersih, Cekap, Amanah" telah diperkenalkan kepada rakyat di era Mahathir. Rakyat terduduk dan ternganga melihat betapa Islamiknya si mamak tua itu namun hakikatnya dialah musuh Islam No.1 dalam negara. Berkiblatkan fahaman Zionis. Di zamannya jugalah penyelewengan, rasuah dan kronisme berkembang-biak sehingga ekonomi negara hampir musnah dalam krisis 1998.

Tiba giliran Pak Lah pula, beliau ditonjolkan sebagai satu-satunya PM yang paling 'beriman' bila menjadi imam dalam solat Jumaat. Diikuti pula dengan pendakwaan rasuah terhadap Menteri Tanah dan Pembangunan Kooperasi Kasitah Gaddam dan tauke Perwaja Eric Chia sebelum PRU11. Rakyat sekali lagi 'dilenakan' dengan tindakan 'tegas' kerajaan Pak Lah yang kelihatan serius mahu membenteras rasuah. Hasilnya BN telah mendapat mandat besar dalam PRU11 bila mana menguasai 98% kerusi Dewan Rakyat.

Apa yang berlaku selepas PRU11?

Pak Lah terus mengorak langkah pertamanya bagi menonjolkan dirinya sebagai anak ulama' dengan memperkenalkan fahaman sesat Islam Hadhari. Sekali lagi Melayu UMNO terpesona dengan pendekatan bapak Hadhari ini.

Tak berapa lama selepas itu Pak Lah mula menunjuk 'taringnya' dengan kenaikan harga minyak menggila sebanyak 3 kali hingga mencecah RM1.9o seliter bagi petrol RON95. Bukan setakat itu saja malahan Pak Lah meneruskan kesinambungan Mahathir dalam konteks mengkayakan keluarga dan kroni. Penyelewengan dan rasuah terus berleluasa di zaman anak ulama' ini. Anaknya sendiri Kamaruddin serta-merta menjadi taikun dengan aset bernilai ratusan juta. Begitu juga dengan menantunya KJ. Nama bilionaire seperti Patrick Lim tiba-tiba muncul dan disebut sebagai proksi Pak Lah.

Selepas kekalahan teruk UBN dalam PRU12, Pak Lah dikritik hebat oleh seluruh pimpinan UMNO dari blok Najib. Akhirnya terpaksa akur dengan desakan itu dan menyerahkan kerusi No.1 kepada Najib Rosmah.

Pendakwaan mirip kes Kasitah

Malang terus menimpa negara dan rakyat marhain bila mana 'pasangan iblis' pula menjadi orang No.1. Selepas beberapa bulan Najib menjadi PM, Kasitah Gaddam telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada segala tuduhan rasuahnya.

Dan hari ini Lim Liong Sik pula yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan dalam skandal PKFZ. Dia dikenakan ikat jamin RM1 juta. Sama seperti kes Kasitah dulu. Samada mantan Presiden MCA itu benar-benar terbabit sebagaimana didakwa atau sebaliknya, kita sama-sama tunggu keputusan mahkamah. Dan diyakini masih ramai lagi VVIP yang terlibat dalam skandal penyelewengan ini masih bebas lepas di luar sana.

Pokok persoalan sekarang rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap integriti Peguam Negara, Polis, SPRM dan Kehakiman yang hanya mengikut telunjuk pihak atasan.

Kesimpulannya pendakwaan terhadap Liong Sik ini sekadar 'melepas batuk di tangga' saja sedangkan penyamun dan penyangak sebenar yang dah bersara seperti Mahathir, Samy Vellu, Pak Lah tak pernah dijentik. Apatah lagi si Najib yang sedang berkuasa sekarang.

Waima apa pun tindakan terhadap mantan Menteri Pengangkutan ini ada 'hikmah besar'.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan setiap apa yang berlaku di alam semesta ini berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya.

Wassalam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger