Tuesday, July 6, 2010

Raja Petra akan ditahan Interpol?

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bakri Zinin menyebut "Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan. Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja."

Sebagai rakyat kita tak pernah mempertikai tugas Polis untuk menangkap penjenayah yang merbahaya.

Persoalannya sekarang Raja Petra bukan penjenayah dan dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan yang diklasfikasikan sebagai jenayah. Beliau juga tidak pernah menggugat keselamatan negara.

Jadi atas kesalahan apa RPK mahu ditahan? Yang saya faham RPK mahu ditahan hanya kerana beliau membuat Pengakuan Bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendedahkan Rosmah Mansur dan 2 orang pegawai tentera suami isteri berpangkat Kolonel berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan C4.

Berikut adalah video penjelasan RPK berhubung penangkapannya ekoran Pengakuan Sumpahnya.


Satu persoalan yang bermain kat minda saya adakah Interpol mahu membuang masa mereka untuk membantu Polis Malaysia menahan orang yang tak bersalah. Saya yakin Interpol juga sedar dan amat maklum bahawa Raja Petra mahu ditahan bukan atas kesalahan jenayah tapi atas sebab politik. Bukannya pihak Interpol tak tahu tentang kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan Najib. Malah seluruh dunia dah tahu. Apatah lagi sekarang ini siasatan berhubung skandal rasuah Scorpene sedang disiasat oleh pihak berkuasa Peranchis.

Dalam piagam Interpol ada 6 bidang tugas yang menjadi keutamaan badan itu. Yaitu ;

1. Drugs and criminal organizations - Tackling the growing problem of drug abuse and trafficking, often linked to other crimes.

2. Financial and High-tech Crime - Combating counterfeiting, payment card fraud, intellectual property and cyber-crime.

3. Fugitives - Tracing fugitives, who threaten public safety and undermine criminal justice systems.

4. Public safety and terrorism - Countering terrorism, which threatens public safety and world security.

5. Trafficking in human beings - Fighting abuse and exploitation of people, which breach human rights and destroy lives.

6. Corruption - 'Working together towards a corruption-free world by promoting and defending integrity, justice and the rule of law.’

Kalau kita teliti 6 perkara ini, apakah RPK termasuk dalam salah satu kategori di atas?

Polis Malaysia ingat Interpol macam mereka. Bertindak tak ikut undang-undang. Sorrylah...

Tak tahulah saya apa nak jadi dengan Polis negara ini. Mereka bukan lagi menjalankan tugas secara adil dan profesional tetapi sudah menjadi cawangan UMNO tak rasmi. Semua kehendak dan arahan pihak atasan dipatuhi tanpa mengambil kira soal keadilan undang-undang. Menjadi pelindung kepentingan kuasa politik UMNO/BN.

Samada RPK akan ditahan oleh Interpol atau tidak, kita tunggu saja...

Sudah sampai masanya kita jatuhkan kerajaan UMNO/BN dalam PRU13.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger