Friday, July 2, 2010

Petronas dipaksa menjual minyak melalui orang tengah

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Kooperasi Tan Kwee Kwong mendedahkan syarikat petroleum negara Petronas menggunakan orang tengah untuk menjual minyak mentahnya.

Dalam suratnya kepada kerajaan, Tan yang kini bersama PKR, menggelar orang tengah itu sebagai "pemegang opsyen" dan mendakwa Petronas telah dipaksa untuk menjual minyak mentahnya kepada mereka pada "harga rendah lagi mengarut".

Beliau juga mendedahkan dalam kontrak tersebut, Petronas dikehendaki menjual setong minyak pada harga yang telah ditetapkan kepada "pemegang opsyen" walaupun pada ketika harga meningkat di pasaran terbuka.

"Mengapa Petronas perlu berbuat demikian? Mengapa Petronas tidak menjual terus minyak mentah di pasaran terbuka? katanya, meminta PM Najib mendedahkan "pemegang opsyen" tersebut.

"Anda boleh bayangkan berapa banyak pemegang opsyen itu membuat keuntungan bila harga minyak mentah naik," tambahnya.

Dedah, Najib dicabar

Dalam pada itu, Tan turut menyentuh tentang berbilion dolar Amerika akaun hasil Petronas tidak pernah dibentangkan dalam Parlimen.

Beliau menceritakan pengalamannya sebagai ahli PAC (Public Accounts Committee) dalam tahun 2006, di mana PAC pernah meminta kepada Menteri Kewangan agar membenarkan semakan dibuat terhadap akuan Petronas.

PAC yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari kedua belah pihak, telah dimaklumkan oleh Menteri Kewangan bahawa Petronas tidak diletak di bawah Kementerian Kewangan, tetapi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Petronas adalah milik seluruh rakyat Malaysia," kata Tan.

Bekas Timbalan Menteri itu juga mencabar Najib supaya mengisytiharkan akaun Petronas untuk tatapan umum.

"Jika kerajaan tidak berani mendedahkan akaun Petronas, bermakna banyak perkara yang mereka sembunyikan,"tegasnya.

Tan menambah bekas kakitangan Petronas pernah memberitahunya sekiranya pimpinan PKR semakin banyak tahu secara lebih mendalam dan terperinci pasal campurtangan politik, "ianya boleh menyebabkan saya kena serangan jantung".

Artikel asal

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger