Wednesday, July 14, 2010

Inkues Teoh: Pornthip beri keterangan - 18 Ogos

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand akan ke Kuala Lumpur bagi menyambung memberi keterangannya pada inkues bagi menentukan kematian pegawai khas, exco DAP - Teoh Beng Hock pada 18 Ogos ini.

Koroner Azmil Muntapha Abas bersetuju membenarkan Pornthip memberi keterangan selepas peguam yang mewakili keluarga Teoh - Gobind Singh Deo menarik semula permohonannya bagi membolehkan Pornthip memberi keterangan melalui sidang video.

Menurut Gobind, beliau menerima suart daripada Pornthip semalam menyatakan persetujuannya untuk ke Malaysia selepas Kementerian Keadilan Thailand memberikan lampu hijau kepada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan beliau meneruskan kenyataan berhubung penemuannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat darip
ada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menerima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz pada Apri lalu berkata Pornthip berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya.

Tindakan itu menyebabkan Nazri dirujuk bagi dikenakan tindakan menghina mahkamah tetapi usul mengheretnya itu ditolak pada 21 Mei lalu.

Sehubungan itu juga, kerajaan negeri Selangor membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand itu bagi memberi keterangan secara langsung dari Bangkok.

Ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor itu sebelum ini membuat kejutan dan mendakwa dari pemerhatiannya berpendapat lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh manakala kemungkin pembantu politik DAP membunuh diri adalah hanya 20 peratus.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 Nov lalu dengan pemerhatian oleh Pornthip manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

- malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger