Wednesday, July 7, 2010

Celaka punya UMNO, jahanam duit rakyat disonglap...

Memang celaka sesetengah Menteri Kabinet UMNO sejak zaman Mahathir lagi. Di zaman mamak tua nilah bermulanya era penyelewengan dan rasuah secara berleluasa. Duit rakyat dibuatnya macam bapak dia punya. Senang-senang je puak-puak celaka ini buat duit. Create projek, lepas tu sapu puluhan dan ratusan juta. Lepas tu boleh pulak cakap "Hanya UMNO yang pandai memerintah. Tanpa UMNO bankraplah negara. Orang Melayu akan hidup susah. Negara takde pembangunan...." Yang bebalnya seluruh ahli dan penyokong UMNO kerana dok percaya mati-matian segala cakap pemimpin yang sebenarnya 'menghisap darah' mereka sendiri.

PKR Tan dedah satu lagi kegagalan BN

Sebelum menyelam dengan Scorpene, kerajaan Pusat telah mula dikecam berhubung keraguan yang timbul dalam pelaburan TLDM lebih 10 tahun lalu.

Setakat ini, satu lagi surat terbuka telah dihantar kepada PM Najib oleh pimpinan PKR Tan Kee Kwong yang mendakwa kerajaan telah menyalahguanakan berbilion wang rakyat untuk tentera laut.

Menurut Tan lagi, mantan ahli politik UMNO Daim Zainuddin telah mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan selepas Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dalam tahun 1998.

Tan mendedahkan hanya dalam tempoh seminggu menjadi Menteri Kewangan, Daim telah menganugerahkan kontrak RM5.2 bilion kepada PSC Shipyard untuk membina 6 biji kapal peronda pesisir pantai untuk TLDM.

"Saya hanyalah Ahli Parlimen biasa ketika itu," kata Tan, bekas pemimpin parti Gerakan dan juga mantan Timbalan Menteri Tanah dan Kooperasi. "Tapi saya masih mempersoalkan tindakan pembinaan kapal tersebut."

"Ianya berlaku semasa krisis kewangan tahun 1998 dan pastinya banyak negara pada ketika itu 'melutut' akibat krisis tersebut.

"Tiada sebarang jawapan yang munasabah diberikan. Semuanya hanya menyesakkan nafasa kita semua." tambah Tan.

Hingga ke hari ii, kata Tan dia tidak pasti samada TLDM telah menerima penghantaran ke semua 6 buah kapal peronda pesisir pantai itu.

RM600 juta tidak direkodkan

Kata Tan dia antara angota PAC (Public Accounts Committee) yang membawa isu ini untuk didedahkan pada 2005.

Menurut beliau, PAC dimaklumkan bahawa RM1 bilion telah diberikan kepada PSC Shipyard oleh Menteri Kewangan sebelum sebarang kerja dimulai pada 2008.

PAC kemudiannya mendapati RM2.8 bilion lagi telah dibayar oleh Kementerian walaupun tiada kapal OPV yang dihantar kepada TLDM.

Seterusnya Tan menyebut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan memberitahunya yang RM600 juta telah digunakan untuk melangsaikan hutang yang tiada kena-mengena dengan pembinaan kapal OPV itu.

"Hatta anggota PAC dari UMNO sendiri pun terkejut." kata Tan. Dia turut mendedahkan RM2.3 bilion telah diberikan kepada "syarikat baru" untuk menyiapkan kapal OPV.

"Setakat yang saya tahu, tiada siapa yang didakwa, didenda atau dipenjarakan atas penyelewengan wang rakyat ini." kata Tan. "Ianya kelihatan tidak boleh dipersoalkan bila anda berada di pihak yang sama."

artikel asal

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger