Monday, July 12, 2010

Isu Gaza - Najib hanya tunjuk hero kat Malaysia je

Dah berpuluh tahun bumi Palestini diceroboh oleh rejim Zionis. Kaki demi kaki tanah Palestin dirampas secara kejam. Apa yang mampu dibuat oleh ketua-ketua negara Islam khususnya pemimpin Liga Arab yang duduk berjiran dengan bumi para Anbiya' itu?

Lihat saja gelagat Raja Arab dan kaum keluarganya yang terus dibuai kemewahan hidup. Begitu juga dengan Raja Abdullah Jordan yang menjadi geng baik rejim Zionis dan Amerika. Dia sendiri pernah melahirkan kebimbangan kumpulan bulan sabit (gerakan Islam) akan berjaya mengalahkan Israel dan menguasai Timur Tengah.

Just imagine kalau dah seorang yang mengaku Islam macam Raja Abdullah ini lebih bimbang kuasa kuffar Amerika dan sekutunya Israel akan hilang pengaruh di Timur Tengah, apa lagi yang boleh kita harapkan orang sepertinya. Begitulah juga dengan pemimpin negara Arab yang lain.

Semuanya kerana apa? Alfulus... Kita semua tahu segala kekayaan dan pelaburan semua Pak Syeikh Arab ini berada di Amerika. Mereka melabur dan memegang ekuiti di dalam kompeni gergasi Amerika yang kebanyakannya dimiliki oleh Yahudi. Bila ini berlaku, awal-awal lagi para pemimpin Arab yang semuanya jutawan dan taikun sudah menyerahkan leher mereka kepada musuh tanpa sedar hanya disebabakan fulus.

Sebab itulah hari ini kita lihat setiap kali OIC bersidang, maka bercakaplah Pak Syeikh Arab ini dengan penuh semangat dan berdegar-degar macam nak runtuh bumbung dewan persidangan mengutuk tindakan Zionis menceroboh Palestin. Akhirnya satu resolosi dicapai untuk dibawa ke PBB. Sampai ke meja PBB, diterima namun apakan daya para pelobi Yahudi sudah lama menguasai badan induk dunia itu.

Bagaimana pula dengan Sahibul Fadilah Syeikh Najib Altantuya?

Ibarat menunggu ayam jantan bertelurlah... Kalau dah dia sendiri menggunakan khidmat syarikat Zionis Yahudi APCO untuk pulihkan imejnya, maka jangan diharaplah si setan ni berani nak mengecam tindakan rejim Zionis ke atas bumi Gaza dan Palestin. Apa yang boleh kita harapkan daripada anak Tun Razak ni?

Saya amat bersetuju dengan Hj Mat Sabu yang menegaskan "Hatta 100 tahun lagi pun orang Arab tidak boleh mengalahkan Israel. Yang boleh mengalahkan rejim Zionis itu hanyalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa."

Sebab itulah Amerika dan Israel cukup bimbang dengan pengaruh Iran yang terang-terang menyatakan pendirian menyokong kerajaan Hamas dan tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel. Justeru Amerika terus berusaha menggunakan kuasa vetonya di PBB atas desakan Israel untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iran. Malangnya hasrat jahat mereka terhalang bila mana dua negara kuasa veto Rusia dan Cina menghalang hasrat itu.

Jika kerajaan Hamas dan rakyat Palestin terus berjuang menentang penjajahan Zionis Israel, kita pula di sini wajib menjatuhkan kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO/APCO dalam PRU13 nanti.

Ingatlah, kita sebagai rakyat yang membuat pilihan samada mahu terus dicengkam dan dibohongi oleh kerajaan BN yang zalim dan rakus ini atau sebaliknya.

"Failure by choice, Success also by choice"

Islam For All.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger