Monday, July 19, 2010

Kes enjin jet - Sarjan TUDM diseksa, dipukul dan dipaksa mengaku

Nampaknya gejala penyelewengan dan rasuah yang melibatkan Kementerian Pertahanan ini sudah sampai ke peringkat pegawai atasan tentera rupanya. Nak buat macamana kalau dah menterinya bapak segala penyamun, apatah lagi anak buahnya. Bagi rakyat yang celik mata hatinya pasti tidak percaya seorang anggota berpangkat Sarjan yang melakukannya sehingga enjin tersebut berjaya dibawa keluar negara.

In person, saya yakin bekas anggota TUDM yang berpangkat Sarjan, N Tharmendran adalah mangsa kambing hitam yang telah dipukul dan dipaksa oleh pegawai TUDM untuk mengaku melakukannya.

Berikut antara laporan malaysiakini berhubung kes 'misteri' ini ;

- Bekas sarjan TUDM mohon perlindungan

- Tharmendran sedang bersembunyi, kata peguam

- "Saya diseksa pegawai perisik tentera"

- Kes enjin jet: Jual rumah untuk bayar ikatjamin

- Kes enjin jet: Bapa dakwa anak dipukul seperti lembu

- Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM

Saya yakin Tharmendran telah dijadikan mangsa kambing hitam yang harus 'dikorbankan' untuk melindungi individu pihak atasan dalam Kementerian Pertahanan dan TUDM yang sebenarnya melakukan jenayah ini.

Kita jangan lupa dalam perbicaraan kes Altantuya, 2 anggota Polis mengakui dalam mahkamah bahawa mereka adalah mangsa kambing hitam yang harus dikorbankan untuk menyelamatkan orang yang sepatutnya berada dalam mahkamah.

Sebagai rakyat, kita sama-sekali menentang sebarang bentuk penyiksaan dan ugutan yang telah dilakukan terhadap beliau sehingga ke peringkat ugutan bunuh.

Apa perasaan dan tindakan kita jika anak atau ahli keluarga yang diperlakukan sedemikian?

"Jatuhkan BN Untuk Tegakkan Keadilan Hakiki"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger