Friday, July 23, 2010

Sapa kata UMNO saudara PAS?

Punyalah mual tekak aku ni macam nak muntah darah dibuatnya bila Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) berpendapat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu.

Manakala jurucakapnya (kiri sekali) Fathul Bari Mat Jahaya juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang melayu adalah beragama Islam. Jadi perjuangan memartabatkan agama juga beerti perjuangan memartabatkan bangsa.

Kadang-kadang heran dok tengok budak-budak hingusan yang baru balik mengaji dari Mesir, Jordan dan Madinah ni. Nak kata bangang, mengaji tinggi. Nak kata bodoh, dah banyak kitab yang mereka dok telaah. Mungkin puak-puak ni dok belajar kat sana hanya setakat untuk lulus ijazah je. Lepas tu bila balik nak balas jasa UMNO yang bagi mereka biasiswa. Jadi, berlakulah sebagaimana hari ini bila mereka merelakan diri untuk diperalatkan oleh UMNO yang berfahaman sesat sekular.

Serupalah dengan Mufta Perak, Firdaus Ismail, Masitah Ibrahim, Yusof Nor, Hamid Othman dan Wan Mokhtar. Semuanya ini adalah golongan Ulama' jahat dan pengampu. Mereka lebih rela diperbudakkan oleh musuh Islam demi mempertahankan kehidupan mewah yang dimiliki selama ini.

Lepas tu puak-puak Ulama' muda UMNO ni mempersoalkan pulak "Mengapa tidak maafkan saudara kita?"

Sapa pulak yang dok kata UMNO tu saudara PAS? Mana boleh yang HARAM bercampur dengan yang HALAL?

Dasar UMNO ialah sekularisma yang memisahkan agama dengan politik. Memang confirm sesat barat.

Manakala dasar PAS ialah Islam dan perlembagaannya Al-Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias.

Sudah jelas di sini UMNO bukan saudara PAS?

Banyak cantik muka hangpa dok kata UMNO tu saudara PAS? Kepala bapak hang.

Tak tahulah aku apa nak jadi dengan golongan Ulama' celaka yang ada dalam negara ini. Jadi pengampu dah satu hal. Lepas tu gunakan 'title' Ulama' untuk menyesatkan lebih ramai lagi umat Islam. Kalau takat dia sorang yang sesat, mampuih pie..lah sebab depa yang dok pilih jalan tu kerana nilai dunia yang sedikit.

Adakah Ulama' hingusan ini lupa bahawa Rasulullah S.AW. itu diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Bukan untuk bangsa Arab atau kaum tertentu saja.

Islam yang Allah sempurnakan di tangan Baginda adalah untuk seluruh umat manusia dan seisi alam. Agama universal yang membawa keadilan, kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira warna kulit dan suku kaum.

Tiada satu pun ayat dalam Al-Qur'an yang menyebut tentang perjuangan bangsa.

Ni aku nak habaq pada puak-puak Ulama' muda hingusan ini pasai "Apa yang UMNO dah buat untuk orang Melayu sepanjang 52 tahun memerintah?

1- Merampas hak orang Melayu seperti biasiswa yang dijamin oleh perlembagaan. Hari ini beratus ribu anak Melayu terpaksa menanggung hutang PTPTN.

2- Menggubal kanun tanah negara bagi memudahkan UMNO merampas tanah orang Melayu. Buktinya di Johor, tanah milik orang Melayu hanya tinggal 14% saja di negeri yang paling kuat UMNO di dunia.

3- Jumlah anak orang Melayu yang telah MURTAD sudah mencecah angka 250 ribu.

4- Wang milik penuh orang Melayu (peneroka) dalam Felda lesap sebanyak RM2.8 bilion. Hanya tinggal RM200 juta saja ketika ini.

5- Amanah Saham Johor lingkup. Orang Melayu ditipu dengan janji manis bahawa ASJ tidak akan rugi. Berpuluh ribu Melayu terpaksa menanggung kerugian dan hutang bank.

... dan banyak lagi kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO terhadap Melayu.

Dosa UMNO sudah terlampau banyak. Bukan setakat dosa mengkhianati Melayu saja malahan yang paling ketara sekali UMNO ialah Musuh No.1 Islam dalam negara. Sebab itulah ada pihak menyebut UMNO sebagai "Umat Munafiq Number One".

Sebagai orang Islam kita sendiri tahu bahawa golongan munafiq ini lebih jahat daripada kafir. Sebab itulah mereka akan dihumbankan ke dasar Neraka kelak di Akhirat.

Allah SWT mewajibkan kita memerangi (menentang habis-habisan) 2 golongan, yaitu MUNAFIQ dan KAFIR HARBI.

Sebagai Muslim kita hanya ada satu pilihan saja bagi menjamin keselamatan hidup kita di Akhirat kelak. Yaitu berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah.

Bagaimana caranya ?

Kita wajib bersama dalam mendokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS bagi memastikan tertegaknya Daulah Islamiyyah dalam negara. Mudah-mudahan segala amal ibadah kita diterima oleh Allah dan segala dosa akan diampuni-Nya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger