Tuesday, January 17, 2012

Kalau ikhlas, dia tak buat macam ni

Masuk PAS selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan TImbalan Presiden UMNO pada 1998. Bertanding buat kali pertama di Parlimen Parit Buntar dan DUN Sungai Burung mewakili PAS dalam PRU10 1999 dan menang. Dalam parti, dia pernah memegang jawatan Naib Presiden. Ironisnya, kini dia telah dipecat daripada parti kerana terlampau nak tunjuk pandai dan egois.

Sebelum parti mengambil keputusan memecatnya, Mursyidul Am TGNA sendiri secara berhemah umpama seorang ayah memuji sikap dia yang sanggup mengakui kesilapan sendiri dan telah memohon maaf dalam satu pertemuan mahabbah di Kota Bharu.

Namun madu dibalas dengan tuba. Niat mulia TGNA untuk memulihkan imej dia telah dibalas secara biadap melalui satu kenyataan media pada keesokan harinya. Dengan angkuh dia menafikan permohonan maaf itu.

Orang itu ialah Dato' Hasan Ali. Bekas Exco Negeri Selangor.

Benarkah dia ikhlas menyertai PAS? Soal ikhlas ni takde sapa yang tahu namun jika dinilai dari sudut tindak-tanduk dan sikapnya, rasanya rakyat pun boleh nilai sendiri akan keikhlasannya.

Hari ini dia buat kenyataan akan mendedahkan para parasit yang ada dalam PAS dalam siri road-shownya ke seluruh negara.

Soalnya, kalau benar dia sayangkan PAS dan ikhlas dalam perjuangannya, nape tak guna saluran parti untuk menyelesaikan masalah parasit yang didakwa wujud. Bukankah dia sendiri merupakan AJK Kerja PAS Pusat sebelum dipecat.

Bukankah pendedahan melalui road-show itu merupakan satu tindakan 'politik dendam' dan betujuan peribadi? Juga membuka ruang untuk musuh melakukan serangan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Hasan Ali harus sedar, PAS merupakan sebuah jamaah yang telah teruji sejak penubuhannya pada 1951. Walau pelbagai tekanan, halangan, fitnah dan trbulasi yang dihadapinya, namun PAS terus mengorak langkah dan semakin kukuh dalam persada politik tanahair. Soal pimpinan atau ahli yang keluar PAS, itu perkara biasa. Ada berlaku tapi tak ramai.

Apa yang penulis tahu, si Hasan Ali ni kepingin sangat nak jadi MB dulu setelah PR menang di Selangor. Khabarnya, semasa mengadap Sultan Selangor sebelum perlantikan MB, Sultan Sharifudin mengakui lebih suka kalau dia dipilih. Mungkin itulah yang membuatkan dia semakin obses dengan jawatan MB.

Iyalah... sapa yang tak nak jadi MB. Penulis pun mahu ohhhh. Tapi biarlah kita jadi orang yang realistik. Bukannya dia tak tahu yang majoriti kerusi DUN Selangor dikuasai oleh PKR berbanding PAS dan DAP. So, mestilah wakil dari PKR yang dipilih sebagai MB. Dan orang itu ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang sememangnya paling layak untuk jawatan itu berdasarkan pengalamannya berpuluh tahun mengetuai gergasi korporat.

Mungkin ada satu hal yang Hasan Ali lupa agaknya. Yaitu orang yang tak ikhlas dalam PAS, pasti akan keluar parti juga akhirnya. Ianya adalah Sunnatullah.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger