Friday, December 2, 2011

Tak cukup lagikah???

Mutakhir ini perkembangan yang berlaku dalam negara dah cukup menjelaskan kepada kita semua bahawa Malaysia dah masuk sempadan negara diktator. Kepincangan, penyelewengan, jenayah politik yang dilakukan oleh rejim UMNO dah sampai ke kemuncaknya. Yang pasti parti yang mengetuai kerajaan komponen BN itu tidak akan berundur ke belakang lagi. Sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa rakus dan korup mereka selama ini.

Dalam kes penyelewengan terbaru yang membabitkan Ketua Wanita UMNO dan Menteri Wanita, Shahrizat Jalil, dah begitu jelas wang rakyat RM9.8 juta diselewengkan daripada peruntukan RM250 juta Projek Lembu Fidlot, tapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM, maupun Polis. Malah dengan angkuh, Ketua Wanita UMNO itu terus menghentam Pakatan Rakyat bagi menyembunyikan pekongnya sendiri di dalam Persidangan UMNO yang sedang berlangsung hingga hari esok.

Hairan sungguhlah, di mana letaknya maruah dan harga diri orang Melayu UMNO yang ada hari ini hingga boleh beranggapan segala perlakuan rasuah pemimpin mereka itu sebagai halal. Wana'uzubillah.

Apakah ini semua merupakan bala' besar yang ditimpakan Allah kepada negara ini???

Selepas negara dipanaskan dengan isu Shahrizat, muncul pula akta baru bagi menggantikan Akta Polis 1967 bagi menangani perhimpunan aman. Dua hari lalu, Bil Perhimpunan Aman telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Ahli parlimen Pakatan Rakyat telah bertindak keluar dewan bagi membantah akta yang zalim itu.

Langkah PM Najib membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu telah memaksa PAS untuk mengambil tindakan saman terhadap beliau dan kerajaan Malaysia hari ini.

Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi.

Sedarkah kita apa tujuan pentadbiran Najib menggubal RUU Perhimpunan Aman itu?

Sayugia diingat, kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir hingga tergulingnya rejim zalim Ben Ali dan Mubarak telah menimbulkan kebimbangan pihak Barat, Eropah dan Zionis serta sekutu-sekutu iblis mereka di seluruh dunia termasuk rejim UMNO BN sendiri.

Dalam tempoh 15 tahun ini, kebangkitan rakyat Malaysia meledak bila Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998. Masa itu gelombang Reformasi merebak ke seluruh negara hingga dunia memberikan tumpuan kepada Malaysia.

Puluhan ribu rakyat mula turun berhimpun menyatakan sokongan padu kepada Anwar. Dalam road-shownya ke seluruh negara, kita sendiri dapat menyaksikan puluhan ribu rakyat sanggup turun untuk mendengar amanatnya serta menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kesan daripada gelombang Reformasi itu, dalam PRU10 PAS berjaya menguasai hampir semua kerusi Parlimen dan DUN di Kelantan, dan merampas Terengganu. Juga berjaya menawan beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Kedah dan Selangor. DAP turut berjaya menambahkan bilangan kerusinya. Kesan dari gelombang rakyat itu, akhirnya lahirlah Gerak dan diikuti pula Barisan Alternatif yang menggabungkan beberapa parti pembangkang. PAS, DAP, keADILan dan PRM.

Selepas PRU10, telah berlaku satu himpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah tanahair. Yaitu himpunan lebih 100 ribu rakyat di Lebuhraya Kesas. Rancangan awal himpunan itu mahu diadakan di satu kawasan lapang di Jalan Kebun, namun pihak Polis dan FRU telah menyekat kemaraan rakyat ke sana.

Selepas Barisan Alternatif mengalami kekalahan teruk dalam PRU11 hingga hilang Terenganu ekoran penampilan warqaq Pak Lah serta disokong dengan pengundi hantu, lalu satu perhimpunan raksasa dianjurkan oleh Bersih pada 2007 telah berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu rakyat berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Agong. Bersih yang ditubuhkan itu turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain.

Antara impak dari Himpunan Bersih itu ialah berjaya mewujudkan satu gelombang kesedaran kepada seluruh rakyat hingga Pakatan Rakyat berjaya merampas 5 negeri dalam PRU12 2008.

Dan inilah yang paling ditakuti oleh rejim UMNO jika rakyat sekali lagi bangkit dalam Bersih 3.0 selepas Bersih 2.0 turut berjaya menghimpunkan lebih 60 ribu rakyat pada September lalu walau pihak Polis membuat tangkapan awal, amaran dan ugutan serta menutup seluruh jalan masuk ke ibu negara.

Tentunya UMNO tak sanggup berhadapan dengan satu lagi himpunan rakyat yang terbesar kerana mereka tahu ianya akan mempengaruhi keputusan PRU13 nanti. Lalu digubal satu akta baru bagi menghalang rakyat berhimpun secara aman.

Penulis cukup yakin, RUU baru itu lebih zalim daripada Akta Polis 1967. Tujuannya untuk menakutkan rakyat yang mahu menyertai sebarang himpunan atau demonstrasi aman. Soalnya, mampukah rejim UMNO dan pihak berkuasa berhadapan dengan 1 juta rakyat dalam Bersih 3.0 nanti???

Ayuhhh rakyat Malaysia... ANDA hanya perlu mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 bagi menggulingkan rejim UMNO yang semakin zalim dan korup itu.

"Bersama Kita Menyelamatkan Malaysia Untuk Masa Depan Anak Cucu"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger