Tuesday, December 6, 2011

Pekida pulak dah...

Maka berbicaralah sang adiwira Melayu hapraq "Masa depan Melayu gerhana jika Putrajaya ditawan" dalam satu majlis anjuran Pekida di Shah Alam yang dihadiri kira-kira 2 ribu ahlinya. Lagi meloyakan bila sang adiwira bertanya pada hadirin "Bagaimana maruah Islam dan orang Melayu?"

Penulis tak tahulah samada si Najib ni sedar atau tidak apa yang diucapkannya. Heiii... tolonglah. Tak usah tingkatkan lagi makam kemunafiqan tu. Bini sendiri tak tutup aurat dan pernah bercium pipi dengan artis Bollywood, lepas tu nak bercakap soal maruah Islam. Porahhhh

Sapa yang menghalang kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Hudud?

Sapa yang memperlekehkan Hukum Allah selama ini?

Lepas tu bercakap pulak soal orang Melayu. Agaknya anak Tun Razak ni dah sewel kot atau buat-buat lupa sapa yang merampas hak biasiswa anak Melayu Bumiputera dulu dan digantikan dengan pinjaman PTPTN. Tak pasal-pasal anak orang Melayu terpaksa menanggung hutang pengajian selepas tamat belajar.

Dalam isu Felda, sapa yang menipu para peneroka Felda selama ini? Sapa yang menyelewengkan duit Felda? Tolong jawablah wahai Najib.

Menyentuh isu royalti Terengganu. Kenapa hak royalti yang telah termaktub dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Terengganu dirampas dan digantikan dengan wang ehsan? Sedangkan 95 peratus penduduk negeri itu adalah Melayu.

Sapa yang mengkhianati Melayu?

Penulis yakin ahli Pekida di seluruh negara tidak sebodoh yang Najib sangka. Mungkin adalah sorang dua orang kuat Pekida yang cuba melihat peluang yang ada. Kot-kot manalah tahu Najib boleh beri sikit projek untuk mereka. Macam juga Ibrahim Ali yang memperalatkan Perkasa untuk kepentingan politik kataknya dengan harapan UMNO akan 'meminang'nya kemabali. Rupanya UMNO pun tak inginkan orang macam dia. Sekarang apa dah jadi dengan MP Pasir Mas tu. Toleh kanan orang ludah, toleh kiri orang sumpah. Nak buat camne... walau dah malu sendiri sekarang, nak tak nak terpaksa malalak-melolong sana sini. Cakap itu, cakap ini tapi orang tak peduli.

Nasihat penulis kepada seluruh ummat Melayu yang mengaku Islam, insaf dan sedarlah... Najib dan UMNO hanya mahu membela golongan Melayu elit saja. Yang terdiri dari penyamun dan perompak harta rakyat. Manakala rakyat Melayu bawahan akan terus diperbodohkan semahunya. Dibiarkan terus dalam kemiskinan agar senang diugut dan ditakut-takutkan. Sampai bila kita mahu membiarkan jiwa ini dibelenggu dengan fahaman khurafat UMNO yang mendakwa "Melayu akan hilang tanpa UMNO".

Tidak cukup lagikah dengan segala macam bentuk penyelewengan, kezaliman, pembohongan dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO?

Rosmah, bini Presiden UMNO, telah membeli cincin berlian RM24 juta untuk dihadiahkan kepada bakal besannya, Maira Nazarbuyez. Dari mana Rosmah dapat duit sebanyak itu? Kalau tak rompak wang rakyat. Apa dia ingat kekayaan negara ini milik laki dia ke?

Belum reda isu cincin, Ketua Wanita UMNO dan Menteri Wanita, Shahrizat Jalil pulak sapu wang rakyat RM9.8 juta untuk membeli sebuah kondo mewah.

Memang haramjadah sungguhlah UMNO ni. Lepas tu masih boleh mendabik dada bercakap soal nasib Melayu dan maruah Islam.

Sekali lagi penulis tegaskan, sesiapa saja di kalangan orang Islam yang mati dalam keadaan masih setia bersama UMNO, confirm masuk Neraka walau sudah pergi Haji 6 kali. 5 kali naik pesawat dan sekali naik jet ski.

UMNO ialah parti sekular sesat. Samada menjadi ahli atau menyokong, semuanya kekal dalam Neraka. Bukan penulis yang kata tetapi fatwa Prof Dr Yusuf Al Qardawi yang menegaskan "Siapa yang menyokong sekular, hilang Islamnya dan kekal dalam Neraka."

Ingat!!! Kita Semua Akan Mati...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger