Thursday, December 8, 2011

Jangan solat jenazah si munafiq dan pengikutnya

Mungkin tajuk posting kali ini agak kontroversi namun untuk menyedarkan kita bahawa dalam soal yang melibatkan 'Aqidah tiada tolak ansur. Sekitar tahun 1980an, isu mesjid PAS dan mesjid UMNO di Kelantan hangat diperkatakan oleh masyarakat. Ekoran isu tersebut, media perdana terus memburukkan imej PAS sebagai pemecah-belah masyarakat. Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh UMNO terhadap seteru politiknya itu.

Penulis sendiri sempat merasakan bahang isu itu ketika menetap di Kelantan pada 1985. Kerja sebagai salesman telah memberi kesempatan pada penulis untuk pergi ke seluruh daerah jajahan dan kampung di negeri Serambi Mekah itu.

Setiap kali penulis bertanya penduduk kampung di mana surau atau mesjid, nescaya soalan yang diajukan oleh mereka "Demo nak sembaye kat mesjid PAS atau UMNO?" Penulis jawab "Tak kisahlah pakcik. Mana-mana pun boleh".

Dalam usia semuda 19 tahun dan tak pernah ambil peduli pasal politik ni, tentunya penulis merasa kaget dan tertanya kenapa pulak ada mesjid PAS dan UMNO. Sebagai orang Johor, tentulah ketika itu penulis lebih percaya yang UMNO tu betul. Lalu hati terus menyalahkan PAS atas isu dua mesjid.

Penulis pernah tanya pada sorang dua lelaki separuh umur kenapa orang PAS tak mahu sembahyang di mesjid UMNO. Responnya ringkas "Sebab orang UMNO sesat". Sejak mendengar jawapan tu, tertanya di benak fikiran penulis, nape orang UMNO dituduh sesat sedangkan orang UMNO pun solat, puasa, zakat dan pi haji. Namun persoalan itu hanya berlegar di otak seketika saja. Lantaklah mereka. Apa yang penting setiap hari penulis dapat buat sales banyak.

Kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah saja yang terbaik dan pasti berlaku. Pada tahun 1997, secara rasminya penulis menyertai PAS dengan kerelaan hati. Sejak itu, penulis banyak membaca bahan-bahan tentang PAS dan perjuangannya. Dengar ceramah, ikuti kuliah dan usrah. Mendengar kaset-kaset berkaitan 'Aqidah dan perkara-perkara yang membatalkannya.

Akhirnya barulah penulis faham akan jawapan "Sebab orang UMNO sesat" yang diberikan pada penulis pada 1985 ketika menetap di Kelantan.

Orang Melayu UMNO kena sedar dan faham kenapa Allah SWT menegur Baginda Rasulullah selepas mengimamkan solat jenazah Abdullah bin Ubay. Sebab Abdullah bin Ubay adalah Bapa Munafiq di Madinah masa tu. Dialah yang bertanggungjawab menghasut penduduk Madinah agar jangan membantu Rasulullah menyebarkan Risalah Allah.

Apakah Baginda tidak tahu bahawa Abdullah Ubay itu seorang munafiq kabir? Sebenarnya Baginda tahu dan kenal siapa sebenarnya si Abdullah itu. Namun atas permintaan anak Abdullah agar Baginda sudi mengimamkan solat jenazah bapanya, lalu Baginda tunaikan permintaan si anak yang beriman.

Allah SWT menegur Baginda melalui firman-Nya yang bermaksud "Dan janganlah kalian solat jenazah atas orang munafik yang mati diantara mereka dan janganlah kalian berdiri di atas kuburnya".

Penulis ketengahkan hal ini dengan niat untuk menyedarkan umat Islam yang masih setia bersama UMNO agar segera meninggalkan parti yang sesat dan korup itu.

Dalam konteks ini, Assyahid Syed Qutb pernah berfatwa "Mana-mana individu Muslim yang menjadi penyokong kepada golongan yang menolak perlaksanaan Undang-Undang Allah, mereka termasuk dalam golongan MUSYRIK.

Wallahu'alam.

2 comments:

ISAC said...

Salam tuan,

Bila pula hudud Pas hendak ditegakkan di Kelantan?

monaz said...

Wa'alaikumsalam.

Bukan hudud PAS. Hudud Allah. Rasanya sdra pun tahu nape. MB Kelantan prnah utus surat pd PM Mahathir dulu minta kelulusan k'jaan pusat utk laksanakannya. Bidang kuasa k'jaan negeri terhad.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger