Saturday, December 3, 2011

Sumpah bai'ah si munafiq kabir

Nak ketawa pun ada. Nak muntah darah pun ada bila parti Umat Munafiq Number One pun dah pandai nak bersumpah bai'ah kerana bimbang calon-calon mereka akan melompat ke seberang. Samada bersumpah atau tidak, serupa je puak-puak celaka ni. Punyalah bersungguh nak mempertahankan kemunafiqan mereka hingga diadakan satu sessi bersumpah yang diketuai oleh Timbalan Presidennya.

Penulis nak habaq kat sini. Samada pembaca nak percaya atau tidak, itu terpulang. Jika pembaca seorang Muslim, harus disedari UMNO adalah sebuah parti sesat lagi menyesatkan orang lain.

Bukannya penulis yang kata tetapi Allah dah tegaskan dalam Al Qur'an bahawa golongan yang enggan berhukum dengan Al-Qur'an, mereka termasuk dalam golongan fasiq, zalim atau kafir. Memanglah kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu sebagai kafir tanpa bukti.

Mengapa penulis berani kata UMNO sebuah parti sesat?

Almarhum Tunku sendiri mengakui bahawa UMNO ialah sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular.

Kita semua kena faham dari mana asal-usul fahaman SEKULAR itu?

Dulu negara-negara Eropah dan Barat ditadbir oleh pihak gereja. Lama-kelamaan, golongan cendiakawan, profesional dan ahli perniagaan mereka mendapati pihak gereja gagal mentadbir dan mengurus ekonomi dengan baik. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk memisahkan gereja daripada urusan negara. Pihak gereja hanya mengurus hal agama manakala urusan negara diserahkan kepada ahli politik dan profesional. Sejak itu, urusan negara dan agama terpisah.

Penulis nak tanya pada pembaca? Tidak sesat lagikah bila seseorang individu Muslim itu berfahaman sekular? Dan bagaimana pula halnya bila sesebuah parti atau pertubuhan turut berfahaman sedemikian?

Kesimpulannya, mana-mana individu Muslim yang berpegang pada fahaman itu, secara automatik batal Islamnya kerana lebih yakin kepada sistem ciptaan manusia daripada sistem Allah (Islam).

Sebab itulah, Almarhum Prof Dr Hamka menegaskan "Barangsiapa ada keyakinan dalam hati mereka bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat". - (Tafsir Surah Al-An'am, ayat 159)

Prof Dr Yusuf Al Qardawi berfatwa "Individu Muslim yang menyokong sekular, hilang Islamnya dan kekal dalam Neraka."

Apa lagi yang penulis nak habaq pasal kesesatan UMNO ni. Sebab itu, dalam soal sumpah bai'ah mereka, ianya sama-sekali tidak mendatangkan sebarang natijah baik malah akan mengundang kemurkaan Allah kerana bersumpah mempertahankan kesesatan mereka. Wana'uzubillah.

Rasanya, semakin mereka bersumpah bai'ah, semakin ramai Ahli Parlimen mereka akan melompat ke seberang selepas PRU13.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger