Sunday, December 26, 2010

Rakyat Malaysia 'dikhayalkan' dengan slogan

Tanpa sedar rakyat negara ini didodoi dengan pelbagai slogan oleh kerajaan UMNO BN sejak era Mahathir lagi. Bermula dengan Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai-Nilai Islam, Kerana Mu Malaysia, Islam Hadhari dan seumpamanya. Jika dilakukan flashback tentang semua slogan itu, nescaya kita sedar segalanya hanya kosmetik semata-mata bagi menipu rakyat.

Lihat saja apa jadi dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh si mamak tua itu. BERSIH - Habis licin semua kekayaan negara diseleweng dan disapu oleh Mahathir diri, keluarga, kroni dan seluruh pemimpin UMNO BN. CEKAP - Sangat cekap dan pintar melakukan rompakan harta rakyat. AMANAH - Seluruh hasil penyelewengan dan rasuah diamanahkan kepada proksi untuk menjaganya agar sukar dikesan.

Bagaimana pula dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam?

Banyak program dibuat di jabatan-jabatan untuk tujuan itu tapi sekadar retorik saja. Penerapan yang dibuat sekadar Islam kulit namun isinya kosong manakala pimpinan UMNO BN pula terus dengan agenda melonggokkan kekayaan milik negara. Lihat saja apa yang terjadi kepada Islam dan penganutnya?

Islam terus dipijak oleh UMNO manakala umat Islam semakin rosak akhlaknya. Kebejatan sosial semakin kritikal. Jenayah melibatkan remaja sekolah semakin menjadi-jadi. Perzinaan sudah menjadi perkara biasa di kalangan remaja Melayu. Gejala murtad sudah mencecah angka 250 ribu. Lebih kronik lagi bila terjadi kes bunuh yang melibatan pelajar sekolah sebagaimana kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, N.Sembilan beberapa tahun lalu.

Penulis kira tak perlulah nak dihurai semua slogan kosmetik itu.

Dan hari ini sekali lagi rakyat Malaysia didodoi dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan 1Malaysia.

Cuba tanya diri sendiri. Benarkah kerajaan UMNO BN mendahulukan rakyat? Jika benar, KENAPA;

- hak royalti minyak rakyat Kelantan dinafikan?

- menaikkan harga petrol, gula, gas dan sebagainya dalam keadaan hasil petroleum negara beratus bilion setahun?

- dalam bajet 2011 hanya menguntungkan kroni dan Rosmah serta mak-mak datin yang pakai seluar dalam, coli, barangan kulit buatan luar negara?

- wang Felda diselewengkan?

- hak peruntukan wajib RM500 ribu setahun kepada setiap kawasan Parlimen yang diwakili oleh Pakatan Rakyat ditarik?

- hak biasiswa anak Melayu Bumiputera ditarik sedangkan ia dijamin oleh perlembagaan?

Penulis merasa terkilan bila mengenangkan sikap majoriti rakyat negara ini yang masih merelakan diri mereka diperkotak-katikkan oleh para pemimpin UMNO BN selama ini. Sudah 52 tahun merdeka tapi jiwa masih terbelenggu dengan fahaman khurafat yang mengatakan "Hanya UMNO saja mampu memerintah".

Dan lebih mengecewakan bila mana majoriti umat Islam tanahair masih percaya (beriman) dengan fahaman sesat sekular Kristian pegangan UMNO yang memisahkan agama daripada pemerintahan negara. Tidak sedarkah mereka dengan menyokong dan memberi undi pada UMNO BN bererti redha (setuju) dengan sistem pemerintahan sekular itu. Bila redha dengan kesesatan, maka seseorang itu boleh jatuh kafir. Na'uzubillah.

Bila undi terus diberikan kepada UMNO BN, bermakna kita juga turut sama bersubahat menghalang daripada tertegaknya Daulah Islamiyyah (Pemerintahan Islam) dalam negara.

Bertanyalah pada diri sendiri soalan-soalan berikut;

1- Adakah Islam aku diterima oleh Allah jika masih percaya dengan sistem ciptaan manusia (sekular, sosialis, komunis, pragmatis dsb)?

2- Bukankah aku termasuk dalam golongan yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian Al-Qur'an bila menyokong UMNO BN yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud?

3- Seseorang itu boleh jatuh kafir bila meragui salah satu daripada Undang-Undang Al-Qur'an. Adakah aku termasuk dalam kumpulan ini bila terus memberi undi kepada UMNO BN yang melaksanakan undang-undang sekular?

4- Fatwa Ulama' menyebut "Jalan mudah menjadi kafir bila memisahkan agama dengan politik." Kafirkah aku jika masih menyokong UMNO BN yang sekular?

5- Macamana 250 ribu anak orang Islam boleh murtad?

Mungkin pembaca merasakan penulis suka menghukum UMNO sebagai sesat atau kafir kerana penulis seorang ahli PAS.

Sejujurnya, ini bukan persoalan UMNO atau PAS tapi ini soal yang melibatkan 'Aqidah kita sebagai umat Islam. Jangan diingat perkara yang merosakkan Aqidah ini hanya tertakluk kepada penyembahan patung berhala semata-mata. Sebenarnya terlampau banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Hatta dalam perbualan kita sehari-hari pun tanpa sedar kita boleh terkeluar daripada Islam. Umpamanya kata-kata seperti "Kalau laksana Hudud, habislah orang Islam kudung tangan", "Kalau nak ikut Islam semua, susahlah kita", "Kalau takde riba', susah juga..."

Antaranya seperti yang dijelaskan di atas. Sebab itulah dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159, Almarhum Pro Dr Hamka menafsirkan "Barangsiapa yang ada keyakinan di hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Allah (Islam), maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Jelas sungguh di sini bila mana kita terus memberi undi (menyokong) sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan sekular (ciptaan manusia), maka kita juga termasuk dalam golongan yang percaya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam.

Undi maksudnya sokong atau setuju atau redha.

Marilah kita kembali kepada Islam secara total.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger