Saturday, December 4, 2010

Mahkamah sahkan ada penyelewengan serius Syabas

Petaling Jaya - Mahkamah Tinggi Shah Alam mengesahkan ada penyelewengan yang serius dalam operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pesuruhjaya Kehakiman, Hadhariah Syed Ismail berkata demikian selepas meneliti laporan Ketua Audit Negara ke atas Syabas, dan perjanjian konsesi yang dimeterai Kerajaan BN Selangor dan Persekutuan

Hadhariah dalam rumusannya menegaskan rakyat bakal menerima kejutan sekiranya mereka menatap kandungan dua dokumen itu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memetik kehakiman Hadhariah bertarikh Jun tahun ini, ditaklimat air anjuran Panel Penilaian Air Kerajaan Negeri Selangor di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 21 November lepas.

"Pendedahan perjanjian konsesi ini dan laporan audit akan mengundang kritikan terhadap kerajaan," kata Charles memetik kehakiman mahkamah.

Charles menjelaskan pihak mehkamah mengakui bahawa usaha syarikat konsesi Syabas menaikkan tarif air dibuat secara sewenang-wenangnya. Bahkan mahkamah turut membidas tindakan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Akta Rahsia Rasmi bagi menutup penyelewengan ini.

"Konsesi menaikkan tarif air secara sewenang-wenangnya, dan penguatkuasaan Akta Rahsia Rasmi bukan sahaja tidak menepati matlamat akta itu, tetapi juga bercanggah dengan prinsip 'good governance', kata Charles memetik kehakiman itu lagi.

"Kepentingan rakyat seharusnya diutamakan", tambah beliau, disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Gabungan Membantah Penswastaan Air memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan BN Selangor pada 15 Disember 2004 diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Gabungan ini terdiri dari Kongres terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 NGO yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas yang mendasari keputusan Kerajaan Pusat menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006 harus dibuka kepada pemanauan umum.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

"Bahkan Kerajaan Persekutuan berjani untuk memberi pampasan kepada Syabas sekiranya konsesi itu gagal mencapai KPI yang ditetapkan", kata Charles.

- harakah

1 comment:

dad8home said...

Dr Haron Din Sahkan Anwar Islam Liberal.
Rumusan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai caragaya politik Anwar Ibrahim amat serius. Bagi beliau Anwar ada cara tersendiri bagi mengaut laba politik dan pendekatannya itu tidak berlandaskan Islam.
“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam,” katanya. Dr Haron sudah bersuara, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula bila lagi?
Memenangi pilihan raya umum adalah satu hal yang diimpikan tetapi menggadai maruah Islam dengan “mengambil mudah” semangat dan syariah Islam, adalah satu pemikiran yang berbahaya dan akan mencetuskan penyesalan berpanjangan bagi PAS dan umat Islam di Malaysia, setidak-tidaknya.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger