Wednesday, December 29, 2010

Nape sibuk dengan Syiah? UMNO sendiri sesat barat

JAIS di bawah Pengarah 'UMNO' Khusrin cuba nak tunjuk pada rakyat kononnya merekalah jadi pembela agama bila bertindak terhadap kumpulan Syiah di Selangor. Kita nak habaq kat Khusrin si munafiq, jangan sekali-kali nak berselindung di sebalik jawatan Pengarah JAIS. Kami tidak pernah lupa bagaimana kamu mengarahkan JAIS bertindak biadap merobohkan sebuah mesjid (asalnya surau) di Bangi atas arahan UMNO kerana mesjid itu hidup dengan majlis ilmu dan ramai jamaahnya. Juga penduduk di sekitar situ mudah untuk menunaikan solat Juma'at. Hanya satu sebab saja kenapa dirobohkan. Sebabnya mesjid itu kerap menjemput para ustaz PAS memberi kuliah di situ.

Inilah kerja UMNO. Sebuah parti sesat yang berkiblatkan fahaman Kristian. Fahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman yang diwarisi daripada penjajah Kristian laknatullah yang didalangi oleh gerakan Freemason Yahudi Antarabangsa.

Lantaran fahaman sesat ini, maka semua tindakan UMNO selama ini adalah selari dengan kehendak musuh Islam yang juga guru mereka, yaitu Yahudi dan Nasrani. Dan lebih malang lagi bila mana orang yang mendokong fahaman sesat barat itu terdiri daripada orang Islam sendiri. Dan ini merupakan kejayaan penjajah Inggeris secara lembut dan halus sewaktu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Merdeka pada zahir namun hakikatnya umat Islam tanahair masih terjajah jiwa dan raga. Tanpa sedar umat Islam sendiri dengan bangga mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang didraf dan disusun oleh pihak Inggeris melalui Suruhanjaya Reid dan menolak Perlembagaan Allah (Al-Qur'an).

Tidak murtad (kafir) lagikah namanya jika kita dengan sengaja terus menyokong sebuah kerajaan sekular seperti yang ada hari ini? Beri undi kepada UMNO BN dalam setiap PRU bermakna setuju / redha dengan penerusan perlaksanaan sistem pemerintahan sekular dalam negara. Maksudnya kita turut sama menolak sistem pemerintahan Islam. Menolak pemerintahan Islam bermakna menolak Islam itu sendiri. Kalau dah menolak Islam, apa hukumnya? Takkan susah sangat nak faham kot...

Wajib disedari oleh seluruh umat Islam yang iman (Islam) kita hanya diterima oleh Allah dengan syarat mengimani intipati Islam sebagai Ad-Din secara total 100%. Tak boleh kurang sedikit pun walau 0.1%. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Ini bukan soal main-main kerana ianya melibatkan soal Aqidah kita umat Islam. Hidup kita tidak sudah di dunia. Kita akan melalui kehidupan di Alam Kubur dan kemudian akan menjalani hidup kekal abadi di Akhirat. Hanya dua pilihan saja untuk kita di Akhirat kelak. Samada menjalani kehidupan penuh bahagia dan nikmat di Syurga ataupun kehidupan penuh celaka dan sengsara di Neraka.

Layakkah kita untuk mendapat Syurga Allah sedangkan kita mati dalam keadaan 'Aqidah rosak dek kebodohan kita sendiri walhal semasa di dunia kita tak tinggal solat, puasa, zakat, haji, bersedekah sana-sini, membantu orang susah dan sebagainya.

Bodohnya kita kerana menyokong sistem sekular yang sengaja direka oleh musuh untuk menghancurkan Islam. Bila sokong bermakna percaya dengan sistem toghut itu.

Dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159, Almarhum Prof Dr Hamka menafsirkannya sebagai "Barangsiapa ada keyakinan di hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Berbalik soal Syiah tadi, apa perlunya JAIS sibuk. Bukan semua Syiah itu sesat. Patutnya JAIS, seluruh Jabatan Agama Islam negeri bertindak terhadap UMNO dulu. Sebab UMNO itu sendiri pertubuhan ajaran sesat berfahaman Kristian. Dah lebih 52 tahun UMNO menyesatkan majoriti umat Islam tanpa sedar.

Bukan takat menyesatkan orang malahan UMNO juga membunuh orang (Peristiwa Memali), menggunakan ISA untuk manahan musuh politiknya, bersekongkol dengan Yahudi Zionis (APCO).

Kesimpulannya, mengundi UMNO BN pasti masuk Neraka. Terpulanglah samada nak percaya atau tidak tetapi itulah hakikatnya.

Maksud firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger