Sunday, August 29, 2010

Isu Masuk Mesjid : Kemunafiqan UMNO semakin terserlah

Kalaulah UMNO ni seorang manusia, maka bolehlah disebut sebagai jelmaan Abdullah bin Ubay, bapak munafiq di Madinah yang bermuka-muka dalam menjalankan tugasnya untuk memecah-belahkan umat Islam serta menghalang kerja dakwah Rasulullah bagi menegakkan Daulah Islamiyyah pada ketika itu.

Dan segala kerja UMNO selama ini memang serupa dengan apa yang dilakukan oleh bapak munafiq Madinah itu, malahan lebih teruk.

Hadis riwayat Zaid bin Arqam ra., ia berkata:

Kami pernah keluar bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana orang-orang banyak yang tertimpa musibah. Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada para pengikutnya: Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah saw. dari sekitarnya Zuhair berkata: Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Kata Zaid bin Arqam selanjutnya: Lalu aku datang melaporkan kepada Nabi saw. tentang ucapan Abdullah bin Ubay itu. Rasulullah saw. memanggil Abdullah bin Ubay untuk menanyakan hal itu. Tetapi, Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Dia berkata: Zaid berbohong kepada Rasulullah saw. Aku merasa sangat susah mendengar perkataan itu, sampai Allah menurunkan ayat yang menyatakan kebenaranku: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu. Kemudian Nabi saw. memanggil mereka (Abdullah bin Ubay dan para pengikutnya) untuk dimintakan ampun, tetapi mereka membuang muka (menolak dan berpaling), Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandarkan. Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang bertubuh bagus. - Shahih Muslim

Salah satu bukti kemunafiqan UMNO bila mana merampas hak royalti minyak rakyat Terengganu sewaktu PAS memerintah. Dan hari ini hak royalti minyak rakyat Kelantan juga dirampas kerana Kelantan diperintah oleh PAS.

Apa bezanya tindakan UMNO ini dengan arahan Abdullah bin Ubay kepada para pengikutnya "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah S.A.W."

UMNO ingat dengan merampas hak royalti minyak Kelantan akan menyebabkan negeri itu jatuh miskin dan akhirnya rakyat kembali menyokong UMNO. Malang bagi UMNO kerana majoriti rakyat Kelantan mempunyai kesedaran Aqidah Islam yang cukup tinggi dan tidak mudah tergugat dengan permainan keji politik sempit mereka. Tindakan merampas hak royalti minyak itu akan menambahkan lagi kebencian rakyat Kelantan terhadap parti Melayu hapraq yang semakin tenat sekarang.

Dan UMNO sememangnya takut bila mana kesedaran Islam di kalangan rakyat meningkat. Lebih-lebih lagi bila mana dilihat rakyat bukan Islam semakin rapat dengan PAS dari masa ke semasa sehingga Kelab Penyokong PAS telah dinaikkan taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Mei lalu.

UMNO semakin sawan bila dilihatnya semakin ramai pimpinan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat khususnya dari DAP sudah mula faham apa itu Islam dan undang-undangnya. Malah bukan lagi menjadi satu yang pelik kini bila pimpinan DAP sendiri sudah mampu menyebut terjemahan beberapa potong ayat Al-Qur'an dalam ceramah mereka. Ini merupakan senario baru dalam politik tanahair mutakhir ini. Inilah salah satu kejayaan PAS dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bukan macam UMNO. Dah berpuluh tahun mengepalai BN tetapi rakan komponennya MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lainnya terus diberikan gambaran negatif tentang Islam. Dan memang pun golongan munafiq ini lebih kufur daripada golongan kafirun.

Bila saja pimpinan bukan Islam dari PR masuk mesjid dan surau untuk menyampaikan ucapan atau bantuan, maka berkokoklah golongan munafiq UMNO seolah-olah mahu menunjukkan merekalah pembela agama Islam. Malalak dan melolonglah mereka macam orang gila sambil menyebut "Masjid dan surau telah dicemari". Lalu percayalah orang Melayu yang jahil agama seperti mereka.

Umat Islam tidak usah terpedaya dengan politik perkauman sempit yang sedang digendang oleh UMNO sejak kebelakangan ini. Semuanya ini hanyalah helah untuk menyembunyikan segala pekong penyelewengan dan rasuah mereka selama ini yang telah menyebabkan negara ini hampir bankrap.

Yang pasti UMNO memang benci jika semakin ramai umat Islam faham Islam dan cukup takut bila orang bukan Islam semakin mendekati Islam. Sebab itulah UMNO sengaja biarkan gejala murtad dan zina terus berleluasa berlaku dalam negara. Rakyat pula terus-menerus dihidang dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan melalui kaca TV dan secara live. Dan inilah yang UMNO belajar dari gurunya Zionis Yahudi.

Umat Islam perlu sedar bahawa Islam adalah agama fitrah untuk seluruh umat manusia. Dan Islam sendiri membenarkan orang bukan Islam untuk memasuki mesjid.

Pandangan 4 Mazhab berhubung bukan Islam memasuki Mesjid

Pertamanya - Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Keduanya - Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan Masjidil Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiganya - Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.

Keempat - Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid.

Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."

Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah serta menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger