Monday, August 23, 2010

Pemerintah kafir vs pemerintah munafiq

Bila kita bandingkan antara Singapura dan Malaysia hari ini bolehlah disebut sebagai perbandingan antara langit dan bumi. Maksudnya betapa jauhnya Singapura meninggalkan Malaysia dalam segala aspek pentadbiran, pengurusan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Kita semua tahu siapa pemerintah Singapura dan Malaysia hari ini. Singapura diperintah oleh kafir manakala Malaysia diperintah oleh golongan munafiq. Apa maksud munafiqun? Yaitu Islam pada zahirnya namun hakikatnya kafir (menentang Islam). Dan siapa yang lebih jahat antara kedua golongan ini? Untuk menjawabnya, kita rujuk Al-Qur'an. Jelas Allah tegaskan yang golongan munafiq ini akan dihumbankan ke dasar Api Neraka kelak dan kekal di dalamnya.

Kita tak nafikan golongan kafir memang tidak beriman kepada Allah namun banyak bukti menunjukkan golongan pemimpin bukan Islam ini berjaya memerintah negara mereka dengan telus, amanah dan berintegriti.

Jika dilihat secara pandangan lahiriah, Singapura bolehlah dikatakan sebagai salah sebuah negara yang diperintah secara telus dan amanah walaupun republik itu mengamalkan kuku besi. Malaysia lagi teruk. Kuku platinum.

Buktinya hari ini Singapura jauh lebih baik daripada Malaysia di sudut persepsi indeks rasuahnya (CPI). Bagi tahun 2009, Singapura berada di kedudukan No.3 pada ranking dunia sebagai negara yang bersih rasuah manakala Malaysia berada pada ranking ke-46 dunia sebagai negara yang kuat rasuah.

Bagi saya indeks rasuah ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur utama bagi sesebuah negara samada pemerintah mereka baik dan amanah atau sebaliknya. Dan sudah banyak bukti bila mana pemimpin sesebuah negara itu jahat dan rasuah, maka negara yang diperintah pastinya berhadapan dengan kemelut ekonomi yang parah dan akhirnya negara jatuh miskin serta rakyat menderita.

Kita lihat saja dulu apa yang berlaku pada Indonesia sepanjang pemerintahan rejim laknat Suharto. Disebabkan amalan rasuah dan kronisma begitu berleluasa tanpa sekatan, akhirnya Indonesia menjadi sebuah negara sakit, nilai matawang Rupiah jatuh mendadak dan rakyatnya dilanda kemiskinan yang begitu kronik sehingga ke tahap bertindak melakukan rusuhan dengan membakar dan merosakkan premis-premis perniagaan milik para peniaga Cina dari Singapura. Yang keluar meninggalkan negara untuk mencari nafkah di Malaysia dan negara-negara lain pula mencecah angka jutaan orang.

Malangnya hari ini Malaysia pula yang menuruti jejak langkah Indonesia walhal negara jiran itu sekarang sedang mengorak langkah untuk pulih daripada zaman gelapnya bila berlaku pertukaran pucuk pimpinan selepas jatuhnya Suharto dalam keadaan hina.

Bagi saya Malaysia hari ini sudah jauh ketinggalan 10 tahun di belakang Singapura. Ketinggalan di segenap aspek. Dan salah satu daripadanya ialah sistem pendidikan negara.

Sistem Pendidikan Singapura 10 Tahun Tinggalkan Malaysia

Malaysia tidak akan mampu menandingi Singapura jika sistem pendidikan dinegara ini tidak dirombak, serta khazanah sumber kekayaan negara tidak diurus dengan berhemah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengapa ekonomi Malaysia jauh ketinggalan dari Singgapura walhal negara itu mempunyai sumber yang jauh lebih kecil berbanding negara ini.

“Sistem pendidikan republik itu, 10 tahun tinggalkan kita. Sistem singgapura bersifat berfikir. Tidak macam sistem pendidikan negara kita yang berasaskan peperiksaan semata- mata. Ibubapa asyik menekan anak- anak mendapat 13A, 10A, akhirnya jadi apa ? Mereka tidak ada daya berfikir yang tinggi," katanya.

Beliau menegaskan disamping pengurusan kewangan yang efisyen, negara perlu melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dengan keinginan yang tinggi untuk bersaing.

Dr Zulkifli yakin berkata, jika agensi- agensi yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dan peranan masing- masing, Malaysia mampu menandingi republik itu.

“Kalau negara ini diurustadbir dengan baik seperti Suruhanjaya Pencecahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sistem kehakiman dna lain- lain berfungsi secara bebas dan berwibawa, saya yakin kita mampu takluk negara disebelah tambak sana,” kata DR. Dzulkifly.

Beliau menambah, apa yang penting kini bukanlah mendabik dada mengumumkan pertumbuhan ekonomi setiap suku tahun seperti yang dilakukan PM Najib Razak.

Apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat diutamakan.

“Apa gunanya angka pertumbuhan ekonomi dicatat tinggi tapi kalau 40 peratus dari rakyat bependapatan kurang 1500 kebawah ?. Apakah kualiti kehidupan rakyat ? Dari segi kesihatan, perumahan, dari segi perkara asa yang lain seperti bekalan air bersih,” ujarnya lagi.

“Bila lihat pengagihan yang sebenar, berlaku jurang yang terlalu melebar,” tambahnya.

Dr Zulkifli berkata, Singapura bernasib baik kerana ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa meskipun rebublik itu mengamalkan pentadbiran kuku besi.

Namun, lain pula di Malaysia. Meskipun gah diwar- warkan Malaysia adalah negara demokrasi hakikatnya sektor- sektor kritikal masih dikuasai oleh juak- juak tertentu yang tidak ikhlas berkongsi dengan rakyat.

“Ini polisi Pakatan Rakyat. Ini polisi BN. Ini kepimpinan BN. Ini kepimpinan Pakatan Rakyat. Jadi berlaku persaingan polisi. Akhir sekali rakyat yang akan nilai dan buat keputusan. Maka mereka akan lakukan perubahan itu,” akhirinya. - tvselangor

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger