Sunday, August 15, 2010

Gelagat Perkasa umpama anjing menyalak bukit

Presiden Perkasa Ibrahim Ali 'alkataki' hari ni semakin menyerlah kemelayuannya bila mana memberi kata dua kepada PM Najib agar melakukan apa sahaja yang perlu bagi menangani masalah orang Melayu atau berdepan dengan risiko kehilangan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Manakala semalam 14 Ogos Kongres Ekonomi Cina Malaysia menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Nampaknya 'berlawan' betul antara Perkasa dengan Kongres Ekonomi Cina yang dipercayai di belakangnya adalah MCA. Dalam konteks ini saya melihat pemimpin Cina bijak mencuri peluang. Mereka sedar inilah masa yang paling tepat untuk menuntut apa yang dirasakan perlu oleh mereka dalam keadaan Najib / UMNO begitu terdesak mengharapkan undi Cina dalam PRU13.

Jika melihat kepada senario politik tanahair mutakhir ini, adalah tidak mustahil Najib akan akur dengan tuntutan Kongres Ekonomi Cina tersebut bagi meraih kembali sokongan pengundi Cina kepada UMNO Barisan Nasional.

Dan antara desakan serta tuntutan kedua belah pihak, rasanya Najib tidak bimbang dengan 'ugutan' Perkasa sebab majoriti Melayu sendiri tak kenal binatang apakah yang bernama Perkasa tu malah pengaruhnya tak ke mana pun. Sebenarnya Perkasa ini dijadikan platform utama oleh Ibrahim Ali untuk 'memujuk' UMNO supaya mengutipnya kembali samada sebelum atau selepas PRU13.

Percayalah... jika Najib memberi tempat semula kepada Raja Katak itu dalam UMNO dan melantiknya sebagai Menteri, secara automatik MP Pasir Mas itu akan 'diam' dan Perkasa juga turut lenyap.

Semuanya ini permainan politik 'jijik' si Ibrahim Ali setelah menyedari kedudukannya sebagai MP setakat penggal ini saja. Lepas tu jangan diharaplah dia akan menang semula kerusi Pasir Mas dalam PRU13 akan datang. Orang Pasir Mas sudah cukup kenal dan masak dengan politik munafiqnya.

Kita hanya nak bagi nasihatlah pada Ibrahim Ali bahawa segala tuntutan Perkasa itu dipandang lekeh oleh Najib. Tak usah nak buang masa dan wang ke sana ke mari sambil melalak macam orang gila kononnya nak bela Melayu. Nak bela Melayu ke atau nak jaga 'perut' kamu sendiri.

Dah 52 tahun UMNO berkuasa. Selama itulah satu-persatu hak orang Melayu dirampas oleh pemimpin UMNO sendiri. Mana pergi kamu wahai Perkasa sewaktu Mahathir merampas hak biasiswa anak Melayu. Ke mana lesapnya kamu wahai Ibrahim Ali bila Amanah Saham Johor lingkup sehingga ratusan ribu orang Melayu berhutang dan kerugian.

Dan terkini isu penyelewengan wang para peneroka Felda dan peserta Felcra. Kesemua mereka adalah 100% Melayu Bumiputera. Mengapa Ibrahim Ali dan Perkasa diam menikus dalam isu ini. Patutnya kamu mesti menyokong penuh ANAK yang mahu membela nasib peneroka yang ditipu dan ditindas selama ini.

Minta maaf cakaplah... Bagi saya Perkasa tidak ubah seperti 'anjing menyalak bukit'. Memang di peringkat awal salakannya menarik perhatian umum, namun lama-kelamaan umum dah tak ambil peduli sebab telah diketahui yang menyalak itu adalah anjing gila.

Sebenarnya Ibrahim Ali dan beberapa kerat pimpinan pertubuhan itu mahu 'mencari' tempat dalam UMNO. Tak usah sembanglah pasal nak bela Melayu wahai Berahim Ali. Gelagat kamu semakin hari semakin dibenci orang ramai. Malah ada yang mentertawakan kamu di belakang.

Rakyat khususnya masyarakat Melayu tak usah terpedayalah dengan permainan politik murahan manusia gila kuasa si Ibrahim Ali. Si Raja Katak ini hanya memperalatkan Perkasa bagi menonjolkan dirinya yang sudah semakin tenggelam dalam arus perdana politik tanahair.

Jika Ibrahim Ali sanggup mengkhianati orang seperti TG Nik Aziz yang telah memberikan laluan padanya untuk bertanding di Pasir Mas atas tiket bebas dan guna lambang Bulan, maka jangan diharaplah orang sepertinya benar-benar jujur untuk bela Melayu.

Kita tunggu dan lihat saja. Mana satu tuntutan yang akan dipenuhi oleh Najib???

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger