Tuesday, February 2, 2010

3 Negeri 'Black Area' Bagi PAS

Bila merujuk kepada keputusan PRU12, saya dapati 3 negeri masih merupakan kawasan 'Black Area' bagi PAS kerana perbezaan undi dengan UMNO terlampau besar. Yaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ada 3 kategori undi yang PAS perolehi di ketiga-tiga negeri ini.

1- Undi ahli PAS dan Pakatan Rakyat

2- Undi 'swing'.

3- Undi atas pagar.

Di Negeri Sembilan, PAS bertanding di Parlimen Jelebu, Jempol dan Tampin.

P126 Jelebu - Melayu 28,849, Cina 11,102 dan India 2,553. Seramai 28,633 orang yang keluar mengundi.

Daripada jumlah 27,864 undi yang diterima, BN menguasai 70.8% (19,737) manakala PAS sekadar meraih 29.2% (8,127).

Statistik ini jelas membuktikan PAS tidak akan dapat undi dari ahli dan penyokong UMNO ortodoks. Jika tanpa undi Cina dan India, mungkin PAS hanya mampu medapat undi di bawah 5,000 saja.

Di P127 Jempol, daripada 38,268 undi diterima, PAS menguasai 33.9% (12,974) manakala BN meraih 66.1% (25,294).

Parlimen Jempol mempunyai pengundi Melayu seramai 30,964, Cina 15,134 dan India 7,326.

Jika kita lihat fakta ini, jelas menunjukkan PAS akan mendapat undi lebih banyak di kawasan yang ramai pengundi bukan Melayu dalam PRU12 lalu.

Bagaimana pula undi yang PAS terima di negeri yang paling kuat UMNO dalam dunia, Johor.

Di Johor, PAS bertanding di 9 kawasan Parlimen. Pagoh, Parit Sulong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi, Tebrau dan Pulai. Secara keseluruhan, daripada jumlah 299,203 undi yang diterima di 9 Parlimen ini, PAS hanya mampu meraih 28.3% (84,704) undi manakala UMNO menguasai 71.7% (214,499) undi.

Undi paling sedikit diterima oleh PAS adalah di Kota Tinggi. Hanya 3,721 undi berbanding BN sebanyak 22,682. Di kawasan Hamid Albar ini, peratusan pengundi Melayu adalah tinggi, yaitu 84.6% (28,921).

Bagi kawasan Parlimen yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu, khususnya kawasan bandar, PAS telah berjaya mendapat undi > 10,000 seperti di Tebrau (16,202) dan Pulai (17,587).

Peratusan pengundi bukan Melayu di 2 kawasan ini ialah 48 - 50%.

Apakah Erti Semuanya Ini ?

PAS masih gagal dalam misi dakwah dan penerangannya kepada masyarakat Islam di ketiga-tiga negeri ini. Di mana silapnya PAS ? Adakah PAS tak buat kerja ? Apakah PAS masih mengharapkan 'miracle' berlaku lagi dalam PRU13 kelak ? Bolehkah dijamin pengundi Cina dan India masih kekal mengundi Pakatan Rakyat ?

Bilakah agaknya nak tengok PAS mampu menang di kawasan penduduk bermajoriti Melayu di ketiga-tiga Negeri Darul UMNO ni ?

Inilah akibatnya jika politik mendahului Islam. Oleh kerana terlampau asyik berpolitik, akhirnya terpedaya dan terikut rentak permainan musuh yang memang licik melakukan 'misdirection'. Kita boleh lihat pelbagai isu dan masalah yang timbul telah berjaya mengalihkan fokus dan tumpuan PAS daripada melaksanakan visi dan misinya. Dan begitulah juga PKR.

Sayang seribu kali sayang, 'kapal' PAS sudah betul sempurna tapi kapten dan kelasinya hilang fokus kerana ombak besar. Bila Parlimen hampir dibubarkan, barulah kita lihat betapa sibuknya pimpinan dan seluruh jentera PAS menyusun strategi. Bukan susun nak menang, tapi susun nak kalah.

Mungkin agaknya orang PAS belum khatam betul Surah As-Saff.

"Marilah Bersama Perjuangan Menegakkan Daulah Islamiyah"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger