Thursday, February 25, 2010

Mentaliti RM50 umat Melayu dan Bumiputera....

Masalah negara tak akan selesai selagi mana sikap majoriti masyarakat Melayu dan Bumiputera berada pada takuk lama. Takuk lama inilah yang membolehkan UMNO/BN terus memerintah sehingga hari ini. 52 tahun satu tempoh yang begitu lama bagi sebuah parti yang memerintah. Sedangkan kebanyakan negara maju lain di dunia sentiasa mengalami perubahan parti yang memerintah. Tidak didominasi hanya satu parti saja.

Di Britain terdapat 2 parti utama yang saling bersaing yaitu Konservatif dan Buruh. Sejak tahun 1937 sehinggalah ke saat ini, hanya 2 parti ini saja yang sering bergilir dipilih oleh rakyat sebagai pemerintah. Cuba kita tengok 4 Perdana Menteri Britain yang terakhir setakat ini.

1- Margaret Thatcher - 4 May 1979 hingga 28 Nov 1990 (Parti Konservatif)

2- John Major - 28 Nov 1990 hingga 2 May 1997 (Parti Konservatif)

3- Tony Blair - 2 May 1997 hingga 27 Jun 2007 (Parti Buruh)

4- Gordon Brown - 27 Jun 2007 hingga ke hari ini (Parti Buruh)

Fakta ini menunjukkan rakyat Britain bebas untuk memilih parti mana yang mereka mahu sebagai pemerintah. Sejak zaman Thatcher sehinggalah John Major, kita lihat parti konservatif berjaya memerintah selama 18 tahun. Sewaktu John Major memerintah, salah satu isu yang menyebabkan rakyat Britain marah dan tidak berpuashati dengan pentadbiran Major ekoran penglibatan Britain sebagai rakan sekutu Amerika menyerang Iraq.

Akibatnya dalam pilihanraya May 1997, rakyat menunjukkan protes mereka dengan memilih Parti Buruh sebagai kerajaan baru dan Tony Blair sebagai Perdana Menteri.

Ini sebagai satu contoh bahawa rakyat Britain tahu hak mereka. Mereka gunakan kuasa yang ada untuk menentukan hala tuju negara mereka. Kerajaan yang dipilih mesti memenuhi aspirasi dan kehendak mereka. Bukannya boleh berbuat sesuka hati saja bila dah jadi pemerintah. Jika kerajaan Parti Buruh gagal melaksanakan apa yang dimahukan oleh rakyat Britain, maka kita akan lihat nanti, Parti Konservatif yang dipilih semula sebagai kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat Britain bukan setakat mahu agar segala janji dalam manifesto dilaksanakan malah mereka juga menilai bagaimana sikap dan dasar luar kerajaan yang dipilih.

Bagaimana dengan rakyat Malaysia ?

Jika nak buat perbandingan antara kaum di Malaysia, bolehlah disebut bangsa Melayu yang paling rendah kefahaman politik mereka. Hatta jika nak dibandingkan dengan bangsa Kadazan Dusun Sabah, bangsa Melayu masih tertinggal di sudut politik. Sebenarnya kemasukan UMNO di Sabah merupakan satu malapetaka besar bagi rakyat Sabah. Tapi apakan daya, kesilapan Almarhum Tun Dato' Mustapha yang terpedaya dengan pujuk-rayu Almarhum Tun Ghafar Baba, akhirnya USNO bertukar menjadi UMNO. Di penghujung hayatnya, Tun Dato' Mustapha mula sedar UMNO tidak ikhlas dalam nak memperjuangkan hak rakyat Sabah. Apa yang Kuala Lumpur nak adalah semata-mata untuk kepentingan kuasa mereka di Sabah bagi memastikan kesinambungan kuasa UMNO/BN di seluruh negara.

Apakan daya nasi dah jadi bubur. Cempedak dah jadi nangka. Hari ini UMNO memperalatkan rakyat Sabah demi kepentingan kuasa mereka. Dah lebih 15 tahun UMNO 'menetap' di Sabah namun nasib dan tahap kemiskinan hidup rakyat Sabah masih tidak berubah malah semakin buruk. Dan percayalah UMNO akan terus membiarkan peribumi Bumiputera Sabah dan bangsa Melayu di negara ini hidup dalam keadaan miskin dan susah sebab inilah saja cara nak 'mengikat' mereka agar terus memberi sokongan pada UMNO/BN dalam pilihanraya.

Seperti biasa UMNO/BN akan menakutkan rakyat dengan pelbagai ugutan jika menyokong pembangkang. Tak dapat pinjaman PTPTN, buku teks, baja, anak tak dapat tempat di universiti dan macam-macam jenis ugutan mengarut bagi menimbulkan kegelisahan rakyat jika menyokong pembangkang. Sudah tentulah ugutan sebegini laku bagi golongan rakyat yang hidup miskin dan susah. Namun lebih meloyakan bila masih ramai penjawat awam dari peringkat kumpulan sokongan hinggalah ke peringkat kumpulan pengurusan dan profesional pun boleh jadi 'bacul' dengan ugutan lapuk ini. Takut kena pindahlah, pangkat tak naiklah dan entah apa jadah lagi.

Inilah mentaliti kaum Bumiputera dan Melayu. Tak tahulah bila agaknya kita dapat lihat generasi Bumiputera dan Melayu yang benar-benar merdeka jiwa dan raga mereka.

Lihat sajalah apa yang berlaku dalam negara. Dah 52 tahun UMNO memerintah dan sepanjang tempoh ini pelbagai macam penyelwengan dan rasuah dilakukan oleh mereka sehingga negara ini dah jadi miskin, hilang daya saing. Lebih memalukan bila sudah terlalu jauh ketinggalan dengan negara-negara yang sebaya seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Sedarkah kita bahawa Malaysia diiktiraf oleh IMF dan Bank Dunia sebagai salah sebuah negara yang terkaya di dunia dengan segala hasil-mahsul bumi namun hari ini telah menjadi sebuah negara sakit dan hilang daya ketahanan diri macam orang kena AIDS.

Apakah puncanya ?

Rasuah dan penyelewengan. Jika rakyat negara ini masih berdegil tak mahu membuat perubahan dalam PRU13 nanti, percayalah kita semua akan menghadapi kehidupan yang amat sukar. Jika UMNO/BN masih diberi mandat sebagai kerajaan kelak, ekonomi negara kita akan musnah sama-sekali. Segala kekayaan negara akan terus dirompak mereka. Hutang negara semakin membukit dan akhirnya rakyat dipaksa menanggung segala hutang tersebut dengan cara menaikkan lagi harga minyak sehingga $3.50 seliter. Akibatnya harga barang keperluan harian melambung tinggi sedangkan pendapatan rakyat tidak berubah. Kuasa membeli rakyat semakin menurun dan akhirnya kadar inflasi meningkat. Penghujungnya rakyat Malaysia akan menghadapi suasana sukar sebagaimana yang pernah dialami oleh rakyat Indonesia di zaman rejim Suharto.

Beringatlah sebelum kena !

Pepatah ada menyebut "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya."

Sebelum negara ini terus dimusnahkan oleh para penyamun dan perompak UMNO/BN, rakyat wajib buat perubahan dalam PRU13 sementara masih ada peluang untuk memulihkan negara ini.

Janganlah kita menjadi rakyat yang bebal sehingga begitu mudah diperbodohkan oleh para pemimpin UMNO/BN dengan janji-janji pembangunan. Betapa bodohnya kita jika boleh termakan dengan janji pembangunan ini. Memang sudah menjadi kewajiban mana-mana kerajaan yang wujud di dunia ini membuat pembangunan untuk negara dan rakyat mereka. Pergilah ke mana negara pun, agenda pembangunan bukan menjadi bahan kempen mereka dalam pilihanraya. Hanya pemimpin UMNO/BN saja gunakannya sebagai bahan kempen sebab mereka sedar majoriti rakyat negara ini masih bodoh berpolitik.

Sampai bilakah kita mahu diperbodohkan sedemikian rupa ? Di mana maruah dan harga diri kita sehingga boleh dibayar dengan nilai RM50 untuk satu undi dalam pilihanraya ?

Kalaulah spesis macam pemimpin UMNO ni jadi pemimpin politik di negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan, dah lama rakyat ludah dan terajang mereka keluar sebab rakyat tahu ini jenis pemimpin bodoh.

Terfikir juga di benak hati ni. Patutlah pemimpin bodoh dan rakus seperti dalam UMNO ni boleh terus memerintah sebab yang menyokong mereka juga terdiri dari kalangan orang yang bodoh. Betul juga kata P.Ramlee dalam filem 3 Abdul "Dah kena dah. Penyangak jual si penyamun. Apa salahnya..."

Kita kena sedar dan ingat negara ini akan diwarisi oleh anak cucu kita semua. Sanggupkah kita mewariskan sebuah negara yang dah 'rosak' untuk mereka akibat kejahilan diri kita sendiri ?

Ingatlah... kita sebenarnya 'raja' dalam negara ini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger