Monday, February 22, 2010

Rakyat Jahil Negara Hancur

Segala masalah yang melanda negara hari ini adalah berpunca daripada kejahilan umat Islam sendiri. Sebab apa saya katakan begitu ? Mudah saja nak menjawabnya bagi orang yang celik mata hatinya. Kalau benar seluruh umat Islam dalam negara benar-benar ikut Islam 100%, dah lama kita dapat tegakkan Daulah Islamiyyah (negara Islam yang sebenar). Al-Qur'an sebagai perlembagaan negara.

Yang hairannya dalam bab solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, faraid... boleh pulak kita ikut Islam. Tapi kenapa dalam soal pilih pemimpin dan negara kita tak nak ikut Islam ?

Memanglah tak dinafikan kebanyakan dari kita lahir dan dibesarkan dalam sebuah institusi keluarga yang berfahaman sekular. Mana tak sekularnya. Ibu-bapa kita hidup zaman penjajah, kemudian bila dah merdeka, pemimpin UMNO yang sesat dan berfahaman sekular pulak yang menyambung tugas 'bapak mereka' si penjajah Kristian British. Memang pihak British bersetuju berikan kemerdekaan Tanah Melayu sebab sedar dan yakin sistem sekular mereka akan diteruskan oleh UMNO dalam menerajui negara ini. Dan memang pun itu syarat yang dimahukan oleh Inggeris.

Dan majoriti kita mendapat pendidikan daripada sekolah sekular sejak zaman tadika hinggalah ke peringkat universiti. Bahasa mudahnya kita semua keluar dari 'kilang sekular'. Bukanlah satu perkara gampang untuk berhijrah daripada kegelapan kekufuran (toghut sekular) kepada cahaya kebenaran (Islam) kecuali yang menndapat hidayah dan petunjuk Ilahi saja.

Saya tidak nafikan kebanyakan posting saya menyentuh persoalan ini kerana saya sendiri lahir dari 'kilang sekular'. Sejujurnya sebelum saya menyertai PAS, saya sendiri mencari-cari apakah erti sebenarnya sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah, akhirnya saya menemui jawapannya bila menyertai PAS. Melaui usrah, kuliah dan tazkirah dalam PAS, barulah saya sedar selama ini Islam saya hanyalah pada kulit. Kalaulah saya mati sebelum sempat mengenali erti Islam sebenarnya, pendek kata confirmlah saya jadi ahli Neraka. Apa tidaknya. Sebelum saya mengenali PAS, saya juga berfahaman mana ada politik dalam Islam. Na'uzubillah...

Lantaran itu, saya menyerulah kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO, tolonglah tinggalkan UMNO segera sebelum mati. UMNO memang parti sesat dan munafiq (kafir). Saya katakan sedemikian bukan atas kapasiti saya sebagai ahli PAS tetapi atas hujah Al-Qur'an dan Hadis.

Apa lagi yang tidak jelas tentang kesesatan dan kemunafiqan (kekafiran) UMNO ini ?

Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memerintah dan mengajar kita untuk berjuang atas dasar bangsa. Apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh UMNO hanyalah berdasarkan fahaman sesat ciptaan manusia. Kalau dah Almarhum Tunku sendiri mengakui UMNO sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular, apa bodohnya kita yang Islam ni nak sokong lagi UMNO. Memang kita sengaja menempah tiket ke Neraka.

Dah 52 tahun UMNO memerintah negara ? Bagaimana nasib orang Melayu hari ini ? Berubah atau tidak ? Siapa yang kaya dengan DEB ? Yang kaya hanyalah pemimpin atasan UMNO, keluarga dan kroni mereka. Sebab itulah puak-puak atasan UMNO dan kroninya begitu mempertahankan DEB kerana menguntungkan mereka. Yang paling mengecewakan ialah sikap majoriti orang Melayu yang terus diperalat dan diperbodohkan oleh pimpinan UMNO. Saya sendiri pelik kenapalah bebal sangat bangsa Melayu ni. Sehingga hak sendiri dah dirampas dan dikhianati oleh pimpinan UMNO tapi masih dok bangang macam tulah... Dalam bab Islam, tak payah sebutlah pasal UMNO sendiri adalah musuh No.1 Islam.

Kalaulah Saiyidina Umat Al-Khattab hidup di zaman ini dan tinggal di Malaysia, saya rasa dah ramai pimpinan UMNO yang mati dipancung dengan pedangnya. Jika dalam perang menentang kuffar, golongan munafiq perlu dibunuh terlebih dahulu sebelum kafir harbi. Sebab golongan munafiq inilah menjadi duri dalam daging kepada Islam itu sendiri.

Salah satu bukti menunjukkan betapa munafiqnya pemimpin UMNO bila mereka sendiri memberikan gambaran buruk dan salah tentang Hukum Hudud kepada ahli MCA agar membenci PAS yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut. Kemunafiqan UMNO ini terdedah apabila rombongan Wanita MCA Pusat melakukan lawatan kerja ke Terengganu sewaktu PAS memerintah dari tahun 1998 - 2004 lalu. Dalam satu majlis taklimat ringkas, TG Haji Hadi sendiri selaku Menteri Besar telah menjelaskan segala-galanya kepada rombongan tersebut berhubung Negara Islam dan Perlaksanaan Hukum Hudud. Dalam sesi soal-jawab, Wanita MCA telah bertanya banyak soalan berhubung Hukum Hudud. Akhirnya wanita MCA berpuashati dengan penjelasan Hj Hadi dan mengakui tiada masalah bagi mereka jika Hudud dilaksanakan dalam negara. Mereka juga mendedahkan selama ini UMNO telah menipu MCA tentang Hudud.

Bagaimana PKR dan DAP ?

Sebagai Muslim, kita adalah umat terbaik. Bukankah Allah dah beritahu kita dalam Al-Qur'an jika berlaku perselisihan di kalangan kita, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya (rujuk kepada Al-Qur'an dan Sunnah). Sebagai Muslim, kita diwajibkan menjadi penolong agama Allah (Islam) dan tiada alasan yang boleh kita berikan kelak di hadapan Allah bila ditanya mengapa tidak mendokong perjuangan Islam.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, mungkin pertanyaan bermain di fikiran pembaca "Yang mana satukah aku nak join ? PAS atau PKR ?" Berbalik kepada persoalan awal tadi. Sebagai Muslim, kita dah diberikan guideline oleh Allah dan Rasul-Nya berhubung persoalan ini. Kalau saya diberi pilihan antara PAS dan PKR, sudah tentu saya akan menyertai PAS walaupun PKR rakan dalam PR.

Sebab apa saya pilih PAS ?

Sebab PAS adalah parti Islam. Dan perlembagaannya ialah Al-Qur'an dan Hadis. Matlamat PAS adalah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Jelas dan sempurna.

Bagaimana pula dengan PKR ?

PKR adalah sebuah parti pelbagai bangsa dan agama. Perjuangannya menegakkan keadilan, menentang rasuah dan membela rakyat. Dan apa yang diperjuangkan ini juga sebahagian daripada ajaran Islam. Cumanya tidak menyeluruh. Jadi faham-faham sendirilah. Bahasa mudahnya, PKR lebih kurang macam UMNO jugalah di sudut dasar partinya. Pemimpinnya juga terdiri dari pelbagai fahaman. Ada sekular, sosialis, pragmatis dan entah apa jadah lagi. PKR berbeza dengan UMNO di sudut perlaksanaan dan perjuangannya saja yang mana PKR lebih amanah dan telus. Malah ada di kalangan pimpinan PKR yang berjiwa Islam dan menyokong Daulah Islamiyyah. Cuma tak ramai.

Kalau nak lebih selamat di Akhirat, lebih baik masuk PAS sebab PAS meneruskan tugas dan perjuangan Rasulullah S.A.W. Lagipun iman kita ni bukanlah sekuat mana pun. Biarlah PKR disertai oleh majoriti bukan Islam. Bagi kita yang Islam ni, dah ada pilihan terbaik. Tak usah nak pening-pening kepala.

Bagaimana pula dalam Pilihanraya ?

Saya tidak nafikan ada di kalangan kita umat Islam yang keliru bila menjelang hari mengundi. Ada yang pernah bertanya "Bolehkah kita mengundi DAP?"

Dalam konteks ini perlu difahami bahawa matlamat utama kita sekarang adalah untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang zalim dan rasuah. Sebab kita tahu jika terus membiarkan UMNO/BN memerintah, maka negara ini akan musnah. Dalam Islam, wajib hukumnya kita menyelamatkan negara ini daripada terus hancur. Oleh yang demikian, maka wajiblah kita mengundi semua calon Pakatan Rakyat di tempat kita.

Bersama Kita Selamatkan Negara

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger