Sunday, February 7, 2010

Keadilan Inikah Yang Kita Mahukan ?

Dah 52 tahun merdeka. Patutnya negara kita dah jauh medahului Korea dan Taiwan. Namun apa yang diharapkan tidak berlaku. Lebih hodoh dan memalukan. Penduduk sekitar 27 juta orang. Hasil-mahsul negara terlampau banyak. Semuanya ada. Tapi kehidupan rakyat bukan makin sejahtera malah terus ditekan dan dihimpit dengan pelbagai jenis kenaikan dan caj itu dan ini. Di sudut kebebasan dan keselamatan, rakyat terus diugut dan ditakut-takutkan dengan pelbagai jenia akta itu dan ini.

Sistem keadilan memang sudah tidak wujud lagi dalam negara ini. Keadilan hanya untuk sang penguasa zalim dan para pendokongnya saja. PDRM yang kononnya bertugas menjaga keamanan dan keselamatan rakyat sudah berubah menjadi 'budak suruhan' sang pemerintah untuk menangkap, mendakwa dan memenjarakan rakyat yang menyuarakan penentangan terhadap pemerintah yang terbukti zalim dan rasuah. Pelbagai jenis dakwaan palsu sengaja direka-reka bagi menghalalkan tindakan mereka.

Pelbagai jenis jenayah termasuk bunuh yang melibatkan pihak atasan, kroni dan keluarga mereka disenyapkan begitu saja. Penguam Negara dan KPN akan melakukan apa saja demi 'menyelamatkan' kedudukan kuasa sang penguasa. Sentiasa taat, patuh dan tunduk dengan segala arahan diberi. Yang penting akaun bank dah penuh dengan 'duit haram' tanpa digugat oleh sesiapa.

Dan negara semakin bertambah malang bila masih ramai rakyatnya yang berbangsa Melayu dan Islam mempunyai fikiran kelas ketiga. Sudah jelas didepan mata segala macam bentuk jenayah kolar putih yang dilakukan oleh pemerintah, namun untuk mereka membuat perubahan tidak sama-sekali. Inilah akibatnya jika Islam mereka hanya pada solat, puasa, zakat dan haji saja.

Fakta kes penahanan Raja Petra Kamaruddin ekoran Akuan Sumpah yang dibuatnya :

1- RPK mendapat maklumat dari seorang Pegawai Tinggi tentera berhubung kes pembunuhan Altantuya. Pegawai ini adalah orang No.2 dalam Kor Risik ATM.

2- Maklumat tersebut menyatakan Rosmah Mansor dan 2 orang pegawai berpangkat Lt Kolonel (suami-isteri) berada di tempat kejadian pada malam itu (tempat di mana Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan). 2 pegawai ini memang bekerja untuk Rosmah dan merupakan pakar mengendalikan bahan letupan C-4.

3- Setelah maklumat ini diberikan, Pegawai Tinggi Risik ini menasihatkan RPK agar jangan mendedahkannya kepada umum supaya penyiasatan dapat dijalankan.

4- RPK akur dengan nasihat itu, lalu membuat Surat Akuan Sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas menandatangani Surat Akuan Sumpah tersebut, RPK meminta peguamnya menghantar satu salinan Akuan Sumpah itu kepada Pejabat Pendakwaraya.

5- Peguam RPK telah menulis satu surat rasmi kepada Pendakwaraya bersama dengan salinan Surat Sumpah itu dan menghantarnya kepada mereka.

6- Semua prosedur yang dibuat oleh RPK adalah mengikut undang-undang dan sah.

7- Selepas salinan Surat Sumpah dihantar ke Pendakwaraya, tiba-tiba sebuah laman Web UMNO telah menyiarkan salinan Surat Sumpah tersebut sedangkan RPK tidak pernah membocorkannya.

8- Persoalannya, siapakah yang memberikan salinan Surat Sumpah itu kepada pengendali website UMNO tersebut ? Dan kenapa mereka menyiarkannya ?

Perancangan jahat Peguam Negara dan Polis untuk mendakwa RPK.

1- Bila salinan Surat Sumpah itu disiarkan oleh laman web UMNO, maka Polis akan tuduh RPK telah menyalahi undang-undang kerana menyiarkan Surat Sumpah tersebut.

2- Sebenarnya RPK tidak membocorkannya. Yang membocorkannya adalah pengendali laman web UMNO. Persoalannya mengapa pihak Polis tidak menahan admin website tersebut dan bertanya dari manakah mereka dapat salinan surat sumpah itu dan siapa yang memberikannya.

3- Hari berikutnya, Peguam Negara pula berkata Polis akan menyiasat dan akan mendakwa RPK kerana membuat surat sumpah palsu.

4- Bagaimana Peguam Negara atau Polis boleh tahu bahawa Surat Sumpah itu palsu sedangkan baru saja 2 hari surat sumpah itu disiarkan oleh website UMNO ?

5- Sebenarnya tiada sebarang siasatan pun dibuat oleh Polis terhadap kesahihan surat sumpah itu.

6- Hakikatnya, memang pihak Polis menolak untuk menyiasat akan kebenaran Surat Sumpah itu. Tumpuan mereka hanyalah untuk memmbuat dakwaan palsu terhadap RPK yang dikatakan telah menyiarkan surat tersebut.

7- Akhirnya RPK didakwa atas kesalahan menyiarkan Surat Sumpah tersebut. Bukan kesalahan membuat Surat Sumpah.

Inilah bukti betapa hancurnya sistem keadilan negara kita pada hari ini.

Peguam Negara dan Polis bukannya menyiasat bukti yang dikemukakan dalam Surat Sumpah itu yang menyebut Rosmah dan 2 pegawai tentera berpangkat Kolonel terlibat dalam pembunuhan kejam Altantuya, sebaliknya membuat dakwaan palsu pula terhadap RPK atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Mari kita sama-sama berdoa' semuga Allah terus melaknat golongan manusia durjana yang sudah terlampau melampaui batas.

RPK's Statutory Declaration here.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger