Thursday, February 4, 2010

Bunuh, Fitnah dan Kezaliman.....

Tidak cukup lagikah untuk menyedarkan kita selaku rakyat negara ini. Segala jenis macam kerosakan telah berlaku dan terbentang di depan mata sehingga negara ini dah jadi hapraq pada pandangan masyarakat dunia.

Bunuh, rompak, fitnah, rasuah, penyelewengan, murtad, kerosakan akhlak di kalangan remaja Islam, pelacuran, sumbang mahram, buang bayi dan macam-macam lagi kejadian yang memalukan hingga kita sendiri tak gamak nak mendengarnya lagi.

Negara Islam jenis apakah yang dibawa oleh UMNO ?

Tidak cukup lagikah untuk menginsafkan kita bila ;

1-Assyahid Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 pengikutnya dibunuh oleh Polis dalam Peristiwa Memali pada tahun 1985. Pengikut yang masih hidup disumbat ke dalam ISA.

Mengapa mereka dibunuh ?

Sebab Ustaz Ibrahim mendidik anak muridnya dengan Aqidah Islam yang murni agar berjaya menjadi pejuang Islam yang tulen. UMNO takut dengan pengaruh kebangkitan Islam yang dipelopori oleh Assyahid. Lalu Polis digunakan untuk 'membunuh' mereka.

2-Timbalan Presiden UMNO dan TPM Anwar Ibrahim difitnah dengan tuduhan liwat pada 1998. Beliau dipecat dari jawatannya, dibelasah oleh KPN Rahim Noor di dalam lokap Bukit Aman dengan niat bunuh. Disumbat dalam penjara Sg Buloh tanpa dibenarkan ikat jamin sedangkan perbicaraan masih berjalan dan belum dibuktikan bersalah. Akhirnya terbukti Anwar difitnah.

Kenapa Anwar diperlakukan begitu ?

Sebab dia menentang rasuah, kronisme dan penyelewengan Mahathir dan kroninya.

3- Altantuya Shaaribu, ibu muda dari Mongolia yang dibunuh dan kemudian mayatnya diletupkan dengan C4 sehingga hancur berkecai ?
Sang pengarah dan pembunuh sebenar lepas bebas. Yang jadi mangsa 'kambing hitam' adalah Chif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul Azhar.

Kenapa ibu kepada 2 anak ini dibunuh ?

Sebab dia ada hubungan sulit dengan Najib. Malah Razak Baginda sendiri bagitau PI Balasubramaniam yang Najib pernah melakukan hubungan seks luar tabii dengan Altantuya.

4- Teoh Beng Hock, SU Politik kepada Exco Selangor ditemui mati di bumbung Tingkat 5 Bangunan SPRM Selangor di Shah Alam. Akhirnya terdedah juga, Teoh mati dibunuh, bukannya bunuh diri. Pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip menemui bukti kukuh memang Teoh dibunuh selepas dilakukan post-mortem kali kedua ke atas mayat Teoh.

Kenapa SU Politik ini dibunuh ?

Kerana menjadi mangsa konpirasi politik keji UMNO yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Seorang pegawai SPRM memberitahu Mahkamah Koroner dalam prosiding Inkues Teoh, bahawa arahan penahanan dan soal-siasat terhadap Teoh datang dari Putrajaya. Sapa pengarahnya ?

5- Buat kali keduanya Anwar Ibrahim sekali lagi difitnah dengan tuduhan liwat seperti kes 1998. Kali ini seorang pelajar yang telah dibuang dari universiti digunakan oleh sang penguasa UMNO untuk memfitnah Anwar.

LIMA orang Doktor Pakar telah memeriksa lubang pungkok si pelajar bodoh Saiful Bahri Azlan ni. Kelima-lima doktor mengesahkan tiada sebarang kesan atau bukti Saiful diliwat. Bermakna lubang pungkok pelajar bodoh ni masih dara. Hanya 'shit' saja yang lalu-lalang kat situ.

Dah terbukti Anwar tidak bersalah dan difitnah, namun mahkamah masih tak bebaskan Anwar dan perbicaraan sudah bermula sejak semalam (Rabu).

Kenapa Anwar difitnah lagi ?

Sebab anak Dato' Ibrahim ini seorang pejuang rakyat. Satu-persatu kes rasuah dan penyelewengan Najib dan para pemimpin UBN didedahkannya dengan bukti. Najib cukup takut jika Pakatan Rakyat memerintah dan Anwar jadi PM.

Tiada jalan lain untuk Najib dan UMNO terus bermaharajalela melainkan membunuh segera karier politik Anwar.

Apa Tugas Kita Sebagai Rakyat Yang Bermaruah ?

Pastikan diri kita memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Reformasi !!!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger