Thursday, February 4, 2010

Kes Liwat 2 : Siapa Saiful Sebenarnya ?

Siapa sebenarnya pecacai Najib dan Rosmah ni ? Kenapa dia sanggup memilih jalan terhina demi nak mencari harta dunia yang sedikit ? Apakah 'budak bodoh' ni buta mata hatinya sehingga tak mampu melihat bala' yang menimpa Azizan Abu Bakar, Mokhtar Abdullah, Rahim Noor dan para konspirator 98 dulu. Mungkin agaknya budak tidak bermaruah ini 'tertarik' dengan kemewahan yang dimiliki oleh Umi Hafilda. Justeru dia dapat apa yang dia mahu hasil 'fitnah' yang dibuat terhadap DSAI. Walau telah dibuang dari UNITEN dan tiada sumber pendapatan tetap tetapi mampu membayar sewa Unit 1151, Kondominium Desa Damansara antara RM7,500 dan RM15,000 sebulan. Dari mana Saiful dapat duit ? Mungkin pembaca boleh jawab....

Cuba kita lihat fakta kronologi berikut ;

1- Beberapa hari sebelum 26 Jun 2008 - Pertemuan sulit Saiful dengan PM Najib (waktu itu Najib masih TPM) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik, Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui dan menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful gagal di universiti (tidak habis belajar) dan meminta bantuan TPM untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik (ketakutan).

2- Pada hari Rabu, 25 Jun 2008 - Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (pada waktu itu sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

3- Tengahari Khamis, 26 Jun 2008 - Saiful mendakwa dia telah diliwat secara paksa oleh Anwar buat kali yang terakhir di sebuah kondominium mewah di Desa Damansara. Saiful juga mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar sebanyak 8 - 9 kali sepanjang 2 bulan sebelumnya.

4- Pagi Jumaat, 27 Jun 2008 - Saiful pergi ke pejabat Anwar seperti biasa. Takde pulak dia mengadu yang lubang pungkoknya sengal atau sakit kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal. Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak-selesaan.

5- Pada tengahari Sabtu, 28 Jun 2008 - Kira-kira jam 2 petang, Saiful pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan seolah-olah terasa ada bahan 'plastik' yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan dubur serta rektum hujung usus adalah normal (masih dara). Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP. Dr Osman menasihatinya supaya membuat pemeriksaan di hospital kerajaan.

6- Pada hari yang sama, Saiful pergi ke HKL. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Tak tahulah siapa yang ditemui atau dihubunginya untuk berbincang dalam tempoh 150 minit itu. Di HKL, dia telah diperiksa oleh TIGA orang doktor pakar. Kenapa sampai 3 orang doktor pakar yang memeriksanya. Dan ini satu perkara luar biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut : “tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” Sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

7- Saiful buat laporan Polis bertarikh 28 Jun 2008 di HKL yang dia telah diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008.

Kesimpulan :

Begitu jelas pembohongan Saiful berdasarkan fakta berikut ;

1- Mengapa dia pergi HKL buat pemeriksaan dan buat laporan polis lewat 2 hari selepas kejadian liwat terakhir pada 26 Jun 2008 ?

2- Tiada sebarang laporan polis dibuatnya sepanjang tempoh 2 bulan yang dia dakwa lubang pungkoknya dibalun oleh 'cotar tua' Anwar sebanyak 8 ke 9 kali ? Malah sepanjang tempoh itu, dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

3- Seperkara lagi yang menimbulkan pertanyaan ??? Bagaimana seorang tua berusia 62 tahun seperti Anwar yang tulang belakangnya pun dah tak kuat (hasil pukulan Rahim Noor) boleh memaksa secara kasar si Saiful yang muda lagi tegap untuk melakukan hubungan seks luar tabii. Bukan setakat tulang belakang dah retak, malah 'cotar' Anwar pun dah tak power. Lembik. Ingat senang-senang ke nak balun lubang pungkok orang ?

Hanya orang gila dan kurang siuman saja boleh percaya dengan cerita budak bodoh ni. Memang bodoh pun. Sebab tu kena tendang keluar dari UTEN.

Jika Kes Liwat II ini dibicarakan di Mahkamah Luar, awal-awal lagi DSAI dibebaskan manakala Saiful masuk penjara kerana membuat fitnah dan tuduhan palsu.

Namun perbicaraan masih diteruskan sebab inilah 'skrip' yang dimahukan oleh Maharaja Jib dan Maharani Mah serta sekutu-sekutu iblis mereka yang dilaknati Allah.

Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Marilah kita semua berdoa semuga Allah menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada fitnah ini.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger