Tuesday, February 16, 2010

Uuuyoh... Kayanya Mukhzani dan Nazir !

Punyalah kaya anak Mahathir dan adik Najib ni... Mana dia orang ni dapat duit berbilion-bilion ringgit ? Pemimpin UMNO Cawangan, Bahagian dan ahli UMNO dapat apa ? Takat tengok jelah pemimpin atasan kamu hidup mewah dengan wang ratusan juta dan berbilion ringgit. Kalau takat jadi pemimpin UMNO Cawangan dan Bahagian, lepas tu pakai kereta cabok Proton Saga atau Waja, kemudian hutang pulak tu, lebih baik tak payahlah. Yang ahli UMNO bawahan lagilah teruk. Hidup pun lebih kurang je macam orang lain. Kadang-kadang tu lebih papa kedana dari orang PAS pun ada tapi dia punya patuh dan taat pada UMNO macam nak rak...! Dia anggap DOSA BESAR kalau tak sokong UMNO. Betul macam pengikut Namrud dan Fir'aun.

Kalau akulah jadi pemimpin UMNO Cawangan atau Bahagian, paling tidak aku akan pakai kereta RM200,000 ke atas. Aku akan godak habis-habisan pemimpin atasan yang dah terlampau kaya tu untuk dapat projek. Kalau mereka tak bagi aku projek, aku akan kempen habis-habisan dengan orang kampung agar jangan lagi sokong BN dalam pilihanraya sebab mereka je senang-senang boleh kaya, habis kita yang kat bawah ni nak jadi ape. Apa dia orang ingat Malaysia ni bapak dia punya...Dahlah biasiswa anak kita dirampas, lepas tu kita dibiar hidup susah. Mana boleh jadi beb...

Tapi nak buat macamana ? Itulah mentaliti dan sikap orang UMNO. Dulu, kini dan selamanya terus diperbodohkan semahunya oleh pemimpin mereka. Tak habis-habis bercakap pasal Melayu...Melayu...Melayu. Bukan dia tak tahu, dah 52 tahun UMNO perintah... Apa dah jadi dengan bangsa Melayu ?

Tidak dinafikan UMNO sangat berjaya dalam melahirkan generasi ;

- Melayu sebagai penagih dadah teramai.

- muda Melayu yang semakin rosak akhlak.

- Melayu yang buta jawi dan Al-Qur'an.

- 250,000 anak orang Islam murtad.

- muda Melayu menjadi artis.

- Melayu yang kuat rasuah.

- Melayu yang terlibat dengan Black Metal.

Tak tahulah aku di mana letaknya kepala otak orang Melayu yang sokong UMNO ni ? Dahlah hidup di dunia tak sesenang mana pun.... Esok kat Padang Mahsyar dah tentu masuk Jahannam kalau tak sempat bertaubat.

Dah macam tu punya jelas Rasulullah pesan agar jangan sekali-kali berjuang atas dasar Assobiyah (bangsa) tapi puak-puak ahli dan penyokong UMNO ni degil tak tentu hala. Mereka lebih percaya cakap pemimpin UMNO yang sesat daripada cakap Nabi sendiri.

Ulama' muktabar dah bagitau bahawa jalan mudah menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik.

Dah terang-terang pemimpin UMNO tak mahu laksanakan Undang-Undang Al-Qur'an tapi puak-puak bebal ni masih juga percaya dengan sistem pemerintahan sekular Kristian yang menjadi pegangan UMNO selama ni yang merosakkan Aqidah mereka.

Kalau ada pemimpin atau ahli UMNO yang mati kat kampung, jangan disembahyangkan jenazah mereka. Biar saja puak-puak yang sewaktu dengan mereka saja yang solat.

Salam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger