Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Nik Aziz minta Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

Thursday, December 15, 2011

Petanda UMNO sesat, menyesatkan Melayu

Banyak posting sebelum ini penulis tegaskan UMNO memang sesat lagi menyesatkan. Sesat yang penulis maksudkan bukan sekadar sesat di sudut perjuangannya, malahan sesat di sudut 'Aqidah yang boleh menjerumuskan seluruh ahli dan penyokongnya ke lembah kemusyrikan dan kufur. Penulis tidak menuduh tapi bersandarkan fatwa Ulamak Muktabar yang bersandarkan Al Qur'an dan Hadis. Dan apa pula pandangan Tuan Guru Nik Aziz tetang UMNO ni?

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.

HARAKAH : Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?

TGNA : PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi ‘road tax’ (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah?

Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan “liya’budun” (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?

Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru?

Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.

Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru?

Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja?

Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, ‘the way of life’. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno.

Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno?

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

Thursday, October 27, 2011

Tok Guru dan nasi bungkus RM2.50

Penulis tertarik dengan nukilan Rashidi Hassan yang mengisahkan darihal kezuhudan dan kesederhanaan MB Kelantan ketika menjamu selera bersama tetamu lain selepas merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Kalau Rashidi tidak cerita pun, majoriti rakyat pelbagai kaum di negara ini dah cukup kenal dan tahu akan kezuhudan Nik Aziz, khususnya rakyat Kelantan sendiri.

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.

Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.

Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.

Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.

Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.

Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.

Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.

Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.

Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.

Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.

Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.

"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.

Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.

Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.

Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?

Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?

Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?

Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.

Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini. - harakahdaily

Thursday, February 3, 2011

Isu Nasionalisma : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Kenyataan Media Tok Guru Nik Aziz

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Tuesday, January 4, 2011

Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Jangan kaitkan istana dengan politik

Sementara itu dalam sidang medianya, Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.

Pada masa yang sama juga beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja.

Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

“Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,”ujarnya ketika membaca kenyataan media sebentar tadi di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa titah dari Yang Dipertuan Agong.

“Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,”ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

“Majlis tu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?,”soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu;

Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

- harakahdaily

Lagi laporan berkaitan di sini

Monday, December 6, 2010

TPM mesti patuhi prinsip Islam - Nik Aziz

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO.

Bagi saya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh media berkenaan adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa peliknya, kerana itulah amalan pemberitaan media milik UMNO terhadap pihak lawannya.

Pengalaman saya sendiri, misalnya dalam kes ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan di Pulau Pinang satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor atau memang disengajakan ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Begitu hanyir dan busuknya ‘berita sampah’ yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Hujurat ayat 13):

“Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Justeru Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT, melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, kenapa profesor-profesor bertaraf cendikiawan diam membisu, dan kenapa pula, bila giliran DAP menjadi ketua menteri mereka sibuk mengulas ia sebagai mencabar ketuanan Melayu? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah gesaan itu sudah melupakan asal usul keturunan, ertinya melupakan ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

- blogtokguru

Thursday, December 31, 2009

Keluarga Punca Populariti Nik Aziz Suram

Biasalah sesiapa saja dalam dunia ini bila usia semakin meningkat, maka hati kita juga mudah sensitif dan tersentuh. Kadang-kadang hati boleh terguris hanya disebabkan oleh hal-hal yang remeh namun itulah hakikat kehidupan.

Dalam konteks ini mungkin TGNA tak terkecuali bila isu menantunya di PMBK hangat diperkatakan di mana-mana saja. Lebih-lebih lagi di negerinya sendiri. Bukan setakat musuh politik yang pertikai malah di kalangan pimpinan dan ahli PAS juga turut sama 'marah' dengan Ariffahmi. Malah tindakan Nik Amalina menulis dalam blognya Serisuri pun mendapat kecaman hebat dari semua pihak hingga ada yang menyebut sebagai 'Blog Sampah'.

Sapa yang menyangka hal sebegini boleh berlaku dalam keluarga Nik Aziz. Selama ini Tok Guru terkenal dengan sikap tegas, tenang dan zuhudnya. Hatta bila diuji oleh Allah dengan penahanan anaknya Nik Adli di bawah ISA pun beliau masih boleh bersabar dan tabah.

Kadang-kadang timbul juga tanda-tanya mengapa dalam isu menantunya ni dia tidak mampu bertindak tegas dengan mengarahkan Ariffahmi meletakkan jawatan serta-merta. Saya sangat yakin sekiranya tempohari Tok Guru serta-merta mengarahkan menantunya resign, sudah tentu isu ini sudah selesai dan mula dilupakan orang malah integriti beliau sebagai MB terus bersinar ibarat permata nilam.

Sayang berbilion kali sayang... Tok Guru tidak bertindak sebagaimana sepatutnya.

Ekoran kesilapan ini adalah tidak mustahil pengaruh kuat PAS di Kelantan terusik. Yang pasti akan berlaku penurunan sokongan rakyat terhadap parti itu dalam PRU13 jika tidak segera melakukan 'recovery'.

Kita semua tahu kekuatan antara PAS dan UMNO di Kelantan bolehlah dikatakan seimbang. Cuma yang memberi kelebihan kepada PAS adalah sokongan ahli UMNO sendiri dan atas pagar. Jika tersilap langkah dalam menangani isu seperti yang berlaku sekarang, adalah tidak mustahil kedudukan PAS di Kelantan boleh tergugat. Kita sendiri lihat bagaimana kerajaan PAS Terengganu boleh tumbang dalam PRU11. Memang sakit untuk menelan kekalahan ini namun itulah hakikatnya. Memanglah penipuan undi oleh BN salah satu punca kekalahan namun ada faktor lain juga.

Kadang-kadang inilah masalah kita. Langsung tak mahu nak muhasabah diri. Bila kalah, serta-merta menyalahkan orang lain. Sepatutnya kita koreksi dulu diri sendiri. Apa sebab musababnya sehingga Allah biarkan kita kalah.

Berikut adalah beberapa artikel berita berhubung isu di Kelantan ;
Salam ukhwah.

Monday, December 28, 2009

Nik Aziz Perlu Letak Jawatan ...

Belum lagi reda isu menantu kesayangannya, kali ini MB Kelantan Nik Aziz nak gugurkan pulak 2 orang setiausahanya. Anuar Bakhri, Setiausaha Politiknya sejak tahun 1990 dan seorang lagi Setiausaha Akhbar Saiba Yaakob.

Jauh di sudut hati ni merasakan seolah-olah Tok Guru kesayangan rakyat ni mula 'melatah' sejak kebelakangan ni. Mungkin agaknya ini satu isyarat daripada Allah SWT bahawa sudah sampai masanya beliau meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan yang dipegang selama 19 tahun.

Persoalannya sekarang atas alasan apa Nik Aziz mahu menggugurkan 2 orang pegawainya itu dalam keadaan kontroversi menantunya pun masih belum reda. Bukankah selama ini TGNA lebih rasional dan tidak emosi. Mengapa pada kali ini dia seolah-olah kelihatan tidak konsisten dengan kenyataan dan tindakannya.

Sepatutnya MB Kelantan perlu berlapang dada berhubung dengan isu menantunya. Malangnya apa yang berlaku mutakhir ni jelas menampakkan beliau 'berat sebelah'. Bukankah TGNA pernah sebut bagaimana adilnya pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. sehingga Baginda pernah menegaskan ;

"Sekiranya Fatimah mencuri, nescaya akan aku potong tangannya".

Dalam konteks Ariffahmi, mengapa MB Kelantan berat sangat nak arahkan menantunya berhenti serta-merta. Susah sangat ke nak cari ganti untuk jawatan CEO ni. Rasanya ramai lagi insan yang berkaliber dari Ariffahmi ni. Cadangan saya agar CEO yang baru nanti dipilih dari kalangan individu yang benar-benar berkualiti dan berintergriti. Atau ada sebab lain yang tersembunyi sehingga MB sendiri bersetuju dengan notis 3 bulan itu.

Kadang-kadang ada benarnya juga apa yang Kickdefella sebut sebagai “Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan. TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam. Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya ?”

MB Kelantan sewajarnya menerima hakikat dan patut bersyukur dengan pembongkaran penyelewengan menantunya di PMBK. Sepatutnya MB kena tegas dalam hal ini. Ketepikan soal keluarga sebab PMBK ditubuhkan untuk kepentingan rakyat Kelantan. Namun apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Memanglah isu penyelewengan menantunya ini sedikit-sebanyak mencalar imejnya sebagai MB Kelantan. Sape pun marah bila Bazaar Tok Guru telah bertukar jadi Bazaar Almenantunya. Dari harga RM40,000 pada asalnya telah dinaikkan oleh Ariffahmi menjadi RM92,000. Yang jadi tanda-tanya kenapa MB Kelantan berdiam diri bila menantunya menaikkan harga lot di bazaar tersebut.

Dan yang terkini pula TGNA bercadang nak gugurkan 2 setiausanya. Dengar khabar SU Politiknya rapat dengan Husam. La... apa salahnya nak rapat dengan Husam. Takkan nak bersahabat dengan Husam pun menjadi satu kesalahan. Apakah TGNA sendiri lupa bahawa dalam pemerintahan Islam bebas dari unsur kronisme. Selama ini kita dok sibuk hentam UMNO pasal kronisme, penyelewengan dan salah guna kuasa. La ni pasai apa TGNA tak mampu bertindak tegas terhadap menantunya.

Di sudut politiknya adalah tidak wajar MB Kelantan menggugurkan 2 pegawainya ini pada waktu kontroversi menantunya masih belum reda. Memanglah tak salah bagi mana-mana MB nak tukar SUnya. Tapi kenapa sekarang ? Kenapa tidak dibuat selepas PRU12 ? Sudah tentu umum akan membuat andaian bahawa pengguguran 2 SU ini mesti ada kaitan dengan isu menantunya di PMBK. Dan secara kebetulan Anuar Bakhri rakan baik Husam. Dahlah umum mengetahui yang Ariffahmi memang marah pada Husam.

Saya tidak berniat nak membela Husam Musa tapi saya yakin beliau jujur, amanah dan tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai Exco Kewangan dan Perancangan Ekonomi Kelantan. Sayangnya dalam isu PMBK, MB Kelantan lebih mengutamakan menantunya daripada kepentingan rakyat. Kita tahu priority Husam adalah membela rakyat miskin manakala Ariffahmi pula lebih mengutamakan keuntungan. Nampaknya kali ini Nik Aziz lebih bersetuju dengan menantunya.

Bagi saya untuk meredakan segala kontroversi di Kelantan, adalah lebih baik jika MB Kelantan dan Ariffahmi meletakkan jawatan masing-masing secara serentak dalam tempoh terdekat ini. Mungkin sebelum ini saya bersetuju Nik Aziz meneruskan tugasnya sebagai MB sehingga PRU13. Tapi sekarang begitu jelas isu menantunya benar-benar telah mempengaruhi sikap dan keputusannya, saya kira adalah wajar MB Kelantan juga letak jawatan. Kita semua akui seluruh rakyat Kelantan sayangkan Nik Aziz sebagai Tok Guru mereka, bukan kerana jawatan MB.

Sejujurnya saya mengkritik Nik Aziz atas kapasitinya sebagai MB Kelantan.

Saya hanya sayangkan PAS dan Kerajaan Islam Kelantan.

Wassalam.

Thursday, December 24, 2009

Tok Guru Nik Aziz Terkilan ?

Sebagaimana biasa setiap hari saya akan menjengok beberapa websites pilihan hati seperti harakahdaily, malaysiakini, malaysiatoday, themalaysianinsider, aljazeera, reuters, alqassam, blog mso, tulang besi, kickdefella dan lain-lain.

Baru sebentar tadi jengok themalaysianinsider, ternampak tajuk Nik Aziz : PAS kaji semula calon luar tanding di Kelantan. Entahlah terasa macam lain saja bunyinya. Mulalah hati ini tertanya "apakah Tok Guru kesayangan aku ni terkilan dan merajuk dengan pimpinan PAS Pusat kerana tak memberi sokongan padu terhadap isu menantunya dalam PMBK ?"

Seingat saya inilah kali pertama TGNA buat kenyataan sebegini. Sebelum ini memang tak pernah. Mungkin apa yang saya rasakan ini turut dirasai oleh orang lain.

Kalaulah benar PAS Kelantan buat keputusan tak mahu menerima lagi calon dari luar untuk bertanding di beberapa kerusi di negeri itu, nampak gaya Naib Presiden Salahuddin Ayub kena bertanding di Parlimen Tanjung Piai, Johor dalam PRU13 kelak. Begitulah juga dengan Tim Presiden Ustaz Nasruddin Mat Isa (N.Sembilan) dan Dr Hatta Ramli (Perak).

Pada firasat saya, kenyatan ini seolah membayangkan TGNA memang terkilan dengan sikap pimpinan PAS Pusat khususnya dalam isu yang membabitkan menantunya itu. Bila dilihat kepada saranan dan kenyataan yang dibuat oleh PAS Pusat memang jelas mahukan Ariffahmi segera meletakkan jawatannya sebagai CEO. Bukan tunggu sehingga bulan Mac. Seorang lagi Naib Presiden, Hj Mahfuz Omar sendiri buat kenyataan media di Parlimen mendesak menantu MB Kelantan itu segera letak jawatan.

Sepatutnya sebagai Muryidul Am PAS dan MB Kelantan, TGNA perlu tegas dalam menghadapi isu menantunya itu. Takde ruginya jika beliau meminta Ariffahmi segera resign. Memanglah tak dinafikan sebagai bapa mertua, rasa kasih dan simpati pada menantu itu tak salah namun dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan 'political mileage', sewajarnyalah keputusan yang diambil tidak dipengaruhi oleh faktor keluarga.

Semua tahu tentang ketegasan TGNA sebelum ini bila beliau tidak melantik semula beberapa individu sebagai Exco Kelantan kerana berprestasi buruk. Ada di antaranya tidak dipilih sebagai calon dalam PRU12 lalu. Yang hairannya kenapa pada kali ini beliau tidak mampu mendesak menantunya agar segera meletakkan jawatan sebagaimana nasihat Presiden PAS dan rombongannya ketika menemui beliau. Apakah kali ini TGNA lebih mengutamakan keluarganya sendiri ? Harap ianya tidak benar.

Saya kira TGNA tak perlu declare pada media berhubung cadangan PAS Kelantan untuk mengkaji semula calon luar bertanding di negeri itu. Kenyataan sebegini sudah tentu mengundang pelbagai spekulasi. Yang pasti ramai pihak beranggapan tindakan ini adalah susulan daripada isu menantunya dalam PMBK. Memang PAS Pusat sendiri meminta Ariffahmi meletakkan jawatan serta-merta. Bukan tangguh sehingga Mac depan.

Waima apa pun adalah menjadi hak PAS Kelantan untuk menentukan samada calon luar boleh bertanding lagi di negeri itu atau sebaliknya. Kadang-kadang terfikir juga ada baiknya kalau PAS Kelantan tak mahu terima calon luar lagi dalam PRU13 kelak.

Biarlah mana-mana pemimpin PAS Pusat yang nak bertanding, silalah balik ke kawasan masing-masing. Jangan lagi dok mengharap dapat bertanding di kawasan selamat. Buat kerja di tempat masing-masing. Bak kata orang, biar kita jadi 'anak jantan' bertanding di kawasan sendiri. Kalau menang Alhamdulillah tapi kalau kalah Innalillah... puas hati.

Dalam bab bertanding ni, saya secara peribadi respect kat Hj Mahfuz Omar kerana beliau tidak berganjak daripada kawasan sendiri Pokok Sena. PRU10 beliau menang kemudian kalah dalam PRU11. Lepas tu menang balik dalam PRU12 lalu.

Nampaknya isu Ariffahmi ni akan berlanjutan sampai tahun depan. Terkini dia tegaskan akan tetap dengan keputusannya untuk letak jawatan pada bulan Mac 2010. Manakala isterinya Nik Amalina terus membelanya dengan mendakwa apa yang menimpa suaminya berpunca dari angkara fitnah. Sapa yang fitnah sapa ?

Nik Amalina kena berpijak di bumi nyata. Kalau yakin si suami difitnah, kenapa tak dakwa pemfitnah di mahkamah ? Tak usahlah buang masa menulis dalam blog hanya semata-mata nak bela suami. Ekoran tulisan kamu itu membuatkan orang lebih percaya suami mu memang bermasalah.

Lepas tu mengungkit pulak "Mengapa bapa saya saja pertahan PAS ?". Mungkin Nik Amalina keliru dan tak faham agaknya. Justeru kerana sayangkan PAS, maka awal-awal lagi Presiden PAS bersama 4 orang pimpinan pusat pergi menemui MB Kelantan di KB dan menasihatinya agar meminta Ariffahmi segera meletakkan jawatan.

Janganlah dek kerana suami diminta berhenti segera oleh majoriti pimpinan PAS, lepas tu tuduh orang lain tak nak jaga parti. My sincere advice to Nik Amalina, please don't bias. If your husband did something wrong, you should correct him.

Jazakallah.

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz : UMNO Dalam Keadaan 'Lemas'

Ahli dan penyokong PAS yang penuh sesak membanjiri Dewan Ustaz Fadhil Noor, di Markas PAS di Taman Melewar malam tadi beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memimpin Kelantan.

Sebelum menteri besar itu menyampaikan ucapan, pengerusi majlis, Tarmizi Mat Jam meminta lebih 1,000 hadirin supaya bangun dan dewan tersebut bergema beberapa kali dengan laungan"Kita Sokong Tok Guru Nik Aziz" dan "Sokong Tok Guru" dan diiringi laungan takbir sebanyak tiga kali.

Tarmizi yang juga naib yang dipertua PAS Batu mengetuai acara tersebut pada kira-kira jam 11 malam sebelum Nik Aziz menyampaikan ucapan bersempena menyambut perayaaan jubli perak PAS kawasan tersebut.

Laungan itu berlangsung selama lima mini, yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin; yang dipertua PAS Batu, Ishak Surin; ahli parlimen Batu, Tian Chua; pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif.

Tarmizi berkata, ia sebagai kesinambungan kepada sokongan rakyat Kelantan yang ditunjukkan kepada Nik Aziz Jumaat lalu.

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya bercadang mengedarkan lilitan kepala kepada hadirin - seperti yang dilakukan oleh penyokong menteri besar di Kelantan, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, hasrat tersebut tidak kesampaian ekoran kesuntukan masa untuk menyiapkan lilitan tersebut.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya Kelantan dilihat tersenyum dan gembira dan kemudiannya kelihatan bersemangat untuk menyampaikan ceramahnya.

Semangat berucap

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Katanya, walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu.

"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

"Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas.

"MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.

Nik Aziz mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Umno lemas'

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Nik Aziz berkata Umno kini berada dalam keadaan 'lemas' dengan memberikan beberapa situasi dalam politik parti itu, antaranya Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak di mana berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.

Mursyidul am PAS itu juga mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi'.

"Oleh kerana mahu cucunya senyap (dan) tidak menangis, dia kata, burung, burung, Nik Aziz, Nik Aziz," katanya, yang membuatkan kira-kira 1,000 hadirin ketawa dan memberi tepukan .

Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong.

"Kota Siputeh itu kawasan dia. (Ia) telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju (bahawa) speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong).

"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah," kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.

"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.

Program BTN

Menurut pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Umno juga kini berada dalam keadaan 'lemas' apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman.

"Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu (untuk orang) Melayu dan orang Cina (untuk orang) Cina," katanya.

Setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.

Mengulas isu doanya supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah untuk menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali.

"Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia, musnahkan. Lepas tu marah. Habis nak cakap macam mana lagi, nak tolong orang jahat. Ya Allah tolong lah orang jahat, mana boleh.

"Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," katanya,

Bahkan, kata Nik Aziz, doa orang kafir yang dizalimi mustajab disisi Allah SWT.

- malaysiakini

Sunday, November 29, 2009

Hati Tok Guru Dilukai...

Hati ini pedih, sedih dan sayu bila mengenangkan Mursyidul Am berhadapan dengan situasi yang agak sukar sejak 3 minggu lalu. Bermula dengan isu menantu sendiri dalam PMBK dan diikuti pula wujud isu baru melibatkan MPKB. Secara kebetulan salah seorang anaknya merupakan Ahli Majlis. Orang mula mempertikai bagaimana boleh berlaku salah-urus tadbir dalam Majlis Perbandaran ini sedangkan Nik Abduh berada di dalam. Apakah Nik Abduh gagal berperanan sebagai pemantau dan penasihat bagi mengelakkan sebarang unsur negatif berlaku dalam MPKB.

Perlu diakui apa yang berlaku ini secara tidak langsung mencalar imej TGNA sebagai MB. Sebagai insan, nescaya Tok Guru tak mampu untuk nak mengawasi dan mengawal seluruh agensi kerajaan negeri sepanjang masa. Sebab itulah dilantik orang-orang yang diyakini kemampuan, kejujuran dan ketelusannya untuk mengetuai PMBK, MPKB dan lain-lain.

Namun malangnya individu yang telah diberikan amanah untuk menjalankan tugas sebagaimana yang dikehendaki telah gagal dalam menahan kehendak hawa nafsu duniawi.

Semalam saya ada menghubungi seorang sahabat yang saya kira mempunyai "information link" yang boleh diyakini kesahihannya berhubung apa yang sedang berlaku di Kelantan. Perbualan melalui HP mengesahkan akan gerak hati saya selama ini benar.

Memang para blogger tak kiralah yang pro PAS atau anti pasti membuat pendedahan dan ulasan masing-masing tentang isu yang sedang melanda Kelantan mutakhir ini. Ibarat banjir yang melanda Kelantan yang semakin surut tetapi dijangka akan 'menyerang semula' di pertengahan Disember nanti, maka begitulah juga isu yang berlaku.

Baru saja nak reda dengan isu PMBK, tiba-tiba timbul pula masalah berkaitan PMBK. Sebagaimana saya sebut tadi apa yang berlaku ini adalah di luar jangkaan Tok Guru sendiri namun ianya sedikit sebanyak memberi 'tamparan' kepadanya selaku MB Kelantan.

Tiada siapa yang boleh pertikai akan kejujuran dan keikhlasan TGNA selama ini dalam menjalankan tugas sebagai MB Kelantan. Kezuhudan dan ketaqwaannya menjadikan beliau dihormati, disanjung dan dikasihi oleh seluruh lapisan masyarakat negara ini. Pelbagai ujian kecil dan berat berjaya ditempuhinya sepanjang 19 tahun menjadi Ketua Eksekutif Negeri Kelantan namun ujian kali ini benar-benar 'melukakan' hatinya sehingga berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Secara peribadi, saya memang tak setuju jika Tok Guru meletakkan jawatan sebagai MB dalam masa terdekat. Saya rela dipanggil "Wahai Sibodoh" oleh Ustaz Nik Abduh. Beliau mesti bertahan sehingga PRU13 bagi mengelakkan sebarang kekalutan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Negeri, juga bagi menghindari daripada berlaku perpecahan dalam PAS Kelantan. Pihak musuh terutamanya UMNO Kelantan memang suka jika Tok Guru meletakkan jawatan dengan segera sebab mereka sedar kekuatan pengaruh PAS di Kelantan ada pada diri Nik Aziz sendiri. Dan hakikat ini memang diakui oleh semua pihak termasuk dalam PAS sendiri.

Namun UMNO lupa satu perkara. Jangan diingat bila dah tak jadi MB, Tok Guru akan berhenti dari terus memberi kuliah dan ceramah. Tok Guru sendiri pernah sebut yang dia tidak akan berhenti daripada terus berdakwah melalui ceramah dan kuliah selagi nyawa dikandung badan. Dan diyakini pengaruh beliau tetap terus subur dalam jiwa sanubari masyarakat walau selepas beliau berhenti menjadi MB.

Waima apa pun setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya walau amat pahit untuk ditelan.

Yang jelas bolehlah saya simpulkan di sini bahawa Ariffahmi telah 'menikam' belakang bapa mertuanya tanpa niat. Memang tidak dinafikan menantu Nik Aziz ini berjaya menjalankan tugasnya sebagai CEO PMBK dengan amanah dan cemerlang tanpa sebarang masalah. Namun sejak akhir-akhir ini ada beberapa tindakan dan keputusannya mendapat tentangan daripada seorang Exco yang tegas dan tiada tolak-ansur dalam menentang sebarang unsur kronisme yang dilihat mula wujud dalam PMBK. Ekoran ketegasan Exco ini "dijawab" dengan tindakan pemecatan seorang pegawai PMBK.

Sebenarnya konspirasi untuk menjatuhkan Exco ini sudah bermula sejak awal lagi yaitu sebelum Pemilihan dalam Muktamar PAS Ke-52 di Shah Alam lagi, malah lebih awal daripada itu. Serangan fitnah yang dihalakan kepada Exco ini bukan alang-alang. Kalau tak kuat iman, memang boleh tersungkur dibuatnya. Benarlah sebagaimana yang disebut tentang 'kesengsaraan' yang dialami oleh Exco ini sepanjang 3 tahun kebelakangan ini.

Sebagai insan pastinya ada kelemahan dan kesilapan yang tidak disedari. Bagi pihak TGNA, beliau mungkin terlepas pandang dengan beberapa tindakan menantunya. Mungkin disebabkan prestasi yang ditunjukkan oleh menantu sebelum ini begitu cemerlang dan dapat dikawal serta diyakini akan berterusan sampai bila-bila. Biasalah bila kita dah yakin dengan kewibawaan seseorang, maka sudah tentu tak perlu lagi diawasi setiap saat. Apatah lagi jika orang itu anak kita sendiri atau menantu. Takkanlah mereka sanggup mengkhianati amanah dan kepercayaan yang kita berikan selama ini. Dalam kealpaan inilah kadang-kadang tanpa kita sedari mereka melanggar amanah tersebut. Apatah lagi dengan kesibukan tugas sebagai MB, pendakwah dan juga tanggungjawab kepada parti, sudah tentu kealpaan ini tidak dapat dihindari oleh sesiapa pun.

Semuga Tok Guru yang sangat saya kasihi ini diberikan kekuatan oleh Allah dalam mengharungi ujian yang amat berat ini.

Wassalam.

Saturday, August 22, 2009

Nik Aziz Slams UMNO's 'False Islam'

KUALA LUMPUR, Aug 22 — PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat slammed Umno today for practicing “a secular and false Islam” and expressed confidence his party would maintain at least a 5,000 vote majority to win next week’s Permatang Pasir vote.

In his election message issued today, the influential and folksy PAS leader likened Umno’s brand of Islam to plastic flowers, counterfeit money and fake identity cards.

“As there is counterfeit money, fake hair or even fake identity cards, there is also false Islam.

“For Muslim voters of all races they will want to record their thanks to a real Islamic movement. They will not vote for an Umno that practices secular Islam,” the Kelantan mentri besar said.

Nik Aziz’s attacks comes just a day after Deputy Prime Minister Tan Sri Muyhiddin Yassin slammed Pakatan Rakyat (PR) for its campaign to “smear” Barisan Nasional (BN), saying he was surprised they would do it with the Muslim fasting month just around the corner.

Muslims began fasting for the holy month of Ramadan today, during which they are also expected to focus on pious thoughts.

Umno has claimed that Pakatan Rakyat is trying to assassinate the character of its Permatang Pasir by-election candidate Rohaizat Othman, a lawyer who was disbarred after he was found guilty of misconduct by the Bar Council.

Rohaizat is facing PAS Penang state commissioner Mohd Salleh Man in a straight fight for the state seat in the by-election on Aug 25.

Nik Aziz’s remarks today also comes amid intense attacks from Umno over his party’s Islamic credentials.

Umno has hit out at PAS for working closely with the Chinese-dominated and secular DAP.

In the Permatang Pasir campaign, Umno has been telling voters that PAS were mere puppets of the DAP and had abandoned its Islamic values.

But Nik Aziz was unrelenting today in his criticism of Umno and BN.

“To the non-Muslims I can understand the restlessness in your hearts.

“There are allegations of bribes of RM10 million involving the MCA and then there is the mysterious death of Teoh Beng Hock.”

He also listed down the recent stadium collapse in Terengganu, major cracks on the Middle Ring Road here and the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal as examples of corruption involving the BN/Umno administration.

Nik Aziz described the by-election in Penang as preparation for PR to eventually take over the helm in Putrajaya.

Source : themalaysianinsider

Wednesday, May 13, 2009

Usah Bezakan Ulama' Dan Profesional

KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu.

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan. Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita. Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.

Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu. Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ - pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.

Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?

Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.

Apa pula maksud profesional?

Pada tanggapan saya orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok. Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.

Bolehkah dikatakan pakar ekonomi dan bidang lain dikenali sebagai ulama memandangkan pengetahuan agama pun ada?

Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut. Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama.

Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.

Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.

Apa nasihat Tuan Guru mengatasi percanggahan pandangan sekarang?

Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah. Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama. Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno, namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.

Sekarang ramai pemimpin tampil merebut jawatan dalam PAS, tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.

Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?

Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.

Tidakkah boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?

Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut ‘Hai Adam apabila kamu turun ke bumi kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah.’ Sekarang apabila perwakilan ramai kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.

Sebelum ini media harian menganggap wujud dua kelompok dalam PAS iaitu pro Endorgan dan konvensional. Benarkah demikian?

Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu ditempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.

Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.

Bagaimana pula dengan isu unity government?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.

Source : blogtokguru.com

Friday, May 8, 2009

Nik Aziz : Nilai Diri Sebelum Bertanding...

Sentiasa menilai keupayaan diri sendiri terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bertanding Jawatan-jawatan penting parti dalam pemilihan Pucuk pimpinan PAS Jun ini.

Begitulah ingatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemimpin parti itu yang mengintai untuk bertanding dalam pemilihan bulan depan.

Beliau berkata, apa saja jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden parti itu adalah terbuka untuk ditandingi.

Namun, beliau mengingatkan, mereka yang berhasrat untuk mencabar jawatan berkenaan, perlu memikirkan sama ada mereka mampu memikul amanah besar itu, lapor Bernama.

"Tak boleh nak suka-suka bertanding, mana boleh. Ini kerja amanah. Bila bertanding untuk jawatan, kita bertanggungjawab jadi 'signboard Islam'.

"Bila orang tengok, orang kata macam inilah Islam, setiap perbuatan, tutur kata dan tingkah laku kita ikut Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sijil sekolah pengajian Tafaqquh Fiddin kali pertama di Balai Islam di Kota Bharu hari ini.

Pemilihan barisan pimpinan baru dalam PAS dijangka menyaksikan saingan sengit, terutama bagi jawatan timbalan presiden dengan beberapa pemimpin PAS sudah mengesahkan akan mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa.

Antara nama yang disebut-sebut ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan presiden dan timbalan presiden PAS.

Source : malaysiakini

Saturday, November 1, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Hamba Yang Bertaqwa Dikasihi Seluruh Manusia

Bila menatap gambar ini pastinya berdetik hati dengan berkata "Janji Allah pasti berlaku."

Allah telah berjanji kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa bahawa Dia akan mengarah dan menggerakkan hati seluruh manusia untuk tunduk patuh dan kasih kepadanya.

Gambar ini jelas menunjukkan betapa mesranya hubungan di antara 2 pemimpin utama yang berlainan parti dan agama tetapi boleh duduk semeja sambil berbual. Apa agaknya yang diperkatakan oleh YAB Lim Guan Eng pada YAB Tuan Guru Nik Aziz sambil memegang tongkat milik Tuan Guru. Aku rasa mungkin inilah perbualan mereka berdua ;

Lim Guan Eng : Tuan Guru, cantiklah tongkat ni. Boleh tak bagi kat saya buat kenangan.

Tuan Guru : Kalau awak nak, ambil saja. Nanti hambo boleh beli yang lain.

Lim Guan Eng : Tuan Guru, betul ke pakai tongkat ni Sunnah Nabi ?

Tuan Guru : Benar. Nabi Muhammad sendiri pakai tongkat. Sebab tulah hambo pakai tongkat ni. Kalau kita ikut sunnah, Nabi kasih kat kita.

Semua sedia maklum bahawa Tuan Guru Nik Aziz ada menghadiahkan sebuah buku tentang Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kepada YAB Lim Guan Eng.

Insan seperti YAB Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa hanya Pemerintahan Islam saja yang terbaik dan boleh menjamin kesejahteraan hidup seluruh manusia. Maka, setelah dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji bahawa dia akan memerintah dan mentadbir Kerajaan Pulau Pinang mengikut cara Pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Kita menaruh keyakinan terhadap YAB Lim Guan Eng untuk melaksanakan tugasnya. Pastinya beliau akan merujuk kepada YAB Tuan Guru Nik Aziz jika ada sebarang kemusykilan.

Islam For All.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger